Bab 51: Bahaya

1.2K 100 15
                                    

Di Istana Vine,

"V..Vine?!"

Di luar sedar,nama itu yang pertama sekali terucap di bibir Syah.Matanya membuntang.Sukar untuk dia mengambarkan perasaannya ketika ini.

Gembira? Sedih? Kecewa? Semuanya bercampur-baur.

Di luar sedar,Zamry terlepas dari gendongannya.

Syawal terkejut. Tubuh Zamry pantas disambut.Nafas lega ditarik.Mujurlah dia sempat menghalang dari tubuh Zamry terhempas di atas lantai.

Kini dia juga turut membuang pandang ke arah Vine,seperti mereka yang lain.

Kejanggalan.Satu perasaan yang aneh dapat dirasai oleh semua ahli kumpulan Syah.Mereka yang lain terpingga-pingga,tak faham.Persoalan demi persoalan bermain di minda.Mereka di landa kebingungan.Pedang masih lagi tetap dihunus ke hadapan.

Tunggu sekejap! Ada soalan yang ingin diutarakan.Siapa gadis Vampire yang berada di hadapan mereka ini? Dan...siapa sebenarnya gadis yang dipeluk oleh Zinnt tu?

"Syah? Kau kenal dia?!"

Soalan cepumas terkeluar jua dari mulut Fellex.Mata Elf itu juga turut membuntang.Mana taknya,betina tulah yang gigit dia tempoh hari! Gila kau?!

Syah hanya terdiam,langsung tidak menjawab soalan Fellex.Pandangannya masih lagi dihalakan ke hadapan.Sebarang suara tidak mampu keluar dari bibirnya.Wajah Vine ditatap sedalam mungkin.Ya.Tak salah lagi...gadis itu sememangnya Vine!

Air mata Syah berlinangan untuk kesekian kalinya.Hatinya perit melihat gadis yang dicintainya telah bertukar sebegini rupa.Menakutkan.Menyeramkan.

Jiwa Syah benar-benar terseksa.

"Vine... Itu awakkan?" Soal Syah,perlahan.Air matanya mulai menitis satu per satu.

Di saat namanya di sebut Syah,Vine sekali lagi tersentak.Dia terkaku berdiri bersama mulut yang ditekup.Air mata darahnya mulai jatuh menitis.

Air mata darahnya mulai jatuh menitis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sumpah! Dia...benar-benar tak betah namanya dipanggil oleh insan yang dicintainya ini.Namun dia juga rindu.Rindu untuk mendengar namanya disebut Syah.

Tetapi...apakah lelaki itu akan mengerti bahawa dia bukannya Vine yang dulu? Tak! Lelaki itu takkan mengerti!

"S..ss..syah..."

Terketar-ketar Vine menyebut nama lelaki itu.Air matanya semakin lebat membasahi pipi.

"Syah..Ya.Ini saya,Vine... Tapi..saya bukan lagi Vine yang dulu.Sekarang ni,saya dah adalah seekor Vampire.. Saya bukan lagi manusia.." Ucapnya lagi,teresak-esak.Air mata darah semakin lama semakin membanjiri pipinya.

"Vine.. Kenapa awak boleh jadi macam ni? Kenapa Vine? Kenapa?" Soal Syah,penuh hiba.Air matanya kian mengalir deras.

Vine terdiam bersama linangan air mata.Dia menekup kedua-dua belah telinga,seekan-ekan tidak mahu mendengar.Dia tak sanggup nak beritahu Syah,siapa yang telah menjadikan dirinya sebegini!

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now