Bab 30: Jurang Kekayaan

1.3K 118 0
                                    

"AKU hidup menyendiri selama 90 tahun tu,sebelum aku jumpak kau,Syawal.Aku bertuah sangat dapat kawan macam kau.Hm..kalau kira balik,dah 10 tahun kita kawan kan?" Soal Syah,sambil menumbuk perlahan bahu Syawal.

Syawal hanya tersenyum nipis manakala mereka yg lain hanya membisu.Tak sangka kisah silam Syah selama ini,penuh dengan tragis.

"Hmm..sudahlah.Tu je yang aku ingat untuk sekarang.Cerita dah tamat,jadi sekarang ni aku nak pergi mandi lepastu solat.Korang jangan lupa masak,aku dah lapar sangat ni." Ucap Syah bersama ketawa kecil.

Dia pantas berdiri lalu menuju kearah anak sungai yang berdekatan.

Kumpulan Syah juga turut berdiri lalu mengemas apa yang patut.

Syawal dan Zinnt pulak mulai sibuk mengeluarkan sayur-sayuran dari karung makanan.

"Hmm..Syawal...Boleh saya tolong awak masak?" Pinta Iryan secara tiba-tiba.

Syawal hanya menguntum senyum.

"Boleh.Apa salahnya." Balas Syawal sambil tangannya sibuk mengeluarkan bahan-bahan masakan.

"Terima kasih!!"

Iryan terus sahaja menguntum senyum,penuh makna.Fikirnya,akan dia masukkan racun di dalam makanan mereka nanti.

•••••••••••••••••••••••✳••••••••••••••••••••••

SELEPAS menjamu selera,mereka meneruskan lagi perjalanan mereka.Liku-liku sungai diredah.Begitu juga hutan dan semak samun.

"Fellex!! Kaki saya sakit! Dukung saya?" Ucap Iryan,manja.Lengan Fellex dipeluknya.

"Iryan..jangan nak mengada dekat sini boleh tak? Kaki aku pun dah melecet teruk." Balas Fellex,malas.

Serta-merta Iryan berwajah masam.

"Awak jahat! Saya break up dengan awak!!" Ucap Iryan lagi,bersama jeliran lidah.

Fellex hanya menjulingkan matanya keatas.

Iryan terus sahaja berlari kearah Zinnt.Lengan Elf itu dipeluk.

"Zinnt..Dukung saya?" Soal Iryan,bersama jari telunjuk di bibir.Muka comellah katakan.

Zinnt memandang Iryan dengan muka pelik.

"Awak ni cuba nak goda saya ke?" Soal Zinnt semula dalam nada mengusik.Ada senyuman lucu di bibirnya.

Iryan hanya tersenyum.Kemudian tiba-tiba mukanya tiba-tiba bertukar serius.

"Berapa umur awak dengan Fellex?" Soal Iryan lagi.Pelukan di lengan Zinnt,lebih di eratkan.

"Hmm..Umur saya dengan Fellex? Hmm..Umur saya,80 tahun.Fellex pulak,45 tahun.Kenapa awak tanya?" Soal Zinnt,bersama dahi yg berkerut seribu.

Iryan tunjuk muka tak percaya.Mulutnya terlopong luas.Dia asyik menundingkan jari kearah Fellex dan Zinnt berulang kali.

"..80 tahun?! 45 tahun?! Tapi muka kamu berdua macam orang 18 tahun!!" Ucap Iryan,tak percaya.Dia menekup mulut.

Zinnt ketawa kecil.

"Semua Elf memang nampak muda walaupun dah berusia." Ucapnya,sambil memandang kearah hadapan.

Iryan hanya mengangguk faham.

"Oh...Kalau macamtu..Maknanya,bila saya kahwin dengan awak nanti,awak ni isteri tua sayalah ye?? Kwi,kwi,kwi.." Soal Iryan,bodoh.

Mata Zinnt serta-merta membulat.Kepala Iryan diluku.

"Adoi!! Sakitlah Zinnt!" Marah Iryan,sambil mengosok kepala yg berbenjol.

"Padan muka! Mengarut lagi kan? Siapa yang nak jadi isteri awak? Hish! Tak ingin saya.Ingat saya ni terdesak sangat ke?" Balas Zinnt,geli.

Iryan terus sahaja ketawa lucu.

Kini dia berlari kearah Syawal pula.

"Syawal,Syawal..Dukung saya,boleh?" Soal Iryan lagi.Muka comel ditayang seperti penambah perisa.

Syawal hanya ketawa kecil.

"Tak mahulah,Iryan.Saya tak laratlah nak dukung orang dah." Balas Syawal,jujur.

Iryan buat muka kecewa.

"Alaa..Hmm..Kalau macamtu,..Syah? Dukung saya boleh?"

Syah terus saja buat muka garang.Pandangan membunuh ditayangkan kearah Iryan.

Permintaan Iryan betul-betul tak masuk akal.Mana taknya,dia sedang dukung Zamry kut masa ni.

Iryan terus kecut perut.Lengan Syawal terus sahaja dipeluknya.

"Syawal..Lindungi saya..Syah nak bunuh saya.." Ucap Iryan,separuh berbisik.Takut Syah dengarlah tu.

"Ish,awak ni.Kalau Syah nak bunuh awak,dah lama dia biarkan awak mati haritu.Awak ingat tak hari yg Zamry cekik awak tu?" Soal Syawal,bersama sebelah kening yg diangkat tinggi.

Iryan terus sahaja tersentak.Apa? Syah yg selamatkan dia haritu? Kenapa tak ada yg beritahu dia?!

Iryan memandang wajah Syah yg blur itu.Ada rasa yg mulai timbul di hatinya.Apakah ini,..rasa menyesal?

Menyesal kerana memasukkan racun Amfric ke dalam makanan Syah tadi? Ke dalam makanan kawannya?

Iryan pantas menekup mulut.Kepalanya digelengkan berulang kali.

Tak!! Tak!! Syah bukan kawan dia! Dia tak boleh kawan dengan Syah! Dia harus bunuh Syah! Itu amanat yg perlu di laksanakan!

"Iryan? Awak okey?" Soal Syawal tiba-tiba.

Iryan berhenti menekup mulut.Dia terus sahaja melemparkan senyuman buat Syawal.

"Em..tak ada apa-apalah..Cuma..Eh?! Tengok depan tu! Tu Jurang Kekayaanlah! Yeayhh!! Kita dah sampai!" Sorak Iryan sambil melompat-lompat.

Syawal agak tergamam.Dihadapan kini,terbentangnya jurang yg dalam.Begitu banyak emas,berlian dan permata menghiasi sekeliling tempat itu.

Kumpulan Syah yg lain juga turut tergamam.Satria-satria di situ sudah bersorak riang.

"Kaya! Kita semua akan kaya!!" Sorak salah seorang dari satria itu.Mereka semua menyahut sorakan itu dengan sebelah tangan yg diangkat tinggi ke udara.

Syah terus saja meletakkan Zamry ke bawah.Dia tak langsung memperdulikan apa yg disorak oleh mereka itu.

Entah kenapa kepalanya terasa memberat.Pandangannya pula perlahan-lahan bertukar kabur.Dia tiba-tiba hilang keseimbangan badan lalu terus saja rebah ke tanah,tepat disebelah Zamry.

Mereka semua terkejut.Satria-satria itu serta-merta berhenti bersorak.

"Syah!!" Panggil Syawal,cemas.Tubuh Syah digoncang laju.

Syah tidak memberikan sebarang reaksi.

Fellex dan Zinnt pantas menghampiri lalu duduk bercangkung disebelah Syawal.

Fellex meletakkan tapak tangannya diatas dahi Syah.Sejuk macam ais.Langsung tiada rasa panas.

Mata Fellex terus sahaja membulat.Dia tahu simptom pelik ini!

"Syah dah termakan racun Amfric!!" Jerit Fellex, cemas.

Mata Syawal serta-merta membulat.Apa?! Racun Amfric?! Sekali lagi?!!

to be continued..

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now