Bab-2: Meeting

2.6K 167 21
                                    

Daryan dan Darwin berjalan di belakang Irene. Mereka tidak ubah seperti pengawal peribadi seorang puteri diraja. Dikanan Irene ialah Rayana manakala dikiri Ariyan. Daryan dan Darwin melihat sesama sendiri. Seperti melihat cermin.

"Yan... aku rasa pangkat kita lagi tinggi dari mereka. Kenapa aku rasa dipinggirkan eh?" tanya Darwin dengan nada mendatar. Daryan merenung adik kembarnya dalam.

"Ntahlah weh. Kalau tak sebab Bonda Luna memang tak ah aku ikut. Baik aku lepak belakang istana lagi bagus," ujar Daryan dengan tangan disilangkan kedada. Memang mereka memanggil Luna dengan nama bonda Luna. Entahlah, sudah terbiasa dengan panggilan itu. Lagipun Luna sendiri tidak kisah langsung.

Sampai sahaja di ruang tamu keluarga istana, mereka berhenti dan masing-masing merebahkan diri di sofa. Ruang ini tidaklah besar seperti ruang tamu utama istana yang dapat memuatkan 10,000. Tapi cukup memuatkan 50 orang dalam satu masa.

"Selamat petang, tuan puteri," ujar seorang dayang istana dengan menundukkan sedikit kepalanya dan meneruskan perjalanan dia.

"Mana Queen Luna?" tanya Rayana dengan kepala dijenguk di sekitar istana. Mereka memanggil Luna dengan nama Queen Luna selaku permaisuri Querna Land. Kadang-kala mereka ada juga memanggil Luna dengan panggilan Bonda Luna.

Ikut mood.

Ariyan memandang Irene menandakan dia juga ingin bertanya dimana Luna berada. Memang putera ini seorang tidak bercakap banyak sangat seperti ayahndanya, Redza. Tetapi sekali dia buka mulut, semua gadis disekitarnya mungkin akan terpikat dengan kedinginan suaranya. Walaupun baru berumur 12 tahun, Ariyan sudah pantas dan mahir menggunakan senjata dan selalu menang awal pertandingan seperti bondanya, Miya.

"Ha, sampai pun kamu," ujar seseorang dari belakang. Mereka semua menoleh kearahnya.

"Bonda Luna pergi mana tadi?" tanya Daryan pelik apabila melihat banyak habuk di pakaian Luna.

"Haih, ni Raja kamu punya pasal lah ni. Sibuk nak keluarkan senjata dalam stor istana. Dengan bonda sekali kena tempias. Berhabuk tahu," kata Luna dengan panjang lebar. Dia melihat anak kembar adiknya iaitu Luke. Semua sudah besar dan dah boleh kahwin dah pun. Kalau dulu masih berhingus lepastu selalu kena buli dengan Irene. Sekarang?

Masih.

"Ayahanda kemas stor?" tanya Irene pelik. Demam apa pula ayahnya kali ini. Dah nama Raja tu buatlah cara Raja. Bondanya pernah cerita dulu ayahnya lah paling susah nak buat benda remeh macam ni. Kadang-kadang Irene tersenyum juga melihat Bonda dan Ayahanda nya bergurau. Tak padan dengan usia betul!

"Biasalah tu. Macam kamu tak kenal dia," ujar Luna dengan nada menyinis. Ewah. Dah berumur pun perangai mengalahkan budak-budak ha!

Irene terdiam. Bonda dia memang up to date.

"Ha aduhai... lupa pula bonda. Ni macam mana tugasan kamu semua?" tanya Luna dengan sedikit kerutan dahi.

Daryan, Darwin, Rayana, Ariyan dan Irene berpandangan sesama sendiri. Masing-masing menunjukkan riak seperti tiada apa-apa berlaku.

"Hey, everyone!" sapa seorang wanita dari belakang. Dan Ariyan mengeluh panjang.

"Miya!" ujar Luna dengan nada sedikit tinggi. Miya berhenti dihadapan Ariyan.

"Anak bonda yang kacak, hm?"

Ariyan mengeluh sekali lagi. Miya memang suka memalukan dia. Suka sangat manjakan dia. Tapi biarlah. Dapat kasih sayang sikit hm. Dia lagi suka dengan Ayahnya, Redza. Dua-dua senyap.

"Ah, semua dah disini." Seorang lagi Wanita tiba dihadapan mereka. Rayana membulatkan matanya. Ibu dia disini!

"Hmm, jadi macam mana?" tanya Luna kepada Lizz. Mereka berbincang sesuatu. Manakala anak-anak masih dibelakang.

Mereka semua tahu ibu bapa mereka sangat akrab. Tapi masa luangkan waktu jela. Hari rasmi dan bekerja tu lain cerita. Tak boleh tunjuk kemesraan seperti ini dihadapan rakyat.

Apa kata mereka nanti?

Baik dengan Permaisuri dan Raja pula tu. Tapi tak mustahil lah kalau semua nya sudah dikenali. Siapa aje yang tidak kenal.

Pahlawan enam lagenda.

Itu yang dicatat dalam sejarah Wonderland. Dan sekali lagi loket kristal di leher Irene bersinar.

'Bangkit,'

♚♚♚


(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now