Bab-36: Awakening

321 43 6
                                    

MATA bundarnya tajam melihat Irene dari atas. Bibir merah munggilnya menyeringai.

"Akhirnya, dapat juga kita berdua bertemu bersemuka... Tuan Puteri."

Para tetamu yang hadir ketika ini terkaku melihat sosok yang muncul di hadapan mereka.

"Camylia," bisik Permaisuri Luna secara perlahan.

Boom!

Camylia menghancurkan salah satu meja membuatkan tetamu yang berada disitu menjerit penuh ketakutan.

"Arah kesemua orang dan pastikan keluar daripada sini dengan selamat!" jerit Raja Khai kemudian mencari kedudukan Puterinya. Sebelum itu dia menjumpai kedudukan Ariyan dan Rayana yang sudah kaku diikat oleh Camylia kerana mereka menyerang Camylia untuk menyelamatkan Irene.

Asap debu yang terhasil daripada kehancuran mula beransur-ansur hilang.

"Mengapa baru sekarang dia datang bersemuka disini?" soal Raja Khai. Dia cuba untuk mendapatkan Isterinya.

"Kerana hari ini merupakan hari di mana Dragon menjadi kuat dan hikang kawalan jika tidak terkawal. Dia mungkin manfaatkannya untuk mendapatkan Dragon daripada Irene," balas Permaisuri Luna.

"You talk too much!" Camelya melempar sebuah batu besar ke arah Permaisuri Luna dan Raja Khai.

"Bonda! Ayahnda!" jerit Irene yang masih lagi kaku.

Nasib menyebelahi mereka apabila Permaisuri Luna sempat menyeru Phoenix dan menahan batu besar tersebut bersama Raja Khai daripada menghempap mereka.

"Oh, wow. Masih sempat lagi mengguna Phoenix kau." Camelya berkata dengan sakarstik.

Tanpa disedari mereka, Camylia melempar satu lagi batu dua kali ganda besar ke arah Permaisuri Luna dan Raja Khai.

"No!" jerit Ryan yang masih terikat dengan kuasa kegelapan bersama Raikarl di tepinya. Rayana, Ariyan, Ryan, Daryan, Darwin dan Raikarl masih tidak dapat melepaskan diri mereka daripada ikatan tersebut. Sesekali ikatan tersebut diperketatkan hingga melemaskan pernafasan mereka.

Nafas Permaisuri Luna dan Raja Khai tercungap-cungap apabila kepala mereka mula keluarkan darah akibat daripada lemparan batu tersebut.

Sememangnya mereka merupakan wira dalam peperangan yang lepas, tetapi faktor umur membuatkan mereka tidak dapat banyak tenaga seperti dahulu.

Raja Khai cuba menangkap Isterinya ke dakapannya. "Its okay, dear. Our Princess can do it."

Camylia yang memerhati babak tersebut hanya mengeluh.

"Kau semua membosankan." Ikatan yang berada pada Ariyan, Rayana, Daryan, Darwin, Ryan dan Raikarl semakin diperketatkan.

"Arghh!" Mereka semua menjerit dengan hampir serentak. Raikarl mencuri pandangannya kearah Irene yang gementar. Dia mengetap bibirnya.

Gadis itu tidak diikat dan dikawal, akan tetapi kakinya seakan-akan dipaku di tanah.

"Tak guna!" Irene menjerit. Iris biru kristalnya memandang satu persatu orang yang disayanginya.

'Why I'm so useless! Bila-bila masa sahaja aku boleh menyerang Camelya itu. Tapi kenapa aku tidak lakukannya! Bonda... Ayahnda... Ariyan, Rayana, Ryan. Rai-raikarl...' Irene bermonolog dalam hatinya.

Camylia yang melihat keadaan Irene, mula mengukir satu senyuman sinis.

Dia mendekati Irene. Dagu Irene diangkat dan secara tidak langsung mata mereka bertembung. Irene melihat Camylia dengan penuh kebencian.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now