Bab 33: Birthday

318 49 6
                                    

         "KENAPA Tuan Puteri kelihatan gembira sekali hari ini?" soal seorang maid yang sedang mengemas perabot di kamar Irene.

         "Is it too obvious, Yena?" Irene menepuk kedua pipinya.

Apabila diingat kembali peristiwa sebentar tadi ketika bersama Raikarl, wajahnya kemerahan semula.

He's become more bold lately.

Memori itu terus berputar di mindanya seperti kaset. Tidak mahu pergi walaupun mencuba memaksa memikirkan perkara lain.

Maid atau namanya Yena bertugas sebagai lady-in-waiting ataupun dengan bahasa mudah, personal maid  memerhati Irene seketika lalu tergelak kecil.

Dia kemudian menyambung tugasnya dengan menyapu debu-debu di pasu bunga.

         "Its good to see your happy face, your highness." Yena menjawab dengan senyuman kecil.

Pipi Irene mengembung dengan udara.

         "Rin rasa 'Putera' Raikarl semakin berubah sekarang." Menyebut nama Raikarl berserta dengan gelaran Putera membuatkan dirinya berasa pelik.

        "Oh, Tuan Puteri baru sedar?" tanya Yena dengan pelik. Dia yakin Putera Raikarl mempunyai perasaan kepada Puteri Irene memandangkan Yena selalu bersama Irene.

        "Yena rasa, bagaimana?" Irene memberikan riak tidak berperasaan. Yena ketawa kecil buat kali kedua.

         "I think so."

Irene hanya menghantar pandangan kepada Yena yang keluar dari biliknya  selepas dia memberitahu kepada Yena bahawa dia ingin menyendiri.

Suasana sunyi untuk beberapa saat. Irene menyandarkan tubuhnya ke sofa. Biskut coklat di atas meja hadapannya diambil kemudian dikunyah.

        "Patut kah aku mula menerima dia hanya untuk masa hadapan?" Irene menggumam sendirian.

        "Tapi Rin tidak mahu sakitkan hati dia."

Kepalanya mendongak, masih bersandar di sofa.

Help me, Bonda.


      "PRINCESS Irene? Patut kah kita mencuba gaun baru selepas ini? Jika tidak keberatan, saya boleh maklumkan kepada Permaisuri Luna tentang perkara ini." Yena berkata.

       "Baik lah, sekejap lagi Rin pergi. Nak tak nak kena selesaikan juga. Lagi awal lagi bagus. Rin malas nak lambatkan." Sopan Irene menjawab.

Yena tersenyum manis. "Baik lah!"

Irene merenung beberapa helai kertas di tangannya. Ryan memberikannya dokumen ini sebentar tadi.

'Ulang Tahun Kelahiran Puteri Irene Crystal'

Ayat tersebut yang tertera di salah satu helaian kertasnya.

Irene mengukir senyuman nipis.

Ulang tahun kelahiran yang ke-18?

Bila teringat kembali ulang tahun kelahirannya yang ke-17, Ayahndanya memberikan dia satu pulau peribadi terpencil di hujung bandar Querna.

Entah apa pula yang dia akan dapat pada tahun ini.

     "Wah, cantik nya gaun ini," puji Irene.

Tangannya menyentuh lembut kain sutera dan sulaman di gaun yang akan dia pakai di majlis kelahirannya nanti.

     "Terima kasih, Tuan Puteri. Ianya rekaan terbaru daripada butik patik. Kami rekanya khas untuk Tuan Puteri seorang." Seorang gadis diyakini pemilik butik istana tersenyum manis dihadapan Irene.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now