Bab-14: Lost History

1.4K 128 23
                                    

"Arahkan semua pasukan tentera besi mengelilingi Istana dan gunakan perlindung kuasa maksima!"

Jeritan Raja Christ bergema membuat orang disitu gentar dan segera mengikut arahan.

"Tuanku! Bahagian sayap barat Istana sudah diserang!" Seorang tenteranya melaporkan keadaan yang mereka sedang hadapi sekarang.

"Gunakan dan kerahkan segalanya tenaga! Apa pun kita tidak boleh tewas dan serahkan Darkland kepada yang tidak bertanggungjawab!"

Pada masa ini, kuasa-kuasa bayang dan kegelapan di Darkland tidak dipengaruh oleh tenaga jahat. Mereka hanya melindungi kuasa ini supaya keseimbangan alam terjaga.

"Kerahkan Hydra dan Griffin dengan segera!"

Dua haiwan yang berbadan hitam itu mengaum. Griffin membuat langit mengeluarkan petir dan guruh yang bertalu-talu. Hydra menyerang musuh-musuh dengan badan gergasinya. Tiga kepala Naga itu menjadikan semuanya mudah.

Boom!

Boom!

Boom!!

Letupan disana-sini tidak berhenti didengari di cuping telinga. Asap berkepul menuhi dihadapan pintu gerbang Istana. Seluruh kediaman dan pelusuk benua Darkland sudah dihancurkan dan dimusnahkan. Sasaran terakhirnya ialah Istana Darkland.

"Serahkan Tahkta kau, King Christ!" jerit seorang lelaki yang berkerudung dengan bongkak. Suasana menjadi hening dan sunyi kecuali suara Hydra dan Griffin yang tidak henti terbang dilangit.

"Aku tidak akan! Kau sudah dipengaruhi kuasa jahat! Kuasa bayang tidak seharusnya dibuat sebegitu!" kata Raja Christ dengan gah.

"Hahahaha! Kau masih gunakan kepercayaan orang dahulu? Apabila kuasa bayang digabungkan dengan kuasa cahaya akan menjadi kuasa terkuat? Kah! Cetek sungguh pemikiran kau, King Christ yang disegani..." Karnos menambah bara api.

Dia mendekati Raja Christ.

"Serahkan tahkta...atau aku yang paksa!" Karnos menyerang dengan kuasa sihir hitamnya. Raja Christ melindungi dirinya dengan benteng bayang.

"Jangan berlagak!"

Perlawanan diantara Raja termasyhur dan Raja sihir hitam. Letupan ada dimana-mana. Sekejap di tanah, sekejap di langit. Seperti teleport yang mengawal mereka. Griffin dan Hydra juga tidak lepas dari bertarung. Semuanya menggunakan tenaga terakhir mereka. Sehingga titisan darah yang terakhir.

Sehingga akhirnya... Karnos berjaya merantaikan Raja Christ. Semua pahlawan tentera terduduk. Raja mereka sudah rebah.

Karnos menyihir Hydra membuatkan Haiwan itu menjadi ganas dan menghancurkan kawasan itu. Griffin pantas melarikan dirinya selepas diarah oleh Raja Christ dengan telepati.

"Kau buat kesilapan besar, Karnos." Raja Christ berkata dengan suara yang tersekat-sekat kerana rantai besi dilehernya. Wajahnya merah menahan amarahnya.

"Hahaha! Selepas ini target aku ialah Wonderland..."

"Tidak akan sama sekali!" bantah Raja Christ.

♚♚♚

Ktak!

Pintu besi dibuka. Atau lebih tepat penjara. Raja Christ dikurung dengan Isterinya.

"Aku bagi kau pilihan, Tuanku... Kita bergabung bersama dan kuasai segalanya. Atau kau tidak mahu, aku tidak mengapa." Karnos menyeringai. Raja Christ memeluk bahu Isterinya.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now