Bab-22: Roux The Rose

985 98 15
                                    

HARI berganti hari dengan pantas. Mereka kini sangat sibuk dengan hal masing-masing. Seperti biasa, Irene menghabiskan masanya dengan latihan khusus dari bondanya. Daryan dan Darwin pula sibuk dengan aturcara istana memandangkan lagi beberapa hari Daryan akan ditabalkan secara rasmi sebagai Putera Mahkota.

Ariyan pula menyambung pelajarannya yang tergendala di academy memandangkan umurnya yang baru menginjak 12 menjadikan dia sahaja yang masih belajar. Rayana pula menjadi guru dan sentiasa menemani Ariyan kerana Ariyan adik kesayangan dia.

"Bonda... Where's everyone?" tanya Irene kepada Luna. Sudah puas dia memeriksa setiap penjuru Istana kerana diwaktu pagi sebegini kebiasaannya pekerja Istana akan sibuk dengan tugas membersih dan mempersiapkan santapan.

Luna berpaling kearah Irene dan beberapa kotak kecil yang dibawanya itu diletakkan diatas meja kopi.

"Rin lupa ke? Kan dua hari lagi kakanda Daryan akan ditabalkan menjadi Putera Mahkota." Luna ketawa halus melihat wajah polos Irene. Ini mesti masih mamai lagi baru bangun dari tidur. Lihat baju sahaja sudah tahu, dengan pakaian jubah putih hingga paras buku lali dia itu.

"Oh, lupa pula. Tak sabarnya mahu lihat dengan siapa Yanyan menari nanti. Mesti semua gadis di desa berebut kan Bonda?" Irene dan Luna ketawa serentak. Entahlah, Daryan itu walaupun kacak dan selalu mengeluarkan ayat manis tetapi dia jarang mendekati gadis. Lainlah kalau Darwin. Mungkin sekarang Darwin merasakan dirinya bebas, namun kita lihat nanti.

"Rin jangan menyakat dia pula. Nanti, pakai busana Rin yang sudah disangkut di dalam almari Rin." Luna meninggalkan Irene yang sudah terlopong.

"Apa dia? Rin kena pakai gaun kembang tu! Ish, menyusahkanlah gaun tu Bonda. Tidak boleh kah Rin pakai seperti biasa?" rungut Irene, tidak suka.

Memakai Prom Dress yang berkali ganda tebal kainnya sehingga mengembang lebih daripada pinggangnya itu sangat tidak selesa. Oh, harapnya majlis itu tamat cepat. Irene lagi selesa memakai Renaissance yang hanya mempunyai dua lapis kain dan mempunyai lilitan tali victoria di bahagian dada. Kain di lengannya juga hanya panjang dibahagian bawah.

"Jangan nak mengada. Kali terakhir Rin pakai masa hari kelahiran kedua belas tahun Rin. Itupun terkoyak. Kali ini, Rin dah besar tolong jaga kehormatan Rin sebagai Puteri." Luna membebel dari tingkat atas. Irene menggulingkan matanya. Kali ini memang dia tidak boleh lari langsung!

'Nenda! Tolong Rin! Bonda kejam, Nenda!'

Irene berjalan disekitar desa diluar Istana. Tidak jauh pun, hanya buka pagar Istana dan kelihatanlah pekan dimana orang ramai atau rakyat bersiar-siar membeli barangan Querna.

"Eh, Ari! Ray! Buat apa dekat sini?" tanya Irene setelah kelibat Ariyan dan Rayana kelihatan. Mereka berpaling kearah suara dan terus melambai semula kepada Irene.

"Cari cenderahati untuk majlis besar-besaran nanti. Alang-alang Ari baru habis kelas dia, kami datang singgah sini kejap," ujar Rayana sejurus itu mengangkat beberapa beg kertas yang mungkin sudah mengandungi barangan kemas ataupun baju.

"Kak Ray je bersungguh membeli. Ari punya barang semua dah siap kemas," kata Ariyan dengan gelengan kepala. Irene tersengih, faham benar dengan sikap Rayana yang suka gelabah disaat akhir.

"Kau tak tolong Bonda Luna buat persiapan ke?" tanya Rayana pelik apabila Irene bebas pula bersenang-lenang di luar.

"Taknak lah. Aku kan Puteri," ujar Irene dengan ketawa kecil dihujung. Geli hati dengan perkataan itu.

"Eeee, demand betul Tuan Puteri yang ini seorang. Apa benda lah yang kau rajin," perli Rayana dengan kerutan di dahi.

"Dia rajin makan je. Kak Rin kan suka melantak. Entah berapa pinggan dia santap pagi tadi kita tak tahu," celah Ariyan. Irene menarik muka tidak suka.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now