Bab-30: Truth

394 58 10
                                    

DALAM lorong gelap-gelita, seorang lelaki tegak berdiri bersandarkan tubuh badannya di dinding sambil memeluk tubuh. Kepalanya menunduk memandang lantai namun matanya dipejam rapat.

"Are you really sure, Louise Hilton is here?" soal Irene, pelik. Setahu dia, mana ada lagi orang di Wonderland datang ke bumi setelah dikunci rapat portalnya oleh Luna.

Dan bagaimana dia kesini? Sekuat apakah 'Louise Hilton' yang disebut-sebut oleh orang ramai itu?

Mata yang dipejam rapat tadi dibuka setelah terdengar namanya didengari.   Dirinya melepaskan keluhan perlahan.

'Such a busybody girl.'

Louise keluar daripada kawasan tersebut setelah memastikan Irene dan Raikarl menjauhi tempatnya. Louise pergi ke hutan terpinggir tidak jauh daripada bandaraya maju itu.

Hanya mahu bersendirian. Di mindanya teringat kembali detik dirinya meracun putera tersebut.

Tidak, tidak, tidak!

'Aku tidak akan melakukannya walaupun nyawa aku terpaksa digadai. Tapi tanpa aku, putera tidak akan mampu mengetahui hal sebenar.'

Botol racun sebesar ibu jari digenggam erat. Setelah dia keluar daripada gua yang menempatkan Karnos dan juga wanita sihir itu, dia menghela nafas lega.

Kata-kata tadi hanya mampu disimpan didalam hati. Peristiwa tadi bermain-main dimindanya bagaikan kaset.

"Aku akan tukarkan racun ini kepada racun yang lain." Louise berbisik sendirian.

Dia memasuki rumah kecilnya dipinggir hutan, mencari-cari koleksi racunnya yang lain.

'Lye Poison'

Botol itu diambil.

"Racun ini boleh menipu. Contohnya, kau sakit macam nak mati tapi sebenarnya tidak. Ianya banyak diguna untuk tipu helah kepada pasukan lawan."

Kata-kata datuknya terngiang-ngiang di minda.

Botol yang mengandungi Lily Poison disimpan rapi dalam kantung magis.

Sebenarnya itu titisan daripada Spider Lily. Bunga yang bermaksud 'The Last Goodbye'.

Setibanya di Istana, nasib menyebelahinya apabila Putera Raikarl juga kesana. Dirinya menjadi halimunan dan Louise menitiskan racun tersebut kedalam air Raikarl.

"Oi."

Cis.

Dia berpaling. Ryan tersenyum sinis. Belum sempat Ryan mahu menangkap Louise, lelaki tersebut sudah hilang.






IRENE menghayun-hayunkan kakinya sambil menunggu Raikarl. Setelah itu Raikarl tiba disebelahnya membawa aiskrim.

"Eh mana kau dapat ni?" tanya Irene bersama riak teruja.

"Dekat pakcik dengan basikal bergerak sendiri tu."

Irene mengangguk-angguk. "Macam mana kau dapat?"

"Aku curi."

Terbeliak mata Irene mendengar ayat daripada Raikarl. "Hoi! Tak elok lah curi!"

Raikarl menjeling.

"Aku gurau lah. Pakcik tu yang bagi. Kesian tengok kau macam budak hilang anak. Untung jugak aku heret kau pergi mana-mana. Macam budak."

Kurang asam punya Raikarl.

"Kenapa lah aku kenal kau." Irene mendengus. Dimakan juga aiskrim berperisa Vanilla itu.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now