Bab 35: Selamat tinggal,Syah.

1.2K 105 0
                                    

SUASANA yang menakutkan.Mata Fellex dan mata kelabu asap milik Syah saling menikam antara satu sama lain,tajam sekali.

   Autumn pula masih lagi menangis teresak-esak,walaupun sudah dipujuk berulang kali oleh dayang-dayangnya.

    "Apa maksud kau? Kenapa kau suka-suka hati tuduh dia miang hah? Kau ni dah kenapa Syah?! Aku tak fahamlah dengan perangai kau ni! Kau dah sewel ke hah?! Dah gila?!" Marah Fellex lagi,geram.Bahu Syah ditolaknya penuh kasar.

     Syah menepis laju tangan Fellex.Wajahnya juga kelihatan berang.

   "Hei,bodoh! Kau ni Elf kan?! Macam mana kau tak boleh nak perasan ada Serbuk Pemikat Hati dekat tuala tu?! Ke kau ni dah dungu sangat?!" Hambur Syah pula.

    Fellex terus sahaja terkedu tanpa kata.Betul ke..ada Serbuk Pemikat Hati dekat tuala mereka tadi? Ke..Syah ni saja nak ada-adakan cerita?

    Tiba-tiba,dalam tangis Autumn mencelah.

    "Beta..isk..tak pernah pun letakkan...isk..apa-apa serbuk sekalipun..isk..diatas tuala kalian..Sumpah..beta tak buat! Isk..isk.." Ucapnya,dengan tangisan yang semakin kuat.

     Fellex kelihatan serba salah,tak tahu nak memihak kepada siapa.Autumn nampak macam tak bersalah,Syah pulak nampak macam dianaiya.Dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

     "Hei perempuan miang! Kau jangan nak menipu akulah! Kau ingat aku bodoh sangat ke hah,tak tahu langsung tentang herba-herba ni semua?!" Jerkah Syah,lantang.Baru saja dia ingin membelasah gadis tu lagi,tiba-tiba Fellex menghalang.

    "Syah.Sudah! Hentikan semua ni.Aku faham dengan keadaan kau sekarang ni.Kau tertekan,sampaikan semua orang kau nak ajak bergaduh.Sekarang ni,lebih baik kau tenangkan diri." Nasihat Fellex, lembut.

    "Ya,betul tu cakap Fellex.Awak ni dah kenapa,Syah? Saya rasa awak memang patut bertenang.Tak perlulah serius sangat..Hanya sebab tuala je pun.Syah,muka awak dah pucat sangat ni..Awak buat saya risau.."

     Kini giliran Iryan pula yang memujuk.

    Syah hanya mampu mendengus geram.Tubuh Fellex dan Iryan ditolaknya.Serta-merta mereka berdua terundur ke belakang.

    "Arghhh!! Apa yang korang sayang sangat dengan betina ni,sampai aku pulak yang dipersalahkan?!  Korang ni yang sepatutnya dah kenapa! Bukannya aku!" Jerit Syah,tak puas hati.Air matanya berlinangan,sakit hati kerana dituduh melulu.

    Iryan pula sudah terkedu,tak sangka Syah akan segarang ini.

    "Syah! Dengar cakap saya! Tuanku Autumn tak letakkan pun serbuk tu!" Celah Syawal pula.Dia ingin menenangkan keadaan rakannya yang sudah kelihatan tak terkawal itu.

     "Arghhhhh! Penipu! Aku dapat rasa serbuk tu masa aku sentuh tuala tu tadi! Kau ingat aku bodoh?! Kau ingat aku ni bodoh ke hah?!" Jerit Syah lagi,sekuat hatinya.Tubuh Syawal ditolaknya ke tepi.

    "Syah..Beta berani bersumpah! Beta tak pernah letakkan serbuk tu!..isk..isk..Tolonglah..percayakan beta..Beta tak bersalah.."Raung Autumn, bersama tangis yang mengila.

      "Tak! Kau penipu! Kau memang saja letakkan serbuk tu supaya aku terpukau kan?! Nanti lepastu bolehlah kau dapat makan daging aku kan?! Hei,kau dengar ni! Kau takkan berjaya sebab hati aku hanya untuk Vine! Cuma untuk Vine!" Jerit Syah lagi,mulai tertekan.Kenangannya bersama Vine tiba-tiba terimbau kembali sepintas lalu.

     Syah terus sahaja memegang kepala yang terasa berat.Air mata menitis jatuh.Pandangannya pula semakin lama semakin kabur.Badannya masih lemah akibat Racun Amfric yang sudah bertambah ganda kesan sampingannya.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now