Bab 66: Kenyataan

1.3K 112 10
                                    

Sedutan episod lepas..

"SEMUA....tolong maafkan saya... Saya...bukannya seorang manusia seperti yang korang sangkakan.."

   Tersentak.Langkah Syah serta-merta mati.Reaksi wajahnya mengambarkan 1001 perasaan yang tak mampu diungkap dengan kata-kata.Kecewa,sedih dan terkejut dalam masa yang sama.

  "Bu-bukan manusia? Apa maksud awak?" Soal Syah dengan perasaan yang bercampur-baur.

  Dia berharap sangat apa yang dicakapkan oleh The Undead Devil tempoh hari adalah tidak benar.Tolong! Harap-haraplah ia tak benar!

    Iryan sudah menangis tersendu-senduan di hadapan pintu.Hiba benar tangisannya.

"Saya...sa..saya...isk...sebenarnya...seekor The Undead Ghoul..." Ucapnya dengan suara yang terketar-ketar.

   Perlahan-lahan dia menyelak lengan bajunya,lantas menampakkan tangannya yang hodoh dan menakutkan sebagai bukti yang kukuh.

   Perlahan-lahan dia menyelak lengan bajunya,lantas menampakkan tangannya yang hodoh dan menakutkan sebagai bukti yang kukuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   Zinnt terkedu.Jadi benarlah dia nampak tangan yang menakutkan itu sebentar tadi?

Masing-masing sudahpun menekup mulut,rasa tak percaya.Mata terbuntang luas.Ada sesetengah dari mereka yang tidak dapat menerima kenyataan.

  Tiba-tiba Saga menyampuk disebalik kebisuan mereka semua.

   "Kau? The Undead Ghoul? Hmm..setahu akulah,Undead Ghoul ni adalah sejenis raksasa mitologi yang mendiami kubur dan memakan daging manusia.Dalam erti kata lain juga,raksasa yang sering diklasifikasikan sebagai tidak mati.Betul tak apa yang aku cakap tadi? Tapi kan..bukan ke raksasa jenis macam kau ni dah pupus beribu tahun yang dahulu? Macam mana kau boleh hidup sampai ke hari ini?"

   Senyap.Suasana bertukar tegang.Hanya kedengaran bunyi guruh berdentuman di ruang angkasa.Iryan mengesat air mata yang semakin melebat seperti hujan ribut yang melanda kini.

   "Ya...apa yang awak cakapkan itu sememangnya betul.Saya raksasa The Undead Ghoul.Spesies raksasa seperti saya..dah lama pupus kerana tiada lagi orang yang mempercayai kewujudan kami.. Saya wujud kembali kerana di seru.. Dan untuk menunjukkan kesetiaan saya kepada tuan saya,tugas utama saya ke sini adalah untuk membunuh Syah.."

   Hati Syah remuk.Dia lantas memalingkan wajahnya ke arah lain,tak mahu lagi memandang wajah Iryan.

    "Pada awal kita berjumpa,sebenarnya saya duduk diatas pokok kerana ada sebab yang tertentu.Saya cuba nak panah Syah ketika itu tapi..tak menjadi bila baju saya yang dipanah Fellex terlebih dahulu.Rancangan awal saya gagal.Jadi untuk menutup kesalahan saya masa tu,..saya berpura-pura jadi seorang Archer yang tak bersalah dan berperwatakan penakut."

  "Tuan saya suruh saya teruskan jugak perancangan kami walaupun terdapat perubahan yang berlaku."

    "Masa kita dekat Sungai Berasid pulak, saya sengaja jawab teka-teki tu dengan jawapan yang salah dengan harapan korang tak dapat seberangi sungai tu.Tapi..tak sangka pulak Shasha dapat jawabnya dengan betul.Nampaknya perancangan kedua saya dah gagal."

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now