Bab 49: Berpecah

1.1K 95 6
                                    

GIGI diketap.Air matanya di lap kasar.Rasa terhina,dimalukan dan dipijak-pijak menjadikan hatinya bengkak.Pedih! Perit! Sakit hati! Semuanya bercampur-baur.Namun malang sekali,tiada sesiapa pun yang mengambil tahu.

      Sambil berjalan,Syah mengigit bibirnya sehingga berdarah.Dia cuba untuk tidak menangis.Cukuplah! Cukuplah semasa dia kecil dahulu,banyak air mata yang dihabiskan.

    Cukup! Dia tak mahu menangis lagi! Air mata akan menjadikan dia lemah.Dan..kerana sifat lemah inilah,abangnya mati! Sesal namun tiada siapa yang mengerti! Tiada sesiapa!

    Bammm!

    Pintu bilik tidur rakan-rakannya dikuak luas secara kasar.Katil Zamry menjadi hala tujunya.Muktamad! Dia akan bawa Zamry keluar dari sini walaupun dengan cara....seorang diri!

    Birai katil menjadi tempatnya untuk berlabuh.Dahi Zamry disentuh perlahan. Sejuk.Tangan rakannya itu dibelek untuk seketika.Memang agak menakutkan kerana seluruh tangan kiri Zamry sudah bertukar menjadi tangan raksasa.

     Nampaknya Racun Sumpahan semakin lama semakin menguasai rakannya ini.

     Dua minggu lagi.Zamry hanya ada masa dua minggu lagi sebelum dia bertukar sepenuhnya menjadi Raksasa Pemakan Daging! Pada masa itu nanti,tiada apa pun yang dapat menghalangnya lagi.

     "Zamry..maafkan saya.. Kalau awak tak tolong saya hari tu,..awak takkan jadi macam ni.." Ucap Syah,sesal.Dia pantas menyarungkan baju dan jubah berhud di badannya sendiri.

      Beg sandang kemudiannya diselongkar.Selimut kecemasan dikeluarkan lalu tubuh adik angkatnya itu diselimutkan serapi mungkin.Dia pantas berdiri bersama beg sandang yang disilangkan di badan.

    Dalam kesukaran,perlahan-lahan tubuh Zamry digendongnya di belakang.Sakit di dadanya mulai menyengat diri namun di endahkan.

    Dia nekad! Nekad dengan keputusannya.Biarlah mereka berpecah sekalipun..agar nyawa insan-insan yang tidak berdosa dapat diselamatkan!

     Langkah mulai diatur.Dengan kudrat yang ada,dia berjaya membawa adik angkatnya itu keluar dari bilik tersebut.

   Nafas ditarik sedalam mungkin,cuba untuk mencari sedikit kekuatan.Ya! Dia harus kuat.Demi Zamry! Demi semua penduduk Empayar Kota Bayangan!

     "Syah! Tunggu!"

    Jeritan seseorang mematikan langkahnya.Syah langsung tak menoleh.Rasa sakit hati meracuni fikirannya.Benci! Dia benci dengan semuanya!

     Tak lama kemudian, Fellex datang menangkap lengannya.Tercunggap-cunggap si Elf ini bernafas mencari oksigen.

     Syah hanya mendiamkan diri.Dia malas untuk bersuara lagi selepas apa yang sudah terjadi.

     "Syah..kau marahkan aku ke?" Soal Fellex, cuba meraih simpati.Anak mata Syah cuba dicarinya namun si Alchemist itu begitu asyik melarikan pandangan ke arah lain.

     Senyap.Tiada langsung jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu.Mereka berdua diam untuk seketika.

    Kelihatan rakan kumpulannya yang lain mulai menghampiri mereka.Sama sahaja seperti Fellex tadi.Tercunggap-cunggap.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now