Bab-38: His POV

317 43 3
                                    

AKU merenung figura kecil gadis yang terlantar di hadapanku, lama. Mengapa aku ditakdirkan untuk mengenalinya? Itu yang selalu terbit di minda tiap kali aku menyebut namanya.

Irene Crystal.

Sudah hampir semua benda aku lakukan agar aku tidak ditemukan dengan dia. Akan tetapi, takdir bodoh ini tetap mahukannya berlaku.

Dia tidak selamat jika berada disisi aku. Tidak walau sedetik saat.

Fikiran aku melayang saat pertama aku munculkan diri dihadapan Irene.

Boom!

Letupan di sebuah kapal mewah ingin menuju ke Wertaz Land yang diyakini milik Raja di salah satu kawasan bergema.

Bunyi tersebut menarik perhatian aku untuk mendekatinya.

Dari jauh aku dapat merasakan satu aura jahat. Untuk langkah berjaga-jaga, aku mengeluarkan aura hitam yang sudah sebati dengan diriku.

Dihadapanku terdapat Hydra yang mengganas.

"Aaaaargh!"

Satu jeritan didengari. Seorang gadis yang mempunyai rambut berwarna putih sedang menjerit apabila Hydra menggantungkan tubuhnya secara terbalik.

'Shit'

Aku cukup kenal dengan gadis itu. Seorang gadis yang aku ingin hindari.

Satu aura bayang aku baling ke arah Hydra tersebut sekaligus melepaskan ikatan yang terdapat di kakinya.

Perlahan-lahan asap hitam menghilang lalu menjelaskan penglihatan.

Puteri itu dengan aku bertentang mata.

Tanpa berkata banyak, aku habiskan kerja aku dengan memanggil Griffin dan mengunci Hydra ke gelang magik milik aku.

Fikiran aku masih kusut.

'She know I'm here.'

Selepas bersembang kecil dengan Ryan, aku mengerling ke arah Crystal.

Dia masih melihat aku, tajam.

Dengan pantas aku meninggalkan kawasan tersebut. Tidak mahu mengikat sesuatu diantara kami.

Di suatu malam, aku senyap-senyap menceroboh masuk Istana. Jendela yang dibiar terbuka aku masuki.

"Uhm... Raikarl, is that you?"

Aku tersentak.

Perlahan-lahan aku mendekati tubuh kecil itu.

'She's sleeping.'

'Like a sleeping beauty.'

"Yes, Crystal... Its me." Iris merah milik aku merenung Crystal. Rambut berkilau bak kristal aku selitkan ke telinganya agar tidak mengganggu tidurnya.

Sebelum dia sedar dari mimpi, aku meninggalkan tempat tersebut dengan hati yang berat.

Di malam hari yang lain pula,

Aku datang sekali lagi.

Crystal masih tidak mahu tidur. Dia hanya memandang bulan. Iris biru laut kristalnya bersinar membuatkan aku terkesima.

"Kenapa tidak tidur lagi?"

Tanpa disedari bibir aku berbisik. Gadis itu terkejut lalu ingin mencari keberadaan aku.

Aku ketawa kecil melihat dirinya yang hampir pucat.

"Tak perlu cari aku," kata aku lagi. Dia kemudian berhenti.

Salah aku kerana tidak mengawal percakapan aku tadi.

"Apa kau buat disini?" soalnya, kaku.

Aku mendengar dia mengeluh.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now