Bab-50: Farewell- [End]

339 26 3
                                    

GROARR!

DUM!
DUM!
BAM!

Kibasan sayap naga yang ditunggang oleh Camylia bergema ke setiap pelusuk. Cukup menggentarkan demon, beast dan haiwan magis yang ada di situ.

"What in the world happen here?" gumam Daryan yang baru sahaja tiba. Baju perisainya mempunyai banyak kesan darah daripada pihak lawan.

"Dia target kau," ujar Raikarl.

"Aku boleh agak tentang itu." Irene tidak lepas daripada memandang haiwan yang besar beterbangan di langit.

'Erina.'

'Erina...!'

Satu suara asing kedengaran di telinga Irene. Dia kemudian memicit kepalanya apabila suara itu semakin kuat.

Suara tersebut garau. Sangat garau seperti dilontarkan oleh gergasi.

"Who is Erina?" gumam Irene sendirian.

'Erina.'

Suara tersebut masih lagi kedengaran. Sebelum 'dia' menyebut nama yang lain.

'Rin.'

Dup! Hati Irene berdegup kencang. Dia memandang Raikarl. Raikarl seolah-olah faham tentang situasinya menarik tangan Irene lalu digenggam. "Wanne hear a story?"

"Is there something else I didn't know?" soal Irene.

Raikarl hanya menjongketkan bahu.

Grahhh!

Sang Naga asing tersebut mula mendekati Irene. Seakan-akan mahu menyambar gadis itu.

'Rin... Run...!'

Dengan reflek yang tangkas, Irene begitu juga Raikarl menundukkan kepalanya apabila kaki Naga itu sedikit lagi mahu mengena tubuhnya.

"Kau disini juga, putera?" Camylia bersuara. Bibirnya mengukir senyuman lebar.

Raikarl hanya memberikan pandangan kosong. Kemudian sekali lagi dia memuntahkan darah hitam.

"I see. Kau akan mati lagi beberapa hari daripada sekarang," kata Camylia diikuti hilaian tawa.

Pandangan Raikarl mula bertukar tajam. "Apa yang kau dapat dari lakukan semua ni?"

"Apa yang aku dapat? Aku dapat kuasa! You all need to worship me! The demon queen! You will live for eternity!"

Camylia yang masih menunggang 'Naga' itu ketawa besar.

"Jauhkan diri kau dari Naga tu," pesan Rael kepada Irene. Dirinya tidak dapat bergerak kerana aura Naga tua itu yang semakin mendekat. Jelas jurang kuasa di antara mereka sangat ketara.

"Sekarang... Apa kata kita bertemu dengan Erina?" Camylia tersenyum dan irisnya tidak lepas daripada Irene.

Erina? Siapa dia? Kenapa semua asyik menyebut nama Erina? Apa kaitan Erina dengannya? Dan kenapa Erina terasa dekat dengannya?

Pelbagai persoalan timbul di fikiran Irene.

"Kerana kau adalah dia." Rael membalas segala persoalan tersebut.

"Apa...?"

"Bukan sekarang. Tengok sana," celah Raikarl. Naga itu terbang ke merata tempat menghancurkan segala yang mengganggu jalannya. Dengan sepantas kilat dia menerkam Irene sekali lagi pada cubaan kedua.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now