Bab-25: Dark Knight

711 76 11
                                    

RAIKARL berjalan lurus di satu lorong yang sunyi dan gelap-gelita ditemani bunyi cengkerik yang memenuhi kawasan hutan. Kain kerudung yang menutupi rambut hitamnya dan labuhnya hingga paras lutut ditarik jatuh memperlihatkan iris merah saga miliknya.

Bulan penuh pada hari ini ditenung tajam sehingga irisnya berkilau kerana pembiasan dari cahaya bulan. Untuk seketika, dia mengeluh berat. Sudah lama dia menghilangkan diri dan menyorok. Dan pada hari ini dia tonjolkan semula dirinya. Pedang bercorak ekor Naga yang elok tersisip dipinggangnya dibetulkan sedikit kedudukan untuk memudahkam dirinya menarik pedang itu dengan pantas dan sentiasa dalam keadaan yang bersedia.

"Sudah lama kau disini?" Satu soalan diajukan tanpa bertanya khabar dan amaran. Raikarl menoleh sedikit untuk melihat siapakah empunya suara itu walaupun dia sendiri sudah tahu milik siapa.

"Aku sentiasa berada disekitar sini, disini. Kau saja yang tidak tahu," balas Raikarl menggunakan suara yang mendatar. Ryan ketawa kecil lalu perlahan-lahan mendekatkan dirinya kepada Raikarl.

"Lama tidak bersua. Apa khabar, adinda? Bagaimana keadaan adinda sekarang?" tanya Ryan, prihatin. Sebagai adik beradik sulung sudah semestinya dia mengambil berat tentang si adik.

"Masih bernafas," jawab Raikarl acuh tidak acuh. Di lorong kecil itu hanya ada mereka sahaja. Ryan tersenyum nipis.

"Kakanda pula? Bahagia sudah menjadi pembesar di Istana ini? Sepertinya Kakanda sudah hilang niat asal Kakanda," soal Raikarl disusuli sedikit perlian kepada Ryan. Iris merah Raikarl menembusi Iris merah milik Ryan.

Raikarl Christ.

Ryan Christ.

Dua saudara yang tidak seperti saudara sebenar. Hanya menanti waktu sebenarnya tiba.

"Ahaha, Kakanda baik sahaja. Terima kasih bertanya. Tidak, Kakanda tidak melupakan tujuan Kakanda. Cuma waktunya masih menanti tindakan," balas Ryan, hambar. Raikarl mengeluh perlahan.

"Tidak mengapalah. I can do it alone." Raikarl menarik kerudungnya kembali bagi menutup rambut hitam berkilaunya.

  "Before that, please stay beside her. I can't see if she's sad." Satu pesanan sempat diberikan kepada Ryan.

"Such a tsundere boy. Hey, jadi lah berani sikit. Esok hari datang bersantap bersama di Istana. Semuanya berkumpul disana esok hari. Pastikan Adinda hadir, jikalau tidak Kakanda sendiri akan pastikam Adinda muncul." Ryan memberi pesanan yang bercampur amaran. Raikarl menggulingkan matanya tanda menyampah. Sebenarnya sudah acap kali Ryan menyuruhnya hadir menjejakkan kaki ke Istana. Akan tetapi Raikarl tidak mahu berjumpa Irene lagi. Itu yang susah.

"What? Are you serious? Aku masih taknak tunjukkan diri aku di khayalak ramai. Urgh!" rungut Raikarl setelah mendengar apa yang dikatakan oleh abangnya. Ryan menjongjet kening kirinya tinggi.

"Sejak bila adinda jadi pengecut ni? Kata Putera Bayang. Kalau ada takut lari je la macam adinda biasa buat. Tiba-tiba hilang." Menyempat pula Ryan memerli Raikarl. Sejujurnya memang Ryan bosan dengan perangai Raikarl yang sentiasa menjaga identitinya dan kadangkala terasa menyampah pula dengan tindakan Raikarl tersebut. Harapnya si gadis itu dapat bertahan lah dengan Raikarl.

"Why you always give me sarcastic words." Raikarl menggumam sendirian.

Ryan menarik senyuman sinis. "And then why you always throw me a savage words."

"Maybe its all in our blood."

Ah sudah.

"Okey, jumpa besok. You have to remember, Raikarl. Masa yang tinggal sudah tidak banyak. Cepat atau lambat, adinda perlu tampilkan diri juga. Mereka semua perlukan adinda dengan Irene. Hanya kuasa kau berdua sahaja yang dapat hasilkan yin and yang."

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now