Bab 37: Siapa Lady Winter?

1.2K 113 3
                                    

LADY Winter pantas memasuki bilik Syah.Pintu bilik tersebut dikuncinya lalu dia duduk di birai katil,memerhati Syah yang sedang enak dibuai mimpi.

Pipi lelaki itu terus sahaja diusapnya,lembut.

"Syah..Beta rasa..beta kenal kamu.. Tapi..di mana ya?" Soalnya,selepas berdiam diri untuk seketika.

Sunyi.Hanya suasana hening yang membalas soalannya seketika tadi.

Lady Winter tersenyum.Wajah Syah sememangnya menyenangkan hatinya.

Pipi lelaki yang lembut itu,masih diusap lagi.

Tiba-tiba Syah bergerak sedikit.Tangan Lady Winter diraihnya lalu dia mengigau.

"Vine...Jangan tinggalkan saya.."

Lady Winter tersentak.Hmm...Vine? Kenapa nama tu saja yang asyik Syah sebut? Adakah Vine tu kenalan Syah? Ataupun..

Tiba-tiba Lady Winter teringat kembali memorinya dahulu.Ya.Dia kenal lelaki ini.

"Syah.. Siapakah Vine yang kamu maksudkan? Adakah dia itu..kekasih baru kamu? Ataupun.."

Kata-kata Lady Winter terhenti.Sebak.Dia sudah semakin dapat mengingati siapa Syah kepadanya ketika ini.

Syah tidak menjawab.Lelaki itu masih lagi hanyut didalam mimpinya.Tangan lembut milik Lady Winter ditarik olehnya lalu diletakkan ke pipi.Ada cecair jernih yang mengalir di pipi lelaki itu.

"Vine Winter... Jangan pergi.." Igau Syah lagi namun kali ini didalam esak tangis.

Sekali lagi Lady Winter tersentak.Serta-merta air mata darahnya membanjiri pipi. Syah... Sampainya hati awak..

Dia pantas membuang pandang ke luar jendela,memerhati hujan lebat yang menyirami bumi ketika ini.Esak tangisnya bergema.Tangan kiri Syah digengamnya,erat.

"Syah..Awak masih hidup? Saya ingat..saya ingat awak dah mati..Syah,sampai hati awak buat saya macam ni...Sampainya hati awak buat saya merana macam ni.." Ucapnya,tersendu-seduan.Hilang sudah perkataan 'beta,kamu' dari bibirnya.

Teresak-esak dia menangis.Bergema seluruh tempat itu dengan tangisannya.Gengamannya pula semakin dieratkan.

"Syah...Kenapa awak tak lupakan saya? K..kenapa awak masih tunggu saya? Saya dah mati Syah! Dah mati! Awak tak patut ingat pada saya lagi...isk..isk.."

Lady Winter perlahan-lahan menyembamkan wajahnya ke dada Syah. Hatinya sebak,benar-benar sebak.Dia tak sangka lelaki ini masih lagi ingat padanya walaupun seratus tahun sudah berlalu.

"Syah...Saya bukan lagi Vine yang dulu..Saya dah mati Syah..Saya dah tak macam dulu..Muka saya pun dah berubah..sampai awak sendiripun dah takkan cam saya lagi..Syah,maafkan saya.. Hari tu,saya yang bersalah.. Saya yang patut minta maaf.. Bukan awak yang bunuh saya...Syah.." Keluh Lady Winter,teresak-esak.

"Syah.. Kalau awak nak tahu.. Yang bunuh saya pada hari tu adalah..Kifft.. Dia yang bunuh saya,Syah.. Dia yang bunuh saya!" Bentak Lady Winter,bersama tangisan air mata darah yang mengila.

Tubuh Syah kemudiannya dipeluk,erat sekali.

Apa yang difikirkan oleh Lady Winter ketika ini,dia tak mahu tinggalkan lelaki ini lagi! Tak akan sesekali!

to be continued


THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now