Side Story 2

137 10 0
                                    

        DENGAN langkah yang pantas kakinya berlari ke arah gazebo di sudut kanan Istana. Dirinya dikejari oleh beberapa pengawal istana diikuti beberapa orang knight dari belakang.

     Tiba sahaja di belakang Daryan, kaki Rhosyn Roux tersungkur menyembah tanah. Hampir. Daryan sempat menangkap pinggang gadis itu.

     "Rho- Rhosyn?" soal Daryan tidak percaya. Ini kali pertama mereka bertemu kembali selepas upacara pertabalan dirinya sebagai putera mahkota 8 tahun yang lalu. Semenjak dari itu, Daryan tidak menerima apa-apa berita tentang Rhosyn lagi.

     Daryan mengarahkan pengawal istana dan knight untuk beredar dari situ mengatakan kepada mereka bahawa dia mengenali gadis ini.

      "Crown Prince Daryan... Help me," ujar Rhosyn dengan nafas yang masih sesak.

     "Bertenang dulu, lady Rhosyn." Daryan menarik tubuh gadis itu untuk duduk di bangku berdekatan.

     Setelah Rhosyn tenang barulah dia mengutarakan hasratnya. Daryan mendengar dengan tekun tanpa mencelah sedikitpun. Namun pandangannya tidak lari daripada memandang Rhosyn Roux.

     "So you want me to help your father... I mean your King?" soal Daryan.

     Rhosyn mengangguk. Tiada orang lain lagi yang boleh Rhosyn minta. Mengubati Elf bukan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mereka boleh sahaja lakukannya, namun pada kali ini mereka sudah terdesak hingga perlukan bantuan daripada luar.

    Siapa lagi yang boleh dipercayai kalau bukan putera mahkota Daryan yang berketurunan Phoenix ini? Mereka juga datang dari susur galur orang-orang Elf.

     "Maafkan saya kalau permintaan saya ini berat untuk ditunaikan. Kalau tuan putera mahkota tidak keberatan, apa-apa yang berlaku pada kami kelak tidak akan kami lupakan jasa tuan putera mahkota sampai bila-bila." Rhosyn menunduk hormat.

      Sebenarnya Daryan masih marahkan Rhosyn. Apa yang dia lakukan selama 8 tahun ini? Kenapa sedikit pun dia tidak memberi berita kepada Daryan? Kenapa dia memutuskan hubungan begitu sahaja walaupun dia tahu apa perkaitan antara mereka?

    Tapi Daryan tidak mahu mengatakannya. Kerana Daryan tahu, pada asalnya, Daryan bukanlah siapa-siapa kepada Rhosyn.

      He just a Red Prince who attracted to the Roux.

     He's a starfall meanwhile she is the milky way.

    Daryan kelu. "I will."

    "Pergi siapkan kereta kuda untuk kami berangkat," arah Daryan kepada pengawal. Tanpa berlengah, arahan tersebut dituruti.

     Dari jauh, Daisy dan Luke hanya melihat Daryan dan Rhosyn yang sudah bergegas pergi. Daisy memeluk tubuh Luke dari tepi. "Putera kita dah besar."

    Luke mendekatkan kepala Daisy ke bahunya lalu mengucup umbun Daisy.

   "Both of them," ujar Luke sambil mengerling ke arah Darwin di atas balkoni yang hanya menghantar pemergian abangnya.

   "Ramalan yang awak buat sekali lagi mengena. Apa yang awak akan buat sekarang, hm?" soal Daisy. Luke hanya diam.

    "Kali ini... Kita biarkan sahaja mereka yang uruskannya sendiri. Mereka juga perlu berdikari. Just like how we do it back then."  Seyuman terpahat dibibir Luke.

     Darwin mengeluh memandang pemergian Daryan. Sedar akan sesuatu perkara yang akan berlaku. Cerita dongeng yang bondanya selalu ceritakan waktu mereka kecil mula terngiang kembali di benak fikiran.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now