Bab-1:Her

5.9K 199 14
                                    

(Pastikan anda sudah baca buku pertama siri fantasi ini, Phoenix: The Legend Power.)




"Shut up!" jerit seorang gadis berambut putih. Umurnya sekarang sudah 18 tahun. Mata biru kristal nya merenung dua insan di hadapannya.

"But--"

"Shh!"

Gadis itu memejamkan mata nya. Dan perlahan-lahan badannya mula bercahaya. Namun hanya seketika dan akhirnya terpadam. Dia mengeluh pasrah. Kenapa dia tak boleh gunakannya?

"Irene, I think we should go to the castle now," ujar seorang jejaka berambut merah. Disisinya terdapat seorang lagi jejaka berambut merah yang mengangguk mengiakan abangnya.

"Yeah, nanti bonda Luna marah," kata si adik berambut merah itu. Mereka berdua mewarisi warna rambut keturunan mereka iaitu,

Phoenix.

Tetapi tidak bagi Irene atau namanya Irene Crystal. Berambut putih sepenuhnya dan mempunyai anak mata biru kristal. Indah seperti namanya, Crystal.

"Ish, yela yela... Teman Rinrin sekejap je pun tak boleh," kata Irene dengan nada merajuk. Kedua kembar itu kelihatan seperti serab salah. Bila gadis ni dh tukar gelarannya dengan nama 'Rinrin' memang akan berlaku sesi memujuk.

"Rin, jangan mengada," kata si abang kembar itu.

"Daryan dan Darwin tak faham Rin!" Irene terjerit kecil. Kedua kembar itu berpandangan.

"Shh, kami faham..." kata Daryan selaku abang kepada mereka. Daryan dan Darwin, putera kepada Raja Wonderland. Dan pewaris kuasa nenek moyang mereka. Berumur 19 tahun hanya tua setahun dari Irene. Dan itu membuatkan mereka dipertanggungjawabkan untuk menjaga puteri bongsu mereka ini.

"Nampaknya... Rin kena cuba lagi lain kali," ujar Irene sambil menilik loket kristal yang mempunyai ukiran naga.

Dia pewaris seterusnya.
Dia penghubung segalanya.
Dia yang menghentikan segalanya.
Dia,
Irene Crystal,
Puteri sang lagenda, Luna Elina.

Tetapi masih tidak dibenarkan untuk mengguna kuasa naganya. Buat masa sekarang dia hanya mengguna kuasa yang diturunkan dari ayahandanya.

Petir.

Dan itu sangaaat tidak cool!!!

Daryan dan Darwin dapat mewarisi spirit phoenix. Bukan kuasanya. Tetapi hanya semangat Phoenix. Luna akan buat sesuatu dengan phoenix nanti.

Mereka memasuki portal dan terus ke Istana.

"Irene!" sergah seorang gadis sebaya dengannya.

"Rayana!"

Rayana Adwine puteri sulung Rayyan Adwine dan Lizza Velrine. Gadis anggun dan bergaya ini menjadi perhatian ramai. Biarpun ayahnya dulu... Ermm.

"Dah habis?" tanya Darwin yang berdiri disisi Daryan. Susah jdi pengawal peribadi ni. Kalau tak sebabkan Luna memang tak lah.

"Hehe, yang lain ada juga," kata Rayana dengan sengihan. Tidak perasan kembar kacak tu berada di hadapan mereka.

"Yo Iyan, Arwin," sapa seorang lelaki yang baru keluar dari perkarangan Istana.

"Hey, Ariyan. Ingatkan kau tak datang," kata Daryan dan mereka bersalaman dengan cara mereka.

Ariyan Tirone putera sulung Redza Tirone dan Miya Ariyana. Mewarisi sifat dingin dan karisma Redza. Kuat dan pantas seperti Miya.

"Gila tak datang. Mahunya aku kena marah dengan Bonda," gumam Ariyan perlahan. Ikutkan hatinya dia tak mahu ikut. Biarlah dia habiskan sisa hidunya dengan pedang.

Oh no!

Walaupun Ariyan paling muda, tetapi umur tak menghalang mereka untuk berkawan bukan? Kenapa? Sebab Miya dengan Redza la paling lambat kahwin. Hm.

Daryan dan Darwin tersengih. Kumpulan yang sempurna. 

Dan ini merupakan kisah mereka. Penerus lagenda seterusnya. Musuh baru menanti dan halangan baru.

Mungkin kisah mereka akan menjadi paling hebat dari lagenda seterusnya? Dengan Irene yang mewarisi kedua kuasa. Dan kuasa hebat yang digabungkan.

Kerana mereka...

The Next Heir.

♚♚♚

~Dragon: The Next Heir~
..Membuka Tirai..

Book 1: Takdir Puteri Phoenix: The Legend Power.

Book 2: Dragon: The Next Heir.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now