Bab 36: First Kiss?!

1.4K 106 0
                                    

"ADIK! Kenapa kamu menangis ni? Mana Syawal,hmm..? Abang nak tanya ni.Syah dah sedar ke belum?" Soal Zinnt,bertalu-talu.Tangan adiknya diraih.

Fellex tidak menjawab.Dia hanya mengeleng-gelengkan kepalanya berulang kali,tak bermaya.Tiba-tiba, dia memeluk erat tubuh abangnya itu.

Zinnt terkaku.Aik? Apahal dengan si Fellex ni? Dia serta-merta menjarakkan sedikit adiknya itu darinya.Kedua-dua bahu Fellex itu dipegang lalu wajahnya ditatap.

"Adik? Kamu okey?" Soal Zinnt,risau.Dia pantas melekapkan belakang tapak tangannya di pipi dan di dahi adiknya itu.Suam-suam saja.Tak demam pun.

Fellex masih lagi mengeleng-gelengkan kepalanya berulang kali.Mulutnya terasa berat untuk dibuka.Dia menyeka sedikit air matanya dengan mengunakan hujung jari.

"Adik..Cakap dekat abang,apa yang dah jadi.Syawal marah dekat adik ya?" Soal Zinnt,lembut.Pipi basah adiknya itu dikesat.

Fellex hanya mengelengkan kepalanya sekali lagi,tanda menidakkan.

Zinnt mengeluh perlahan.

"Habistu..Syah yang marah adik?" Soalnya lagi,tak berputus asa.

Mendengarkan nama Syah yang disebut,Fellex serta-merta meraung.Dia lantas menyembamkan wajah di dada bidang abangnya,menangis penuh hiba.

Zinnt terus sahaja terkejut beruk.Kepala yang tak gatal digarunya.Pelik.Fellex tak pernah menangis seteruk ni.

"Adik.Bagitahu abang..apa yang dah jadi? Kenapa adik menangis? Cuba cerita dekat abang,hal yang sebenarnya." Ucap Zinnt,sambil mengusap lembut belakang adiknya itu.

Enggan.Fellex masih enggan untuk bercerita.Mulutnya terasa terkunci.Cukuplah dia sudah menghancurkan hati Syawal sebentar tadi.Dia tak mahu menghancurkan hati abangnya pula.

Tiba-tiba,dalam kalut Iryan menghampiri mereka berdua.

"Kenapa Fellex? Kenapa awak menangis? Zinnt pukul awak ke?" Soal Iryan,bersama tuduhan yang melulu.

Mata Zinnt serta-merta membulat.Apa? Aku pulak yang kena tuduh?!

"Ish.Bukan sayalah yang pukul dia? Awak ingat saya ni kejam sangat ke,nak pukul adik sendiri?" Ucapnya,lebih membela kepada diri sendiri.

Iryan buat muka masam.Dia berpeluk tubuh.

"Habistu? Siapa yang pukul? Saya baru sampai je kut! Jangan tuduh saya." Kini gilirannya pula membela diri.

Fellex terus sahaja mengesat air matanya.Wajah Zinnt dan Iryan,ditatapnya sedalam mungkin.

"Abang,Iryan..Syah dah tak dapat diselamatkan lagi..Hanya 30% sahaja harapan dia untuk hidup sekarang ni..Itupun,kalau dia masih ada azam untuk kekal hidup..." Ucap Fellex,tersendu-senduan.

Zinnt tersentak.Iryan juga begitu.

"A..a..apa yang adik cakap tadi?" Soal Zinnt semula, inginkan kepastian samaada apa yang dia dengar tadi benar ataupun tidak.

"Abang..Syah dah terlalu lemah..Semua organ dalaman dia dah pecah sebab Racun Amfric tu..Tiada penawar yang dapat sembuhkan dia lagi..Kita hanya mampu berharap yang dia..akan..selamat.."

••••••••••••••••••••••→••••••••••••••••••••••

Malam..

LADY Autumn berlari laju di sepanjang koridor istana itu.Sepantas kilat dia berlari,dengan harapan dia tidak terlambat.Dia kena cepat,sebelum dia tertangkap!

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now