Bab-12: Hydra

1.5K 113 23
                                    

DUMM!

Satu cahaya petir menyambar dari langit. Mereka semua keluar dari kabin kapal untuk melihat apa yang terjadi. Awan gelap berarak jelas kelihatan.

"Apa yang berlaku ni?" tanya Irene dengan kerutan di dahi. Mereka sudah jauh dari persisir pantai. Masing-masing bersedia takut segala kemungkinan yang akan berlaku.

"Tak salah lagi... Ada sesuatu didepan!" jerit Ryan dihujung ayatnya. Daryan dan Darwin menarik Irene kebelakang mereka. Rayana dan Ariyan berpandangan.

Roarrr!

Hsss!

"Apa... Suara apa ni?" gumam Rayana perlahan. Bulu roma masing-masing sudah menegak.

"Kau percaya tak mitos orang dahulu?" tanya Daryan perlahan. Cermin matanya dinaikkan.

"Tentang Hydra yang tidak tahu kewujudan itu?" Darwin membaca fikiran Daryan. Mereka meneguk air liur yang terasa kelat.

Mitos berbeza dengan lagenda.

"Tidak mungkin lah ni Hydra," gumam Irene perlahan. Dia menolak Daryan dan Darwin yang berada didepannya ketepi.

Dumm!

Air laut dilibas tinggi.

"Irene!" jerit Ryan dengan pantas dia menarik Irene dan Ariyan tangkas membuat dinding air untuk menghalang air laut dari menghempas mereka.

Seekor haiwan mitos yang kewujudannya misteri dikalangan orang Wertaz muncul dihadapan mereka. Hydra Hitam.

Hydra atau dikenal sebagai naga berkepala tiga membuas di lautan luas itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hydra atau dikenal sebagai naga berkepala tiga membuas di lautan luas itu. Mentang-mentang takdok orang. Hish.

"Aku ingatkan Draggy ke naga dalam dunia ni." Irene melihatnya tidak percaya.

"You know what? Draggy tu lagenda. Hydra ni Mitos," ujar Darwin dengan yakin. Ryan cuba mencari dan berfikir apa yang perlu dibuat.

Roarr!

Sekali lagi Hydra itu mengaum.

"Ini Hydra liar. Dia belum dijinakkan lagi." Ariyan menghilangkan dinding-dinding air disekeliling mereka.

Debushh!

"Elak!"

"Tak guna betul naga ni," gumam Irene geram. Tiada Naga lain boleh kalahkan si Naga Irene!

"Apa kau semua buat disini..." Hydra itu mendengus kuat.

"Kami mahu ke Istana Wertaz," jawab Ryan sebagai wakil diantara mereka. Hydra itu melihat Ryan.

"Kah! Tiada siapa boleh lepasi laluan ini dengan mudah. Aku tidak pernah munculkan diri saat 'mereka' yang mati kelemasan lalu. Aura diantara kalian sungguh kuat membuat aku tertarik,"

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now