Bab 4: Kifft

2.1K 147 0
                                    

PIXIE kecil itu membawa Syah ke sebuah pokok gergasi.Dedaun pokok itu berwarna merah jambu dan berkilau-kilauan seperti berlian.Sungguh cantik.

Namun,kasihan...

   Sebahagian pokok itu telah musnah dijilat api.Pasti ada pihak yang berhasad dengki di sebalik ini

"Kenapa dengan pokok ni?? Apa yg dah jadi sebenarnya?" Soal Syah penuh sayu.Batang pokok gergasi itu disentuhnya.

Dia juga turut merasakan kesakitan pokok itu.Bagaikan ada rasa pertalian diantaranya dengan pokok tersebut tetapi,dia tak tahu kenapa.Mungkin kerana kuasa Alchemistnya.

"Pokok Dedaun Emerald ni dirosakkan oleh Makhluk Pemusnah.Ada sebahagian makhluk tu mengeluarkan api.Kami takut,jadi kami lari dan sembunyi di dalam pokok bunga.Sebahagian yang sakit terpaksa kami sembunyikan dibawah akar pokok ini dari dibunuh.Bau wangi dari akar pokok ini menutup bau mereka dari dijejaki." Ujar Pixie itu,panjang lebar.

Pixie itu terbang lalu mendarat diatas salah satu akar pokok itu.Dia bercakap sesuatu dalam bahasa Pixie.

Kemudian beberapa saat kemudian,beberapa ekor pari-pari Pixie keluar dari celah-celah akar.Wajah mereka bergelumang dengan ketakutan.Keadaan mereka cedera parah.

"Jangan takut.Saya seorang Alchemist.Saya nak ubati kamu sahaja.Tengok.Saya bawa herba.Meh sini.Baring dekat atas daun ni."Pujuk Syah penuh lembut.

Dia duduk diatas tanah lalu menghampar beberapa helai daun untuk dijadikan katil,buat pari-pari Pixie itu.

Pari-pari Pixie yg tercedera itu berasa agak ragu-ragu untuk menghampiri Syah.Ini kerana,wajah Syah hampir serupa dengan wajah Magician yg telah mencederakan mereka,beberapa hari lepas.Mereka takut jika ini adalah satu perangkap.

"Jangan risau.Dia bukan Magician yg jahat haritu..Dia ni baik." Pujuk Pixie kecil yg berbaju ungu tadi.Dia memandang Syah pula.

"Ya.Saya bukan orang jahat.Nama saya,Syah.Tengok ni." Syah segera mengawal dedaun herba tadi supaya menari-nari di ruang udara.

Kadang-kadang dia membuatkan daun herba itu bertamparan pipi sesama sendiri untuk dijadikan modal berlawak.

Dan sudah semestinya perbuatan Syah itu mengundang rasa lucu kepada pari-pari kecil yg lain.Mereka tidak lagi berasa takut dan ragu seperti tadi.

"Okey.Cukuplah saya main-main tadi.Siapa yg nak dirawat??" Soal Syah.Daun-daun herba tadi jatuh ke atas tapak tangannya lalu bertukar menjadi serbuk halus,berwarna putih.

Pari-pari kecil itu berpandangan sesama sendiri sebelum mengangkat tangan dan berkata serentak "Saya!".Akhirnya,ketawa mereka meledak bersama.Rasa takut pada Syah sudah lagi tiada.

Syah tersenyum lebar.Pujukannya mengena juga.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••


PUSAT Rawatan Racun sunyi sepi tanpa sebarang bunyi.Tiada sesiapa disitu kecuali pesakit-pesakit yang luka parah dan juga pesakit yang terkena racun.Semua pesakit sedang dibuai mimpi ketika ini.Jika dikira,sudah sehari Syah tidak sedarkan diri dan ditempatkan disitu.

"Fuhhh..." Seseorang menghembuskan sejenis serbuk ke ruang udara.

Maka,berterbanganlah serbuk yang berwarna ungu itu di serata tempat.Serta-merta, serbuk itu disedut oleh semua pesakit di situ,termasuk Syah sekali.

Ptapp!! Ptapp!!

Derapan kasut bergema kuat disitu namun,tiada seorang pun yang terjaga.Mereka semua sudahpun pengsan akibat terhidu serbuk tidur tadi.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now