Bab-26: Camylia

822 68 17
                                    

BIBIR merahnya terjongket sedikit sehingga menaikkan pipi putihnya yang pucat. Keningnya pula sangat tajam seakan-akan diukir dengan sangat kemas. Iris merahnya menyala disaat dia merenung cahaya bulan purnama. Cawan elegan dihiasi corak seramik diangkat dan digoncangkan perlahan beberapa kali sebelum bibir merahnya bertemu kaca. Air merah darah diteguk tanpa segan silu.

"Your Majesty,"

Camylia menoleh kearah punca suara yang menyapa gegendang telinganya.

"Yes? Any problem?" Matanya yang tadi merenung bulan dikalihkan kearah pemilik suara tersebut. Terus diajukan soalan walaupun dia sudah mengetahui kerana apa lelaki itu hadir.

"The Prince...,"

Lelaki itu berjeda seketika lalu menarik nafas mencari kekuatan untuk meneruskan ayatnya yang terhenti.

"He's back. The Prince is back."

Camylia melepaskan ketawa puas.

"Finally! My ingredients is complete. Thankyou, you can go now." Camylia bangun dari tahktanya. Gaun merah yang labuh sehingga meleret dilantai tidak dihiraukan. Lelaki itu menunduk tanda hormatnya kepada Camylia.

Sang Ahli Sihir.

Lelaki itu memusingkan tubuhnya kebelakang. Namun sebelum dia memulakan langkahnya, satu tombak hitam sudah tertusuk tepat di bahagian jantung. Matanya terbeliak.

"Aku dah tak perlukan kau. Tugas kau mengintip Putera sudah tamat. Now you have to go. Forever." Camylia meninggalkan lelaki itu mati sendirian. Dia berlalu pergi kearah suatu tempat. Tidak lama selepas itu, dua ekor harimau menjamah daging manusia segar tersebut sehingga tidak meninggalkan apa-apa. 

"Putera... Raikarl," gumamnya lalu ketawa sinis. "The one who will end this. Kalau kau tak lahir ke dunia ni, aku pun tidak ingin menjejakkan lagi kaki aku ke dunia hina ini."

Periuk hitam Camylia mula berasap.

"Kalau bukan sebab engkau, Irene takkan hidup."

Dia mencampakkan serbuk kuning ke dalam periuknya.

"Kalau bukan sebab Irene, Naga takkan lari daripada aku."

Dia menambah lagi ramuannya.

"Kalau bukan sebab Naga, semua dalam dunia ini takkan saling berbunuhan untuk mendapatkan kuasanya!"

Cecair didalam periuk itu meletup.

"Berikan racun ini untuk Putera. Pastikan dia telan. Kalau aku tidak nampak kesan satu bulan terawal ini, engkau aku bunuh," katanya dengan angkuh kepada seorang lagi hambanya yang bernama Louise.

"Racun itu akan mula berikan kesan sepenuhnya selepas satu tahun. Selepas itu, dia akan mati pada hari aku merampas kembali loket kristal, Irenes Crystal." Sempat dia berpesan kepada Louise. Jejaka itu tidaklah tua dan tidaklah muda. Sangat segak berpakaian pakaian seorang pemburu.

Selepas Louise meninggalkan kawasan Camylia, satu suara menerjah di minda Louise.

'Jangan.'

'Jangan lakukannya.'

'Taatkah dikau pada Pemerintah sebenar.'

'Jangan.'

Louise hanya diam.

"Camylia...," Satu suara merdu menyapa. Pantas Camylia berpaling.

"Ahli sihir terhandal. Tiada siapa dapat menandingi sihirnya. Walau diambang kematian sekalipun. Namun sayang, Camylia tidak mempunyai fikiran yang bijak."

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now