Bab-18: First Meet

1.5K 126 21
                                    

Mata dikerlipkan beberapa kali. Chandelier yang cantik tergantung di atas siling dilihat samar-samar pada pandangan dia. Tangan kanan diangkat untuk menyelak rambutnya kerana terasa bahang panas sehingga dia berpeluh. Matanya tertancap pada balutan di tangannya.

"Apa dah jadi ni?" soalnya pada diri sendiri. Dia cuba untuk bangun namun ditegah oleh Rayana. Dia mendongak sedikit dan Rayana ada di tepinya manakala yang lain elok bersandar di kusyen.

"Jangan bangun dulu, Ari. Kau tu aku tak sembuhkan sepenuhnya lagi. Teruk juga luka kau tu. Sampai luka dalam," terang Rayana untuk memastikan kondisi Ariyan. Tahulah dia, tekanan kuasa yang digunakan tadi itu sangat tinggi.

"Tapi aku minta maaf dulu, Ari... Aku tak boleh sembuhkan bahagian tulang tangan kau yang retak sikit tu." Cepat Rayana menjelaskannya sambil menundukkan kepalanya. Irene melihat tangan Ariyan. Itu bukan retak sikit dah, itu patah terus! Daryan mengetuk kepala Irene perlahan.

"Aduh! Apa ni!" Irene menggosok bahagian kepalanya yang diketuk tadi.

"Aku tahu apa kau fikirkan tu. Baik kau berhenti fikir bukan-bukan." Daryan mencerlung kearah Irene tajam. Darwin pula menggosok-gosok belakang Daryan berlagak mahu menenangkan abangnya.

"Sebabnya Rayana punya healer tu baru tahap rendah. Susah sikit Rayana nak naikkan tahap. Tapi macam korang semua tahu, yang tertinggi ialah Luna. Irene boleh je buat tapi Uncle tak yakin dia boleh kawal lagi sekarang." Ryan mendekati Ariyan dan duduk bercangkung di tepinya. Rayana hanya menunduk melihat lantai takut dan sedih tidak dapat tolong selebihnya.

"Okey saya faham. Tapi apa yang berlaku tadi? Lepas..." jeda Ariyan. Ryan menampakkan senyuman lebarnya.

"Selepas kita sembuhkan bahagian yang patah dalam ni Uncle ceritakan semuanya." Ryan bangun dari duduknya dan dakam keadaan berdiri matanya bertembung dengan mata turqoise seorang gadis. Dahinya mula berlapis. Bagaimana dia boleh tembus masuk kedalam Istana Wertaz? Ryan tahu dia dari pasukan elit Diraja Wertaz. Tetapi sebegitu mudahnya dia berkeliaran. Banyak lagi rahsia kau tak tahu, Ryan! Desis hatinya.

Gadis itu masih melihat Ryan dan pandangannya jatuh pada Ariyan. Dia melihat Ryan kembali seperti ingin menyampaikan sesuatu. Ryan mengangguk seakan mendapat mesej darinya.

"Erm korang tidur lah dulu. Esok kita mahu berangkat pulang ke Querna," arah Ryan kepada mereka tanpa mengalihkan lagi matanya.

Irene, Rayana, Daryan dan Darwin hanya menurut. Lagipun seharian ini mereka sudah bekerja keras dan penat! Raja Edward pun mengakui kehandalan mereka. Dan semua rakyat Wertaz mengadakan pesta khas untuk kehapusan Lanun gila tersebut. Tetapi jangan ingat dunia masih belum aman. Karnos masih berlegar-legar di luar sana tanpa disedari.

Gadis tadi hilang. Dan Ryan mengeluh perlahan. Mereka semua terikat pada takdir. Tiada siapa boleh menghalangnya malah menyalahinya. Takdir tetap takdir.

"Semoga berjaya," ucap Ryan perlahan sebelum meninggalkan Ariyan yang sudah lena dibuai mimpi disitu.

Setelah bulan menguasai tirai, gadis itu muncul kembali. Kini dia berada disebelah Ariyan. Segenap wajah lelaki itu diperhatikan. Baru ini kali pertama dia dapat melihatnya dengan lebih dekat.

"Habis dah?" tegur Ariyan secara tiba-tiba. Gadis itu terus menggelabah apabila Ariyan perasan dia mengendap. Macam lah Ariyan tidak tahu dia datang. Dah bunyi kelekung- kelekang tadi tadi memang buat dia tak senang tidur!

Tanpa berkata banyak gadis kecil itu menghalakan tapak tangannya di lengan Ariyan. Cahaya biru muncul di ruang udara itu. Ariyan hanya melihat kosong.

"Claire..." panggil Ariyan perlahan. Claire mendongak sedikit.

"Maafkan aku sebab selalu susahkan kau... Sejak kecil." Ariyan berkata dengan lemah. Dia mengantuk sebenarnya. Claire hanya melebarkan senyumannya.

"Saya okey. Dan saya janji... Ini kali terakhir kita bertemj buat masa ini." Claire menjawab dengan keadaan berbisik.

Suasana sunyi seketika sebelum cahaya biru itu menjadi malap. Ariyan sudah sembuh sepenuhnya. Dan dia juga sudah tertidur disitu.

"Letihnya..." Claire juga terus rebah badannya dan tertidur disitu juga kerana penggunaan tenaga yang melampau. Ariyan membuka matanya dan melihat sekilas sebelum menutup kembali dalam keadaan tersenyum.

This is not our first meet!

Irene merenung ke luar tingkap. Rayana dilihat sudah melayar kealam mimpi. Jangan mengigau sudahlah. Jenuh Irene mahu melayan. Silap-silap Rayana berjalan sambil lawan pedang, putus terus kepala Irene dekat situ.

"Kenapa tak tidur lagi," bisik seseorang perlahan. Tapi sangat jelas di gegendang telinga Irene. Dia mencari punca suara tersebut. Suara itu garau namun masih ada kelembutan.

"Tak perlu cari aku." Irene hanya menurut. Dia masih berdiri di hadapan tingkap jendela. Tetapi dia tahu pemilik suara itu berada disebaliknya.

"Apa kau buat disini," ujar Irene atau lebih kepada soalan. Irene dapat mendengar keluhan dari dia. Susah sangat kah soalannya?

"Aku..."

"Tak perlu. Aku tak perlu tahu juga," pintas Irene laju.

"Uncle kata kau adik dia, Raikarl." Gadis itu mula tersenyum. Entah apa jampi yang diberi Raikarl sehingga berjaya membuatkan Irene senyum dari kebiasaan! Ini tidak normal!

"Hmm."

Seorang berada di dalam seorang berada di luar. Masing-masing tidak mahu tunjukkan diri. Hanya dipisahkan oleh dinding dan tingkap yang terbuka. Irene dapat melihat dengan jelas jaket hitam yang ditiup angin di tepi bahagian luar tingkap. Dia masih disini!

"Kenapa kau muncul sekarang? Kenapa hanya dihadapan aku?" soal Irene masih bernada lembut. Raikarl diam.

"Kau tiada jawapan? Setiap orang ada jawapan untuk takdir mereka. Mungkin seperti Bonda selalu kata... Belum masanya tiba untuk aku," sambung Irene. Tidak sangka pula dia boleh meluahkan isi hatinya kepada Raikarl. Padahal jumpa pun baru beberapa kali. Terasa selesa...

Dan memang itu yang Raikarl mahu akan tetapi pada masa yang sama... Dia tidak mahu dan menepisnya!

"Aku sentiasa disisi kau."

Itu sahaja jawapannya. Dia merenung Irene dengan mata merahnya. Hanya melihat di ekor matanya. Dia dapat melihat wajah gadis yang sedang merenung kearah bulan cerah.

"Tapi kau tiada untuk aku." Irene membalas tanpa rasa takut. Lelaki itu tergamam.

"Aku kena pergi. Selamat tinggal," pintanya kemudian menghilangkan dirinya dengan pantas. Irene mengeluh kuat. Dia tahu lelaki itu sudah pergi.

"Kau pengecut sebab lari dari semua masalah," gumam Irene perlahan. Dia merebahkan dirinya dan menutup matanya perlahan. Ikatan di rambut putihnya dibuang.

"Kau tidak tahu cerita sebenarnya...Crystal," desis hati Raikarl. Rambut hitamnya diserabaikan.

And this is our first meet. Like a fairy tail love story. With a blood in every moment. She or He. Yin or Yang.

♚♚♚

To Be Continued...

Vote and comment.
Cringe buat sweet sweet ni hmm.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now