Bab-16: The Anchor

1.5K 132 21
                                    

Flyn mendepakan satu tangannya dan beberapa ekor ular air pantas meluncur keluar. Bunyi desiran ular itu sangat jelas didengar di cuping telinga.

"Pengawal ular air, jenis racun. Nice," gumam Irene selepas mendapat analisa tentang lawannya itu.

"Patutlah juara bertahan. Aku juga dipilihnya, hahaha." Irene memasang kekudanya dan cahaya petir mengelilingi kakinya. Dia menghentaknya beberapa kali ke tanah dan dengan pantas dia melakukan satu pecutan.

"Kau ingat kau itu pantas kah dengan petir itu," ujar Flyn dengan sinis. Sekumpulan ular keluar dan mengejar Irene dan membuatkan sekeliling gelanggang itu dikelilingi badan ular.

Irene menyalurkan kilatnya membuatkan ular itu terenjat dengan voltan elektrik yang tinggi.

"Masih lemah dimata aku!" Sekali lagi ularnya dikeluarkan. Irene mengelak dengan tangkas sambil berlari kearah Flyn. Irene menumbuk bahagian perut lelaki itu membuatkan Flyn terlempar sedikit kebelakang.

"Siapa kau kata lemah!" kata Irene geram.

"Oh, dear. Ada puteri akan mengamuk." Daryan tergelak kecil diikuti dengan Darwin.

"Huh, bangsawan seperti kau ini elok pergi sahaja dari sini," ujar Flyn sambil mara beberapa langkah.

Irene sekali lagi menumbuk Flyn namun tangannya sudah dililit dengan ular. Dia bergelut untuk melepaskan diri.

"Mahu racun?" provok Flyn dengan sinis. Ular itu berdesis.

"Urgh!"

Secara tidak langsung sekeliling tubuh Irene mengeluarkan aura membara.

"Kau guna guardian..." Irene lelah kerana racun itu. Nafasnya semakin laju. Irene memajam matanya rapat.

"Aku pun ada..." Medan magik berbentuk bulatan muncul di tanah mereka berpijak. Lambang Phoenix bernyala dan Lily keluar setelah diseru.

"Untung saja Bonda Luna suruh Phoenix tu jaga Irene kan." Darwin tergelak kecil apabila melihat kemunculan Phoenix melalui Irene.

Mata Irene dibuka dan iris biru kristalnya menjadi merah. Ular yang melilit lengannya dibakar sehingga hangus. Serangan bertubi-tubi kepada Flyn juga diteruskan. Flyn juga tidak berhenti dari menyembur racun ular.

"Sss! Kita tidak boleh menang kalau terus begini, sss!" ujar Ular milik Flyn. Lelaki itu masih bertahan dari serangan.

Lily menghentam Flyn sehingga dia terpelanting ke dinding sehingga retak.

"Juara bertahan kita sudah rebah!" Semua yang menonton itu terdiam seribu. Salah mereka juga kerana merendahkan Irene dan rakannya. Tidak sangka pula semuanya kerabat diraja.

Mata merah Irene bertukar kembali kepada biru kristal dan dia terduduk kepenatan. Ryan, Daryan, Darwin, Rayana dan Ariyan terus ke gelanggang untuk mendapatkan Irene.

"Kejap aku tolong, bisa racun ular itu masih ada dalam badan kau. Bahaya tak hilangkan awal-awal." Ariyan mengeluarkan kaca segi tiga itu. Ianya bersinar dan membaluti tubuh Irene.

"D-dia tu..." Mereka yang lain melihat Ariyan seperti Ariyan itu bukan manusia.

"Okey, dah!" Ariyan menyimpannya kembali dan dia bangun lalu memusingkn tubuhnya kebelakang. Dia terkejut melihat semua orang melutut disitu. Ariyan dan rakannya semua menggaru kepala yang tidak gatal.

"Aku rasa... Kita kena lari," bisik Darwin secara perlahan.

"Buat kali ini, aku setuju dengan kau," jawab Daryan dalam keadaan berbisik.

"Diorang semua tunduk kepada Ari. Sebab benda yang Raja Khai bagi tu," terang Ryan perlahan. Ariyan mara kehadapan.

"Bangunlah. Siapa sahaja aku ini untuk kau semua tunduk..."

"Aku pergi dulu," sambung Ariyan dan mereka meninggalkan tempat itu dengan penuh tanda persoalan.

♚♚♚

Pedang bersarung tersisip elok di pinggang masing-masing. Daryan dan Darwin menunggang seekor kuda setiap seorang manakala Ryan juga yang menunggang kuda berada di hadapan diantara Daryan dan Darwin.

Raja Edward juga menunggang kuda ditengah-tengah. Irene, Rayana dan Ariyan menjaga setiap sisi Raja Edward. Di belakang pula ada beberapa pengawal Diraja Wertaz mengiringi Raja mereka.

Mereka sudah sampai ke destinasi yang ditujui. Sebuah tugu besar berbentuk sauh kapal menjadi tumpuan disitu.

Jikalau di Querna mempunyai tugu berbentuk Naga dan Phoenix. Di Tressa mempunyai tugu Bidadari bersayap emas dan Wertaz pula ialah Sauh kapal. Walaupun kelihatan seperti biasa sahaja akan tetapi ianya sangat luar biasa.

"Memberi laluan kepada tetamu terhormat! Raja Edward Leonard!" Semua rakyat terdiri dari bangsawan dan desa yang hadir disitu menunduk hormat kepada Raja mereka.

"Wah. Sungguh elegan dan cantik walaupun di tepi pantai," ujar Irene perlahan. Biasanya dia hanya melihat majlis seperti ini di dalam Istana sahaja. Dengan tari menari dan segalanya dibuat disini.

"Semua perhatikan sekitar ini. Kita kena bersedia dengan serangan tiba-tiba. Musuh tak akan tunggu kita menarik pedang." Kata-kata Ryan mendorong mereka. Rayana melihat Irene yang mendekati Tugu Sauh itu.

"Kau buat apa tu?" tanya Rayana pelik. Irene memandang Rayana kemudian memandang Raja Edward yang berada di tempat khasnya bersama Daryan dan Darwin yang mengawal.

"Ray! Kau tengok lubang ni." Irene menunjuk kearah satu kawasan.

"Eh! Macam pernah tengok bentuk ni. Kenapa sama macam..." Ayat Rayana tergantung.

"Kan!" Lubang kosong disitu berbentuk segitiga. Seperti ada cebisan yang hilang.

"The lost part of Anchor Rock." Leo muncul disitu bersama Wayne. Rossa merenung Sauh itu. Wina memeluk bahu Wayne dari belakang.

"Sini rupanya kau abang!" jerit Wina tidak berpuas hati. Wayne tersengih senget.

"Bahagian yang hilang?" tanya Rayana perlahan.

"Yeah. Lama sangat hilang. Bahagian tu sepatutnya paling berkuasa sampai kuasa jahat mahukannya. Tetapi Raja agung sorokkannya. Sehingga sekarang tiada siapa jumpa." Leo berkata dengan serius. Irene mengangguk faham begitu juga Rayana.

'Kalau aku cakap benda tu ada dalam Istana Ayahnda aku tu aci tak?' monolog hati kecil Irene. Dia mengemam bibirnya menahan senyuman.

"Apa pun. Ancaman tetap ancaman. Semua orang disini sudah tahu yang bahagian itu sudah berada disini," sambung Leo.

"Putera Edhan Leonard, Raja Edward memanggil kamu," ujar pengawal itu.

"Aku pergi dulu."

"Ariyan? Ariyan dekat mana?" Irene dan Rayana berpandangan.

Boom!

"Lanun!" jerit seorang lelaki yang melihat siapa disebalik asap itu. Masing-masing sudah menarik pedang mereka.

"Lindungi semuanya! Itu lanun yang dihantar oleh..."

"Karnos," sambung Irene.

♚♚♚

To Be Continued...

Serba salah nak update actually. Sebab pendek sangat hahaha.


(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now