Bab 34: Lady Autumn

1.2K 110 1
                                    

"TUNGGU!" Laung gadis jelita tadi,merdu.Dia segera terbang dengan mengunakan sayap pari-parinya,mengejar Syah yang semakin menjauh.

Dia terbang sehinggalah dia mendarat tepat-tepat di hadapan si Alchemist yang kacak itu.

Syah tersentak.Langkahnya termati.Sedikit sahaja lagi,dia akan terlanggar perempuan yang tak faham bahasa ni.

Dia mendengus kurang senang.Matanya masih ditenyeh,pedih.

"Nak apa?" Ucapnya,kasar.Dia pantas memalingkan wajahnya ke arah lain.

Gadis tadi hanya tersenyum,langsung tak menjawab soalan Syah tu.Kakinya dijingkitkan.Dia segera mendekatkan wajahnya ke wajah lelaki itu,bersama senyuman nakal.

Mata Syah yang dimasuki habuk itu,di tiupnya perlahan.

Syah terus saja terkejut beruk.Dia pantas menjauhkan diri dari perempuan yang dirasakan gila tu.

"Kau buat apa hah?!" Jerit Syah,agak tersasul.Dia terus sahaja menekup mulut,tahu kesilapan diri.

Tak budiman benar bila seorang lelaki bercakap 'kau,aku' kepada seorang perempuan.

Gadis itu pula masih tersenyum,tak terusik langsung dengan bicara kasar Syah tu.

"Maafkan beta kalau beta buatkan kamu berasa tak selesa.Beta hanya ingin membantu.Pedih lagikah?" Soalnya,sopan.

Dia melangkah beberapa tapak ke belakang,memberi sedikit ruang untuk Syah bernafas.

Syah hanya diam,sambil menekup mulut.Wajahnya dipalingkan semula ke arah lain.Rasa janggal menguasai diri.

"Syah..Mahukah kamu dan rakan-rakan kamu tinggal sementara di istana beta? Hari sudah kelihatan mendung.Tak lama lagi,mesti hujan akan turun.Beta khuatir jikalau kalian semua akan terkena selsema." Penuh sopan gadis itu berbicara.

Mendengarkan bicara gadis itu,Syah pantas mendongak memandang langit.Ceh.Penipu betul perempuan ni.Langit cerah dikatanya mendung?

"Hm...Tak payah kut.Cuaca nampak cerah je saya tengok.Allhamdulilah.Bolehlah kami teruskan lagi perjalanan kami." Perlinya,sinis.Wajah gadis itu dipandangnya dengan pandangan jengkel.

Hening.Suasana sunyi menyelubungi mereka berdua.

Gadis itu pula,masih mampu tersenyum simpul walaupun sudah diperli sebegitu.Tetapi kalau dilihat betul-betul,senyuman itu sememangnya tampak menakutkan.

Swushh!

Angin yang datang menerpa,mengerbangkan rambut gadis itu.Suasana ini menjadikan perempuan tersebut lebih kelihatan menakutkan. Dengan senyumannya lagi... Macam Hantu Kak Limahlah pulak.

Tiba-tiba..

Suasana bertukar menjadi mendung.Awan hitam menutupi cahaya matahari yang menyinar.Angin yang mendayu-dayu tadi,terus sahaja bertukar menjadi kencang.

Pelik,Syah kehairanan.Mana mungkin cuaca akan bertukar secepat ni?! Langit yang sudah dipenuhi awan hitam itu di pandangnya dengan perasaan seram sejuk.Gilalah!

Gedebangg!! Gedebummm!!

Guruh dan kilat mulai berdentuman di kaki langit.Suasana sejuk menyapa tubuh mereka semua.

Tiba-tiba,gadis itu bersuara.

"Kan beta sudah cakap? Hari sudah pun nak hujan.Marilah berteduh di istana beta.Di situ lebih selesa dari sini." Pujuk gadis itu lagi.Lengan Syah ditariknya namun lelaki itu masih lagi tak berganjak.

"Semua ni..awak punya kerja kan? Kan?! Awak ingat,saya akan pergi ke neraka awak tu? Huh.Tak payah.Hujan ke tak,kami tetap akan seberangi jambatan tu sekarang jugak.Selamat tinggal." Ucap Syah,ego.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now