Bab 12: Fellex

1.4K 124 0
                                    

TELINGA panjang milik seekor Elf bergerak-gerak ke sana sini.Seekan-ekan seekor arnab yang sentiasa mengawasi.Dia terdengar pokok-pokok di situ memberitahunya bahawa ada beberapa orang penceroboh memasuki hutan itu sebentar tadi.

"Di mana mereka? Tunjukkan kepada saya." Soal Elf itu semula kepada semua pokok disitu.

Semua pokok itu kemudiannya bergerak ketepi,membentuk satu laluan kepada Elf tersebut.Elf itu tersenyum seronok.

Sebentar nanti,dia akan berlawan dengan sang penceroboh tersebut.Arghh..tak sabarnya!

Elf itu lantas menaiki kuda putihnya.

"White! Cepat jalan!" Arahnya kepada kuda itu.Kuda itu mengangkat kedua-dua kaki ke udara sebelum berlari disepanjang laluan yang telah dibentuk oleh pokok-pokok di situ.

Semakin lama,hidungnya terbau sesuatu.Ya! Itu adalah bau darah.Darah manusia.Tetapi..ada kelainan dari selalunya.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

SYAWAL masih lagi dengan mulut yang terlopong luas.Tak sangka betul apa yang dicakapkan oleh Syah tu benar-benar belaka.Dia kemudiannya menutup mulut lalu berdehem beberapa kali.

Syah masih berjalan di belakang Syawal.Dia asyik tersenyum saja sedari tadi.Kadang-kadang dia menyentuh beberapa bunga yang tidak pernah dilihatnya di situ.

Tiba-tiba..,

    ...bunyi larian kuda mematikan langkah mereka semua.

"Kamu dengar tak?" Soal salah seorang satria.Yang lain hanya mengangguk. Mereka pantas mengeluarkan pedang masing-masing,bersedia jika yang datang itu adalah musuh.

Dari semak samun,

   ...tanpa disangka,seekor kuda putih muncul secara tiba-tiba! Tanpa sebarang amaran,penungang kuda itu terus sahaja melepaskan anak panah!

Shupp!!

Anak panah itu menembusi tepat di tangan Syah.Alchemist itu mengerang kesakitan.Dia segera mencabut anak panah itu keluar dari lengannya.

"Argghhh!" Jerit Syah,perit.Perlahan-lahan, lukanya kembali senbuh.

Penunggang kuda itu dilihat bagai mahu ditelan.Eh? Tunggu sekejap! Syah rasa,dia macam kenal aje Elf tu.

Semua satria disitu mulai mengatur langkah untuk menyerang Elf tersebut.Mereka meluru laju kearah Elf itu dengan menghunus senjata mereka.

"Tunggu!!" Jerit Syah.Dia cepat-cepat mengeluarkan kuasa penenangnya untuk membuatkan kesemua satria itu menjadi neutral semula.

Vummmm!! Kuasa Syah yang berwarna biru muda itu meluru kearah semua satria tersebut dengan kelajuan sepantas kilat.

Baru sahaja Elf itu ingin melepaskan panahan kedua,semua satria itu sudahpun jatuh tersungkur.Mereka tertidur.Kedengaran dengkuran halus dari mereka.

Eh?? Elf itu kebingungan.

"Apa hal dengan korang ni? Aku tak tembak pun lagi." Ucap Elf tu sambil mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

Dia memandang pula sesusuk tubuh yang masih tegak berdiri di satu sudut.Matanya juga turut membuntang seperti Syah.

"Kamu?!" Jerit Syah,rasa tak percaya.Dia kenal Elf yang kurang asam ni.Elf nilah yang biarkan dia terbaring seorang diri sambil direnung Troll tempoh hari!

"Oh? Kau? Hidup lagi rupanya kau ni? Haritu kau lesap macam tu saja.Meh sini! Sebab kau,aku hampir dimakan Troll! Aku masih tak puas hati dengan kau lagi!" Marah Elf itu,geram.

THE ALCHEMIST (EDITING)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon