Bab-15: Battle

1.4K 116 28
                                    

When the curtain's call
Is the last of all
When the lights fade out
All the sinners crawl

♚♚♚

Irene menilik dirinya di hadapan cermin tiga sisi yang disandarkan di dinding. Tiara kecil yang berkilau itu dipakainya dan dibetulkan sedikit kedudukannya. Dia menyentuh loket kristal merah yang setia dilehernya.

Krekk!

Pintu bilik itu dikuak dari luar membuat dirinya menoleh kearah papan pintu tersebut.

"Tuan Puteri, izinkan patik mengajak Tuan Puteri turun bersantap bersama mereka yang lain di bawah atas titah Raja Edward," ujar Dayang istana sopan dan lembut tutur katanya. Dia menunduk sedikit kepalanya atas tanda hormat kepada Puteri Raja Querna Land itu.

Irene angguk dan senyuman diberikan. Selepas sahaja Dayang itu keluar, Irene menoleh kearah jendela bilik istana itu.

"Malam tadi seakan aku lihat kelibat engkau," gumam Irene perlahan. Dia melangkah keluar dari bilik membiarkan persoalan itu di mindanya.

Disebalik jendela itu, seorang lelaki yang lengkap dengan mantel hitam berdiri. Dia menghela nafasnya nafasnya perlahan dan menghilangkan dirinya sekelip mata.

Bunyi sudu dan garpu berlaga sahaja yang kedengaran.

"Jadi bila kita boleh berangkat kesana?" soal Ryan memecahkan kesunyian diantara mereka. Raja Edward mengelap bibirnya dengan kain sutera yang disediakan diatas meja untuk setiap seorang.

"Kita akan berangkat sebentar lagi. Tetapi Beta mahu kamu semuanya memakai topeng wajah yang telah Beta sediakan. Sebelum itu, Beta memberi kelonggaran untuk kamu semua bersiar-siar di pekan Wertaz," ujar Raja Edward panjang lebar dan diakhiri dengan satu senyuman.

Semua memaparkan riak teruja. Dapat bersiar ke pekan Wertaz? Sebagai orang biasa? Itu seperti ke taman tema!

Jika di Querna, mereka perlu berhati-hati. Adakalanya, pengawal bersama mereka dikiri dan kanan. Kecuali jika pergi ke Akademi. Paling dikawal ketat ialah Daryan ataupun Darwin. Mereka satu-satunya orang terpenting di Querna selepas Luke. Lagi-lagi apabila menjadi pujaan gadis-gadis remaja di luar sana.

Irene sekali kena tempias apabila dia melepak bersama seupunya itu. Katanya perampas? Hell No!

"Cantiknya!" jerit Rayana teruja. Ariyan menggelengkan kepalanya apabila melihat riaksi Rayana yang bagaikan katak keluar daripada tempurung itu.

Semua barang kemas yang berkilau dan disusun di gerai itu ditiliknya. Tidak lepas satu pun dari pandangannya.

"Hey, hey. Jangan jalan laju sangat. Ikut dalam kumpulan," pinta Ryan kepada mereka. Irene siap melompat-lompat kerana teruja. Puteri Diraja dapat lihat dunia luat kut. Siapa tak suka. Daryan dengan Darwin elok memakai hoodie kelabu milik mereka. Siap sedia dengan kemungkinan. Berita putera kacak Querna bakal tersebar!

Lah sangat.

"Mari! Mari! Mari! Saksikan perlawanan yang ada! Mari! Anda boleh daftarkan diri anda jika mahu turut serta! Hadiah lumayan! Kuasa dan guardians dibenarkan! Serlahkan kakuatan anda! Mari, mari!"

Bunyi orang ramai bersorak membuat mereka tertarik. Satu gelanggang luas dipamerkan dengan beratus penonton ataupun rakyat di pekan Wertaz yang ingin beradu tenaga.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now