Bab 39: Pembunuh!

1.2K 103 6
                                    

"YA ALLAH! Fellex!! Tolong bernafas!" Pinta Syawal,cemas.Leher Fellex yang berdarah teruk itu ditekapnya dengan menggunakan selimut,menghalang pendarahan berlebihan.

Kaku.Seluruh tubuh Fellex sejuk seperti ais.Kulitnya pucat lesi.Hembusan nafas langsung tidak kedengaran.Hanya jantungnya sahaja yang masih berdenyut lemah.

"Adik! Tolong bangun! Jangan mati dulu..adik.. Tolong bangun!" Ucap Zinnt,teresak-esak.Dia menekan-nekan dada adiknya itu berulang kali namun masih lagi tiada respons yang ditunjukkan.

Pipi adiknya ditampar perlahan.Kaku.Fellex masih lagi kaku seperti tadi.

"Fellex!! Tolong! Jangan mati! Abang tak nak kehilangan kamu!" Raung Zinnt sambil memeluk tubuh adiknya.

Zinnt menangis bagai nak gila manakala Syawal pula sudah menyelongkar rakus beg sandang miliknya.Dia cuba mencari sesuatu yang boleh diguna ketika ini!

Tak lama kemudian,.. Aha! Jumpa pun! Ocs Herb yang berfungsi membekalkan oksigen kepada tubuh badan dikeluarkan lalu ia diramas bersama Healing Potion di dalam sebiji mangkuk.Mungkin ini boleh membantu!

"Zinnt.Tolong ke tepi sikit.Saya nak titiskan potion ni dalam mulut Fellex." Pinta Syawal sambil menolak sedikit tubuh Zinnt ke tepi.

Zinnt terpaksa akur dalam tangis.Dia memberikan ruang untuk Syawal duduk di sebelahnya.

Syawal pula segera menitiskan cecair tersebut ke dalam mulut Fellex, bersama harapan yang ia boleh membantu.

Beberapa saat kemudian,..

"Arghhhhh!!!"

..tanpa disangka,Fellex tiba-tiba mengelupur seperti ikan yang baru ditangkap.Dia menjerit pedih.Darah pekat banyak mengalir keluar dari mulutnya.Mereka semua tersentak.Nampaknya potion tadi langsung TIDAK berkesan malah lebih membunuhnya!

Tiba-tiba Fellex menjadi kaku semula! Jeritannya terhenti. Darah merah banyak mengalir dari mulutnya.

Mata Zinnt membulat.Dia pantas meletakkan telinganya di dada kiri Fellex.Degupan jantung yang lemah tadi..sudah tiada lagi!

"Adik!"

Zinnt segera mengoncang laju tubuh adiknya namun tetap tiada respons.Dia pantas melakukan CPR lalu kemudiannya dada Fellex ditekan berulang kali namun hampa...Fellex sudah MATI!

Zinnt berhenti menekan dada Fellex.Wajahnya disembamkan pula ke dada adiknya itu.Teresak-esak dia menangis.

"Syawal! Apa yang awak dah buat?! Awak..dah bunuh adik saya! Syawal! Awak pembunuh! Awak pembunuh... Awak dah bunuh satu-satunya adik yang saya ada.. Awak kejam!" Ucap Zinnt,teresak-esak.Tubuh Fellex yang sudah tidak bernyawa itu dipeluknya,erat.

"Z..Zinnt..Bawa bersabar..S..ss..Saya tak sengaja..Saya..saya minta maaf.." Rayu Syawal,sebak.Rasa bersalah menyesakkan ruang dada .Dia dah gagal! Benar-benar gagal!

Syawal cuba untuk menyentuh bahu Zinnt namun Elf itu lebih cepat menepis tangannya itu.Syawal tersentak.

"Jangan sentuh saya! Saya takkan maafkan awak! Awak pembunuh! Awak pembunuh!! Pergi jauh dari sini!!!" Jerit Zinnt bagai nak gila.Tubuh Syawal ditolak kasar agar lelaki itu menjauhi dirinya.

"Zinnt! Saya minta maaf! Saya tak sengaja!" Rayu Syawal lagi.Namun kali ini bersama linangan air mata.Air mata penyesalan.

Dia cuba untuk memegang tangan Zinnt namun sekali lagi Elf itu menepis kasar.

"Jangan sentuh aku! Kau ni pembunuh! Isk..Isk .Kau pembunuh,Syawal! Kau bunuh adik aku!" Raung Zinnt, mengila.Hilang sudah perkataan 'saya,awak' dari bibirnya.Tubuh Syawal mulai dipukulnya berulang kali.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now