Bab 27: Pengakuan

1.3K 111 2
                                    

PERJALANAN diteruskan.Syah sudah okey.Kepala dia tak rasa pening dah macam semalam.Dia dah ingat semua memori dia kecuali satu,iaitu siapa ibu bapa dia ni,ya?

Syah berjalan secara perlahan.Kadang-kadang dia bermain sihir ais di tangan kanannya.

"Siapa aku sebenarnya?" Soal Syah,sendirian...Dia kehairanan...kebuntuan.Siapa dia sebenarnya dan dia ni,anak siapa? Kenapa dia tak ingat?

Rantai Alchemist yg dipakainya,disentuh perlahan.Jarinya bermain-main dengan eksesori yang tergantung di rantai itu.

Syawal hanya memerhati sahaja tingkah laku Syah tanpa sebarang kata.

Fellex yang sedang mendukung Zamry juga ralit memandang Syah.Ada sesuatu yg menarik minatnya iaitu rantai Syah itu.Ia sama benar seperti rantai Queen Zyll.

Tiba-tiba..

"Hei!! Pulangkan balik!!"

..Kedengaran Zinnt menjerit kepada seseorang.Semua orang menoleh ke belakang termasuk Syah sekali.

"Hahahaha! Zinnt ada makwe! Zinnt ada makwe! Hahahahaha! Makwe awak comel! Boleh saya ambil seorang makwe awak? Boleh? Boleh?" Ucap Iryan,riang.

Dia melompat-lompat berundur ke belakang dihadapan Zinnt.

"Tak bolehlah! Tu awek-awek saya!! Pulangkan balik!" Marah Zinnt.Pipinya berona merah,menahan malu.

"Alaaa..saya nak seorang je..Seorang aje..Boleh kan? Awak ada tiga..bagilah saya satu! Janganlah kedekut.." Balas Iryan.Gambar kekasih Zinnt disorokkan ke belakang.

"Tak boleh! Saya kata tak boleh,tak bolehlah!! Bagi balik!" Marah Zinnt lagi.Dia memeluk Iryan untuk mengambil gambar yg disorokkan.

"Arghh! Awak gatal! Awak nak meraba saya!! Kyaa~ Saya cuma seorang lelaki comel yg lemah..Tolong jangan mencabuli saya..Saya masih suci.." Ucap Iryan berserta muka comel.

"Bodoh! Saya bukan nak mencabuli awaklah! Euw..tolong sikit.Saya ni tak berminat dekat lelaki,okey? Saya cuma nak gambar tu balik!"

Zinnt buat muka geli manakala tangannya masih cuba untuk merampas gambar aweknya semula.

Mesti ada yg tertanya-tanya kan,siapa yg bagi gambar-gambar tu dekat Iryan? Hm..Siapa lagi..Tak lain dan tak bukan,mestilah si Fellex yang bagi.😒

Kumpulan Syah hanya mampu ketawa sakan kecuali Syah.

Syah masih dengan wajah blurnya. 😶 Apa?

••••••••••••••••••••••♥••••••••••••••••••••••

Selepas 5 jam berjalan..

MEREKA semua akhirnya sampai jua ke tempat kem mereka semalam.Syah melepaskan lelah diatas tanah.Penat..memang penat.

Kumpulan Syah yg lain sudah mendapatkan barang-barang mereka. Nasib baik tak ada benda yg hilang.

Syah berbaring diatas tanah,memandang langit yg luas.Dia termenung untuk seketika.

Syawal terus sahaja mengambil tempat di sebelah Syah.Dia duduk memeluk lutut.

"Syah..Saya nak tanya sikit,boleh?" Soal Syawal,perlahan.

"Hmm.." Balas Syah,sepatah.

"Em..Awak ni,The Undead Devil tu ke? Raksasa lagenda tu? Raksasa yang musnahkan satu Empayar Kota Bayangan suatu masa dulu?" Soal Syawal lagi,dalam nada takut-takut.Takut seandainya Syah marah.

Syah terus saja duduk dari pembaringannya apabila disoal sebegitu.Wajah Syawal ditatap.

"Sebenarnya.. Panjang ceritanya.." Balas Syah,perlahan.Dia tunduk memandang tangan kanannya pula.

Tangan yang disumpah.

"Tak apa..Awak ceritalah..Saya sudi dengar.."Ucap Syawal,bersemangat.

"Baiklah..Sebenarnya.."

Baru saja Syah membuka bicara,tiba-tiba Iryan menyampuk.

"Ehh?! Tunggu sekejap! Kami pun nak dengar! Boleh kan Syah? Boleh kan? Please....Please..Please?" Rayu Iryan bersama muka comel.

Pipinya dilekapkan di pipi Syah.

Syah hanya tersenyum nipis.

"Baiklah..Korang semua nak tahu jugakkan?" Soal Syah kepada semua ahli kumpulannya.

Mereka semua mengangguk,tanda ingin tahu.

"Okey..Duduklah dulu.Tinggalkan barang-barang tu sekejap.Meh..Kita duduk dalam satu bulatan jom.." Pelawa Syah.

Tempat kosong di sebelahnya,ditepuk.

Kesemua ahli kumpulan Syah terus saja berjalan kearahnya lalu duduk,membentuk satu bulatan besar.

"Cepatlah cerita..Saya tak sabar nak tahu ni.." Ucap Zinnt,ceria.

Kepala Iryan ditarik lalu dia menyelekeh kepala Archer amatur itu.

"Aduh! Sakitlah Zinnt! Awak ni jahat! Saya tak suka awak! Kalau awak suruh saya jadi girlfriend awak pun,saya tak sanggup! Saya lebih rela jadi makwe Fellex!" Karut Iryan dalam berpura-pura marah.

Mata Fellex dan Zinnt serta-merta terbeliak.

"Iryan! Teruknya awak ni! Saya ni tak suka lelaki,okey?" Marah Zinnt.

Dia pantas menolak Iryan jauh darinya.

"Bodohlah! Kau ingat aku ni gay?!" Marah Fellex pula.Pipi Iryan ditariknya.

Iryan ketawa lucu.

"Korang nak dengar ke tak ni? Kalau tak,aku nak blah." Rajuk Syah.Dia sudah berura-ura ingin bangun namun dihalang Syawal.

"Janganlah merajuk! Okey..okey..Kami dengar.Ceritalah cepat.." Pinta Syawal.

Syah terus tak jadi bangun.Dia tersenyum nipis.Nafas ditarik sedalam mungkin.

"Okey..Macam ni ceritanya.."


→to be continued..

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now