Bab 7: Selamatkan dia!

1.7K 128 0
                                    

"MARI kita gerak sekarang sebelum kita dimakan hidup-hidup oleh Troll tu." Arah Elf itu apabila Troll yang dari kejauhan,sudah berura-ura ingin mendekati mereka.

"Hah? Troll makan daging ke? Waktu siang-siang macam ni? Bukankah mereka tu makhluk malam,tak boleh kena cahaya matahari?" Soal Syah,bodoh.

Elf yang bernama Fellex itu sudah menepuk dahi.Malas betul dia nak jawab soalan bodoh Syah tu.

      "Troll yg tinggal dalam hutan,tak takut dengan cahaya matahari.Troll yang tinggal dalam gua saja yg takut cahaya matahari dan... mereka memang makan daginglah,lembab! Cepatlah! Naik cepat!" Marah Fellex. Dia sudah bersedia untuk memanjat ke atas kudanya.

     "Eh? Kejap,kejap.Seluar Troll tu diperbuat dari apa ya? Kulit manusia ke,haiwan?" Soal Syah lagi.Dia masih ingin menyoal benda yg tak berfaedah dikala saat genting ini.

     "Arghh! Sudahlah tu! Berhentilah menyoal benda merapu!" Marah Fellex lagi.Troll itu sekarang hanya tujuh meter sahaja dihadapan mereka.

      Fellex terus mendukung Syah di sebelah bahunya bagaikan penculik.Syah yang tiba-tiba didukung itu,terus saja meronta-ronta.

"Wei! Apa dukung-dukung ni? Nak culik saya ke apa? Lepaskanlah! Saya seorang Alchemist tahu! Kalau saya nak hilangkan ingatan awak,sekarang ni pun saya boleh buat!" Jerit Syah sekuat hati.Dia meronta-ronta agar dilepaskan.

"Diamlah! Kau nak sangat ke kena makan dengan Troll tu?! Aku bagi kau dekat dia nanti kang,baru kau tahu." Marah Fellex pula.Bahasanya sudah ditukar menjadi 'kau,aku' .Tahap kesabarannya kini memang sudah sampai ke kemuncak.

Syah serta-merta diam.Takut benar kalau Elf ni bagi dia dekat Troll yang hodoh tu.Setelah Syah sudah tidak lagi meronta,Fellex terus melompat keatas kuda putihnya.

"White! Jalan cepat!" Arah Fellex kepada kudanya pula.

   Melihatkan keadaan itu,Troll dibelakang sudah berlari untuk menangkap mereka berdua.Namun badan Troll yang besar itu agak menyukarkan ia bergerak cepat.

Kuda putih belaan Fellex pantas mengangkat kedua-dua belah tapak kakinya ke udara,tanda dia memahami apa yang dituturkan tuannya.Sepantas kilat,kuda itu berlari laju mara ke hadapan.

Larian kuda itu tetap laju walaupun sedang menempuhi hutan.Akar-akar kayu yang meliar disana sini bukan penghalangnya untuk berlari.Kadang-kadang kuda itu melompat tinggi bagaikan arnab ketika melintasi akar banir kayu yang sebesar peluk.

Syah yang digendong di hadapan bahu,mengerang kesakitan apabila dadanya terhentak-hentak.Pandangannya menjadi kelam..Dia menjadi sukar bernafas dan akhirnya,dia tidak sedarkan diri.

•••••••••••••••••••••••❄••••••••••••••••••••••

ZAMRY berlari anak sambil mengendong Syah di belakang.Hujan yang turun agak lebat,membataskan penglihatan serta pergerakannya.Kadang-kadang dia hampir jatuh tergelincir.Mujur kuasa graviti yang sudah pulih semula membantunya agar tidak jatuh.

       Masih kedengaran Syah mengerang kesakitan,barangkali pedih kerana lukanya terkena air hujan.

Darah Syah berada disepanjang laluan mereka.Nampaknya,Syah sudah kehilangan terlalu banyak darah! Darah yang berada di sepanjang jalan itu cukup untuk membuktikannya.

Dalam hatinya,Zamry menyumpah-nyumpah Kifft kerana membelasah kawannya dalam keadaan separa sedar.Dasar Necromancer yang pengecut!

Zamry akhirnya tiba di destinasi yang dituju.Pintu kayu itu diketuk selaju mungkin.

"Syawal! Tolong! Tuan saya dah cedera teruk! Dia dah hilang terlalu banyak darah!" Laungnya dari luar.Hujan lebat membasahi tubuhnya.

Berkali-kali dia mengetuk pintu itu bagai nak roboh.Dia langsung tak sedar,sekarang ni dia sedang ketuk pintu dengan tangan yang cedera digigit tadi. Arghh! Dia kesah apa.Yang penting sekarang ni,nyawa Syah!

"Sekejap!" Laung suara dari dalam pula.Zamry berhenti mengetuk pintu.Dia mengigil kesejukan.Syah di belakang juga terasa sejuk macam ais.

"Hah? Kamu rupanya,Zamry. Kenapa ni? Sekarang pukul 2 pagi kut..." Soal Syawal,mengantuk.

     Lelaki yang berumur dalam lingkungan 29 tahun itu terpisat-pisat mengosok matanya.Habis terganggu mimpi indahnya tadi...

"Syawal! Syah..dia..dia luka parah!! Kifft belasah dia cukup-cukup masa dekat bilik rawatan tadi! Nasib baik dia tak sempat tikam Syah. Cepatlah! Bagi saya masuk! Syah dah hilang banyak sangat darah ni!" Ucap Zamry,separuh menjerit.Cemas bercampur resah.

      Mamai Syawal hilang secara tiba-tiba tatkala nama Syah disebut.Apa? Syah luka? Kifft buat hal lagi?

"Okey! Okey! Cepat masuk! Cepat!" Pelawa Syawal.Pintu masuk dibuka seluas mungkin.

     Zamry segera melangkah masuk ke dalam rumah Syawal.

   "Nak letak dia dekat mana ni??" Soalnya penuh kalut.

      "Letakkan dia dekat sofa dulu.Saya nak ambil alat perubatan sekejap." Balas Syawal,tenang.Dia menghilangkan diri ke bilik perubatannya.

     Zamry pantas meletakkan Syah di sofa.Butang baju Syah dibuka satu persatu sehingga terserlah tubuh lelaki itu.Bandage yang membalut luka Syah juga dibuka.

      "Bertahanlah,Tuan! Jangan mati dulu! Kalau awak masih hidup..saya akan panggil awak Syah! Macam yg awak mahu sebelum ni..Bangunlah Tuan.." Ucap Zamry sambil menampar-nampar perlahan pipi sejuk beku kawannya itu.Beberapa titis air matanya jatuh ke wajah Syah.

          Syah masih tidak memberikan sebarang reaksi.Erangan kesakitan dari lelaki itu juga sudah tiada.Sudah matikah Syah kini?


                         →to be continued..

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now