Bab 28: Kisah Lampau (i)

1.2K 109 0
                                    

100 tahun dahulu...

"SYAH!! Cepatlah datang ke sini! Awak ni lambatlah! Harap je lelaki,tapi jalan terkedek-kedek macam itik!" Kutuk seseorang, dalam riang.

Dalam termengah-mengah,Syah tersenyum.Dia dah terlalu penat mengejar Vine,iaitu gadis idaman hatinya.

"Vine! Cukuplah tu! Saya mengalah..Awak menang..Fuh..Penat betul." Ucap Syah,dalam keletihan.

Peluh di dahi,diseka dengan mengunakan lengan.

Dari kejauhan,Vine ketawa mengekek.Dia geli hati dengan sikap suka berputus asa Syah tu.

"Awak ni!! Lembik betul!" Laung Vine.Dia menjelirkan lidahnya kearah Syah.

Syah ketawa dalam penat.Perlahan-lahan dia berlari anak kearah Vine.

"Vine..Awak ni,harap jelah Herbalist..Tapi lari bukan main..Penat saya kejar.." Ucap Syah,bersama ketawa kecil.

Dia merebahkan diri diatas tanah.Langit yg luas itu dipandangnya. Indah betul ciptaan Allah..

Vine pula sudah duduk di sebelah Syah.Dia memeluk lutut,juga turut membuang pandang kearah langit biru.

Mereka berdiam diri untuk seketika.Suasana sunyi menyelubungi diri.

"Syah..Kalau saya mati nanti,awak akan rindu tak dekat saya?" Soal Vine, tiba-tiba.

Syah tersentak.Dia terus sahaja duduk.Wajah Vine pula dipandangnya,tajam.

"Apa awak merepek ni? Hentikan.Saya tak sukalah." Balas Syah,bersama muka cemberut.

Vine tersenyum nipis.Tiba-tiba dia seperti teringat akan sesuatu.Beg sandang yg dibawa,diselongkar.

"Awak cari apa?" Soal Syah,hairan.

"Rahsia." Balas Vine,sepatah.Senyumannya semakin melebar.

"Awak pejamkan mata awak.Lepastu hulurkan tangan kanan awak.Nanti awak tahulah apa dia." Ucap Vine lagi.

"Apa? Awak nak buat apa?" Soal Syah lagi.

Vine menggeleng-gelengkan kepalanya berulang kali.

"Tutup mata dulu.Nanti baru awak tahu.Tapi,jangan intai tau!"

Syah mengeluh perlahan.

"Okey..Saya buat."

Seperti yg disuruh,Syah memejamkan matanya.Tangan kanan pula dihulur.

Vine sudah tersenyum manis.Bunga Zaqquen yg berada di dalam begnya sedari tadi,dikeluarkan.

Tangan Syah dicapai lalu bunga tersebut diletakkan diatas tapak tangan lelaki itu.

"Awak boleh bukak mata awak sekarang." Ucap Vine,ceria.

Syah pantas membuka matanya.Saat dia terlihat bunga Zaqquen yg berwarna unggu itu,matanya terbeliak luas.

Bunga itu dicampaknya ke tepi.Habis rosak kelopak bunga tu dibuatnya.

Vine agak terkejut dengan kelakuan Syah.Sedikit sebanyak,dia agak terasa hati.

"Syah!! Kenapa awak buang bunga ni?!" Ucap Vine,hampir menangis.Bunga itu dikutipnya kembali.

Baginya,bunga dan herba juga ada perasaan dan tidak patut dilayan sebegini rupa.

Syah tidak menjawab.Dia pantas berdiri,membelakangi Vine.

"Awak..Cepat pergi dari sini." Ucap Syah,tegas.Dia memegang tangan kanannya yg tiba-tiba terasa pedih.

"Tapi...kenapa? Awak dah bencikan saya ke? Kan saya ni kawan baik awak? Kenapa awak halau saya pergi?" Soal Vine,bertalu-talu.Matanya mulai berkaca-kaca.

"Aku kata,pergi dari sini!!! Sekarang!!" Jerit Syah,tegas.Dia langsung tidak menoleh kearah Vine.Tangan kanan yg terasa perit dicengkamnya,kuat.

Vine tersentak.Dia rasa tak percaya.Syah sebut perkataan 'aku' ke tadi? Vine pantas berdiri.

"Tapi.."

Belum sempat Vine menghabiskan kata-katanya, Syah terlebih dahulu memintas.

"Aku kata,pergi!! Pergi dari sini!!" Marah Syah lagi.Dia sudah tidak mampu bertahan.Dirinya yg 'kedua' akan muncul tak lama lagi.

Dia sebenarnya alah dengan bunga Zaqquen itu.

Perlahan-lahan matanya berubah warna.Sebelah berwarna unggu,sebelah lagi berwarna biru tua.Ada lambang Alchemist di anak matanya itu.

"Syah!! Kenapa dengan awak ni? Awak tak pernah pun berkasar selama ni dengan saya..Kenapa hari ni tiba-tiba saja awak berubah?!" Soal Vine dalam esak tangis yg mulai bergema.

Dia berdiri menghadap wajah Syah yg sedang tunduk memandang tanah itu.

Syah perlahan-lahan mengangkat wajahnya.

"Vine..Selamatkan diri.."

to be continued..

THE ALCHEMIST (EDITING)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin