Side Story 1

241 20 1
                                    

Ariyan Tirone X Claire Drizzel

8 Tahun Kemudian...

Ariyan sudah pun mencecah kematangan dengan usianya iaitu 20 tahun. Rambut birunya disikat rapi di hadapan cermin kecil yang tergantung di dinding.

"Ari? Cepat sikit!" laung Miya.

"Yes, mom!" balas Ariyan semula kemudian melangkah keluar daripada biliknya. Maid yang bertembung dengannya ketika dia lalu di lorong tersebut menunduk hormat kepada bakal Baron di Istana mereka.

Kereta kuda yang sudah dinaiki oleh ibunya Miya dan ayahnya Redza dipandang secara mendongak. Bibirnya tersenyum kecil.

Hari ini mereka akan berangkat ke Wertaz Land. Kampung halaman dimana ayahnya Redza berasal. Mereka bertiga mahu melawat nenek Ariyan iaitu ibu kepada Redza yang jatuh sakit.

Dengan bantuan portal yang telah dinaik taraf oleh Mage di kerajaan ini, mereka tidak perlu lagi berulang-alik menaiki kapal besar untuk menyeberangi lautan ke Wertaz Land.

Sup sap sup sap dah sampai. Cumanya perlukan kuasa magis yang cukup lah.

Ariyan hanya memerhati pemandangan di Wertaz sesudah mereka sampai. Di fikirannya teringat kembali beberapa tahun yang lepas sewaktu Ariyan dan yang lain-lain ke Wertaz Land untuk misi.

Kerana itu jugalah dia akhirnya bertemu dengan Claire Drizzel.

"Drizzel..." gumam Ariyan sendirian. Kali pertama mereka bertemu, mereka masih setahun jagung untuk memikirkan tentang masa depan. Kali ini kedua-dua sudah pun berumur 20 tahun.

Bagaimana wajahnya sekarang?

Bagaimana perwatakannya?

Ketinggiannya adakah masih sama?

Apakah dia masih ingat lagi akan dirinya?

Ariyan ingin tahu kesemuanya. Tapi pada masa yang sama dia masih tidak bersedia untuk menemui Claire.

Ariyan berharap dia tidak akan bertembung dengan gadis itu dimana-mana kawasan yang akan mereka lawati.

"Kita sudah sampai," ujar Miya dengan tidak langsung menyedarkan Ariyan daripada lamunan. Wajah ibunya yang sudah berkedut kerana faktor usia dipandang lembut. Sudah berumur namun masih lagi menawan!

Ariyan tersenyum lembut kemudian meghulurkan tapak tangannya dan menunggu untuk disambut oleh ibunya. Namun sudah didahului oleh si ayah, Redza. Redza menaikkan keningnya tinggi.

"Humph." Ariyan memandang Redza dengan pandangan tajam.

"What? She's my wife. Find your if you want to do the same," ujar Redza tanpa serba salah. Miya mengetuk bahu kanan Redza sehingga jejaka itu nengaduh kesakitan.

"Terima kasih sahajalah." Ariyan kemudian mendongakkan kepalanya. Rumah agam yang berupa istana dipandang sambil menelan tegukan air liur.

Sudah sekian lama dia tidak menjejakkan kaki ke rumah ini. Kali terakhir mungkin semasa Ariyan berumur 6 tahun? Ingatan Ariyan hanya samar-samar.

Di pintu yang sudah terbuka luas terdapat seorang wanita tua tetapi dirinya masih tidak cukup tua untuk tulang belakangnya membongkok. Namun ditangan wanita tua itu memegang tongkat kayu untuk memapah dirinya.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now