Bab-5: Rayana

1.8K 154 13
                                    

Ariyan mengusutkan rambut birunya. Dia mengeluh perlahan. Kalau takdir hidup dia sudah susah sebegini, apatah lagi masa depan Irene. Dirinya direbahkan ke atas rumput yang lebat menghijau melihat segumpulan awan-awan berarak. Matanya dipejam seketika. Ariyan mengerutkan sedikit dahinya apabila terasa sedikit mendung seakan ada sesuatu menghalang cahaya matahari menyinari wajah putihnya.

Matanya dibuka dan wajah seorang gadis anggun yang berdiri dengan kepala ditunduk sedikit kelihatan dan menghalang cahaya matahari diatas.

"Yana? Kau buat apa dekat sini," tanya Ariyan dengan suara yang sedikit perlahan. Riak wajah dikawal sedikit akibat terkejut.

"Kenapa? Salah ke aku ikut kau sampai sini?" tanya Rayana balik kepada Ariyan. Dia tersengih menampakkan barisan giginya. Mungkin orang lain akan rasa takut untuk bercakap dengan Ariyan depan-depan. Tapi tidak bagi Rayana, Irene, Daryan dan Darwin. Mereka sudah kenal sejak dari kecil. Bukan masalah bagi mereka.

"Urmm, tak," ujar Ariyan sejurus itu bangun dari baringannya. Dia duduk bersila diatas rumput hijau itu. Rayana turut duduk disebelah Ariyan. Mereka bagaikan kakak dan adik yang memerlukan dan memberi semangat antara satu sama lain. Jurang perbezaan umur sebanyak enam tahun menjadikan Ariyan perlu hormat kepada Rayana.

"Habistu? Kenapa sesih-sedih ni, hmm?" Rayana menyelak sedikit rambut biru di dahi Ariyan yang menutuoi dahinya. Rayana mempunyai kelebihan membaca riak wajah orang. Tutuplah bagaimanapun, dia masih boleh tahu. Ariyan tak boleh lari! Hahaha.

"Tak sedih lah. Aku cuma risau..." kata   Ariyan terjeda seketika. Rayana boleh mengagak apa isi hati Ariyan.

"Risau keadaan disana? Oh, come on! Jarang kita dapat misi luar kerajaan Querna ni tau. Kau pun mesti boleh cari jalan kawal 'kuasa' tu dekat sana, kan?"

Ariyan diam seketika. Mata biru lautnya merenung Rayana yang masih memandang dihadapan. Permandangan dari atas bukit ini sangat cantik. Walaupun Istana Querna terletak disini. Lama belakang Istana ini sangat cantik!

Rayana yang merasakan dirinya diperhati, menoleh. Iris hijaunya bertemu dengan iris biru laut Ariyan. Dan iris hijau Rayana tidak kelihatan kerana senyuman Rayana membuat matanya tertutup.

"Dah! Ari, kau lawan aku harini nak? Dah lama kita tidak bertarung." Rayana bangun dari duduknya dan menarik lengan Ariyan menyuruh budak itu bangun. Budak lah kan? Ariyan 12, Rayana 18.

"Hmm, jangan menangis kalau aku menang 'lagi'."

Rayana mencebik mendengar ejekan Ariyan. Tahulah bonda Ariyan iaitu Miya terkenal dengan kelajuannya dalam berlawan. Dia dengar dari ibunya, Lizz yang Redza pernah dikalahkan Miya semasa latihan. Hebat!

"Kalau sekarang ini aku yang cuba kalahkan kau?" provok Rayana dengan sengihan. Pedang yang bersarung dipinggang itu ditarik.

"Taknak guna kuasa?" tanya Ariyan pelik. Dia tahu kelebihan Rayana dalam menggunakan pedang. Semua itu diwariskan dari Lizz yang handal mengguna senjata. Begitu juga Ray.

Kuasa Lizz iaitu tumbuhan menjadi sempurna dengan kuasa Ray iaitu tanah. Dan semuanya diwariskan kepada Rayana. Irene berfikir, adakah Rayana membuat proses fotosintesis?

"Malas lah bazirkan tenaga." Rayana tersenyum lagi.

Ariyan angguk. Dan perlawanan mereka bermula.

SRINGG!

TINGG!

KTANG!

ZASS!

Setelah sepuluh minit berlaku, mereka berhenti. Bunyi tepukan tak berapa gemuruh kedengaran. Ariyan mengelap sedikit darah yang menitik dari hujung bibirnya.

"Tahniah. Kau menang," kata Ariyan perlahan. Rayana masih tersenyum nipis. Penat berlawan tidak hilang lagi.

"Wow! First time Ariyan jatuhkan setitik darah dia masa bertarung. Kau makin hebat la Rayana!" kata Darwin teruja. Dirinya juga masih tidak boleh sakiti Ariyan dalam gelanggang. Abangnya, Daryan juga begitu. Tapi Irene...

"Ceh, cuba lawan aku kejap." kata Irene dengan wajah tidak beriak.

Ariyan tarik diri. Tidak mahu dia bertarung dengan naga!

Sebab itulah...

"Eleh, engkau. Dah memang awal-awal lagi tahu siapa menang. Kau ingat kuasa petir kau tu laju ke?" kata Rayana dengan mencebik. Irene masih tidak boleh guna kuasa cahaya sepenuhnya. Tetapi dia boleh guna kuasa petir dari ayahandanya sahaja. Oh, tuhan... Maruahnya tercalar.

"Whatever, kejap lagi kita pergi academy. Ada panggilan dekat sana," kata Irene menyampah. Dia tak suka sangat pergi sekolah tu. Nasib baik dia sudah menjadi senior disana dan hanya perlu selesaikan misi.

Brutal sangat Irene ni.

"Kenapa? Pengetua nak jumpa ke?" tanya Darwin lembab. Daryan mengetuk kepala adiknya. Tadi mereka yang disuruh memanggil Ariyan dan Rayana. Tetapi Darwin pula yang lupa.

Daryan taknak mengaku Darwin adiknya. Aaaa, tidak!

"Sakitlah..." ujar Darwin dengan menggosok kepalanya sendiri. Iris kuning Daryan menikan iris kuning milik Darwin. Kadang-kadang Irene mencari juga dimana perbezaan kembar ini. Oh, di otaknya.

Okey, faham.

Daryan membetulkan cermin matanya yang sudah terjatuh. Auch!

"But! Tampal dulu luka korang dengan ubat. Atau nak bonda Luna rawat?" ujar Daryan penuh sifat kebapaan. Eww.

"Takpe, aku buat sendiri." Rayana meletakkan tapak tangannya kearah luka Ariyan. Dia kuasa tumbuhan dan dia healer. Tiada masalah untuknya.

"Maaf, ya Riyan... Yana tak sengaja," bisik Rayana di telinga Ariyan. Dia tersenyum. Ariyan hanya melihat.

"Let's go,"

♚♚♚

To Be Continued...

Tak vote, saya malas update. Serius ni. Ehe'.

(Jumaat/Sabtu) hari dimana saya akan update.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now