Bab-32: Boyfriend?

370 56 17
                                    

"GOOD morning, Princess!" ujar Luna  sambil masuk kedalam bilik Irene lalu mengalihkan langsir biliknya dan membuka jendela dengan luas seluas alam.

Kelihatan dua orang dayang istana yang berdiri di belakang Luna cuba untuk memberhentikan Luna daripada melakukan kerja sebegitu. Mereka berdua seperti ingin berkata, 'Berhenti, Tuanku. Itu tugas kami.'

Tetapi Luna tetap Luna.

"Urgh, Bonda! Silau lah...," rengek Irene sambil menggosok-gosok matanya dek cahaya matahari yang cerah memancar terus ke kelopak mata.

"Hey, Princess. You should wake up now. Is this a Querna Princess? Oh my god! Buat malu Bonda sahaja lah. Bonda dulu pun reti bangun awal," kata Luna sekaligus memerli anakndanya kerana bangun lewat.

Akhirnya Irene bangun daripada baringannya. "Sekejap. Kenapa Rin ada disini? Bukankah Rin dekat pejabat Academy sebentar tadi?"

Luna tersenyum senget. "Your boyfriend bawa Rin kesini. Rin tak bagitahu pun dekat Bonda yang Rin ada kekasih hati."

"What!" Terus merah muka Irene mendengar perkara yang dilakukan oleh Raikarl.

"Urgh, berapa lama Rin terlelap?" soal Irene. Luna mengambil tempat disebelah Irene dan melabuhkan punggungnya disitu. Dia mengarahkan kedua-dua Dayang istana untuk keluar dan memberi ruang kepada mereka.

"Ada lah dalam dua hari Rin pengsan. Your power is still weak. Rin tak dapat menyesuaikan diri di bumi, dan tekanan  kuat yang mengejut disana membuatkan kuasa Rin semakin lemah. Tapi jangan risau,  Rin akan pulih dalam masa dua atau tiga hari lagi." Luna mengusap kepala Irene dengan lembut.

"Bonda..."

Luna memandang Irene. "Yes, sweety?"

"Bila kuasa Rin akan keluar? Is it true i'm your daughter? Kenapa Rin tak dapat guna kuasa macam Daryan dengan Darwin? Kenapa Rin seorang sahaja ketinggalan?" Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Bondanya. Luna hanya memberikan senyuman nipis. Anaknya sudah meningkat dewasa.

"Rin anak Bonda. Selama-lamanya anak kesayangan Bonda. Rin tahu kan yang Rin istimewa? Kalau bukan sebab Rin nanti, mesti dunia sudah hancur dimasa hadapan." Luna menarik Irene kedalam pelukannya.

"Dan Rin akan perlukan 'dia' untuk berjuang bersama-sama dengan Rin nanti."

Irene mendengus. Asyik nama 'dia' sahaja yang naik apabila topik ini keluar. Tiada nama lain pun. Kalau Bonda suka sangat dengan si dia tu Bonda ambil je lah dia jadi anak Bonda!

"Daryan dengan Darwin tu pewaris takhta. Semestinya mereka berdua perlukan kuasa yang kuat untuk mentadbir. Lagi-lagi Daryan tu putera mahkota. Tapi kes Rin lain. Kalau orang jahat dapat hidu kuasa Rin terdedah dari Rin kecil, mesti Rin akan dibunuh." Luna serius berkata. Irene pula terdiam.

"I'm sorry for asking you about this again." Irene memeluk Luna erat. Luna menarik senyuman manis.

"Itu bukan salah Rin. Bonda yang sepatutnya minta maaf."

Pelukan dilepaskan.

"By the way, can I ask you something?"

Dahi Luna berkerut. "Ya?"

"Macam mana dengan Princess Rhosyn Roux? Sudah lama Rin tidak mendengar khabar tentangnya. Apa kaitan dia dengan Daryan?" soal Irene lagi. Sesungguhnya dia masih tidak faham tentang hubungan sepupunya Daryan dengan Roux Elf itu lagi.

Luna melepaskan nafasnya perlahan.

"Cukup sahaja Rin tahu bahawa kehadiran Princess Rhosyn Roux itu cukup membuatkan Daryan meletakkan tahkta dan sekaligus menjadikan Darwin mengambil alih gelaran Putera Mahkota."

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now