Bab 42: Pertukaran

1.2K 108 2
                                    

"IRYAN... Saya masih..bermimpi lagi ke?" Soal Syah,sebak.Dia memegang dada kiri yang terasa perit.Kesan sambaran kilat yang mengandungi racun Amfric pada dua minggu lepas masih tidak sembuh sepenuhnya.

    Selama dua minggu ini,dia hanya berpura-pura seperti kecederaan itu tidak memudaratkan dirinya namun sekarang ini,kesakitannya semakin menjadi-jadi. Mungkin racun Amfric yang dia termakan pada hari ini telah membuatkan kecederaan itu bertambah parah.

    Iryan hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya,lemah.Dia perlahan-lahan membantu si Alchemist tersebut untuk berdiri semula.

   "Tak.Awak tak bermimpi,Syah.Fellex dan Zinnt...Diorang dah tak ada.." Tutur Iryan,perlahan.

     Memdengarkan kata-kata Iryan itu,tubuh Syah kembali longlai semula.Nasib baiklah Iryan sempat menyambutnya dari jatuh sekali lagi.

   Syah kelu.Dengan tangan yang terketar-ketar,dia memegang erat lengan Iryan.Wajahnya tampak pucat sekali.

     "I..Iryan..Tolong saya sesuatu.. Nyalakan lilin.." Pinta Syah,lemah.Tiada air mata yang dapat mengalir ketika ini.Dia benar-benar berasa letih.

    Iryan hanya mengangguk.Dia pantas mencari mancis di dalam laci yang berdekatan.Tak lama kemudian..Hah! Jumpa!

    Dia segera menyalakan lilin-lilin yang berada di situ.Di saat cahaya mulai menerangi bilik tersebut,mereka berdua tersentak.

    Sekali lagi Syah mengucap panjang.Kesemua ahli kumpulannya,..kini sudah terbaring kaku diatas tanah.Dalam keadaan berlumuran darah.

    Syah perlahan-lahan mengatur langkah ke arah Syawal yang juga turut terbaring diatas lantai itu.Dia jatuh terjelopok disitu.

     Syah sedih,namun air matanya tidak dapat menitis.Fellex..Zinnt..Syawal dan kesemua satria... Apa yang dah jadi sebenarnya ni?

    "Syawal..." Panggil Syah,perlahan. Pipi rakannya itu dipegang lembut.

     "Urhh.." Kedengaran suara Syawal mengerang perlahan.Dia bergerak sedikit bersama mata yang tertutup rapat.

    Syah hanya tersenyum tipis.Syukurlah.. rakannya ini masih hidup.

   "Iryan.. Ke sini sekejap.." Panggil Syah kepada Iryan pula.

    Iryan hanya menuruti.Dia terus sahaja mengambil tempat di sebelah Syah.

      "Kenapa Syah?" Soal Iryan sambil mengesat sisa air mata yang berjuraian di pipi.

    Syah hanya tersenyum.

  "Awak ke yang balut luka Syawal ni?" Soalnya sambil membuka balutan yang melekap di tubuh Syawal itu penuh berhati-hati.

    "Umm.Saya yang balut.Ada apa-apa yang tak kena ke?" Soal Iryan pula,naif.

"Awak silap balutlah.Hahaha." Balas Syah,bersama ketawa kecil.

   Namun..di pendengaran Iryan,ianya hanyalah sekadar ketawa plastik.Penuh kepalsuan.Kesian Syah...Mesti lelaki ini sedang bersedih tika ini.

    "Syawal..Bangun Syawal.."

    Syah mengerak perlahan Syawal yang sedang pengsan itu.Malangnya,lelaki itu tidak terjaga langsung.Tidur mati agaknya.Jangan mati betul-betul sudahlah.
    
    "Eh? Sedap pulak dia tidur." Bebel Syah seorang diri.Dia segera meletakkan tangan kanannnya diatas luka sahabatnya itu.Kuasa pemulihan dikeluarkan.

    Tak sampai beberapa saat,luka Syawal kembali pulih semula seperti sedia kala.Hanya matanya sahaja yang masih belum dibuka.

    "Iryan.. Tolong tengokkan Syawal sekejap." Pinta Syah sebelum dia berdiri semula.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now