Bab-19: Heart

1.3K 97 17
                                    

"Lengan kau dah okey ke!" jerit Daryan dan Darwin serentak. Mereka membelek lengan Ariyan kiri dan kanan. Ariyan hanya membuat muka selamba dan pasrah.

"Macam mana..." jeda Daryan.

"...Benda ni berlaku," sambung Darwin.

"Menyibuk je la kamu ni. Bersyukur sahaja dia dah okey. Ada juga lah yang bantu uncle tampar mulut celupar kamu tu," celah Ryan dengan selamba. Sempat dia menjeling kembar tersebut melalui ekor matanya.

"Uncle!" jerit Daryan dan Darwin serentak. Ryan tergelak melihat keserasian mereka. Lagipun, sudah lama dia tidak menyakat kembar berdua ini. Yelah, Ryan sibuk mengawal gerbang utama Wonderland sejak dia diangkat menjadi ketua askar. Manakala, Daryan dan Darwin sibuk mengulangkaji tentang tatasusila kerabat Diraja. Akan tetapi, hanya Daryan sahaja yang ditekankan dalam kes ini. Darwin? Dia sibuk dengan dunianya. Kalau rajin sahaja dia ikut abangnya melakukan semua pelajaran yang ditetapkan.

"Apa ni? Pagi-pagi lagi sudah bising dengan suara kau berdua," ujar Irene bersama wajah geramnya. Dia terus merebahkan diri di atas kerusi kayu yang elok terletak di hadapan pintu.

"Biarkan hahaha. Nanti bila sudah pulang ke Querna, kita akan rindui juga mulut bising dua orang ini," seloroh Rayana lalu dia tergelak kecil diikuti Irene.

"Iyalah kan. Untung sahaja aku tidak perlu mengikuti kelas khas untuk Diraja itu." Irene tersengih melihat wajah cemberut dua bersaudara itu.

"Ini tidak adil. Sepatutnya, aku tarik kau masuk sekali. Sudahlah Darwin itu jenis tidak menentu hari dia masuk latihan," kata Daryan dengan keluhan. Bukan apa, Cikgu yang mengajar itu sangat tegas! Mahu pitam Daryan dibuatnya. Habislah wajah kacak ini akan pudar di Kerajaan nanti.

"Apa-apa pun, aku akan sentiasa sokong kau lah. Mahu tengok juga siapa yang dapat menari dengan kau di hari pertabalan nanti," ujar Irene nakal. Darwin sudah ketawa mengekek dan Ariyan menahan gelaknya dari tadi.

"Rin memang kan..."

"Tuanku, kapal akan berlabuh disini sebentar lagi." Seorang lelaki iaitu askar yang menjaga Istana ini mencelah.

Ryan mengangguk satu kali. "Baiklah, kami akan kesana sebentar lagi."

"Macam mana lanun itu tewas?" tanya Ariyan setelah askar itu berlalu pergi. Irene dan Rayana berpandangan lalu tergelak kecil. Tak sabar betul dia ni.


Ariyan melompat tinggi dan terus memasukkan kotak kaca segitiga itu ke tempatnya.

'Hilangnya tiada ganti,'

'Datangnya diganti Hati,'

'Kembalikan harta dinanti,'

'Menjadi cinta abadi.'

Suara itu bergema di minda Ariyan. Dan ketika itu dia melihat Claire yang semakin menjauhinya.

"Kau hanya untuk aku..." Suara Claire Drizzel bergema.

"...Dan aku hanya untuk kau." Ariyan menyambung ayatnya.

'Dua hati tidak sehaluan,'

'Bersatu mereka menjadi igauan,'

'Jangan menyakiti salah satu,'

'Kelak dirasa sakit keduanya,'

"Ari... Hati kamu dan dia bersatu. Jangan menyakiti, jangan tersakiti. Keduanya dapat rasai." Kini suara Miya didengari.

Ariyan menoleh kebelakang. Jasper si lanun cuba menyerangnya. Pantas Ariyan mengangkat pedang yang bersarung dan menjadikannya pelindung. Serentak itu, satu lagi pedang muncul menepis serangan Jasper.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now