Bab-39: Love?

355 39 6
                                    

“That day when I realized she is the light for my darkness.”

♚♚♚

    KELOPAK mata Irene terbuka dengab perlahan-lahan. Lantas kepalanya dipusingkan ke arah kanannya apabila dia mendapati seseorang yang sedang duduk menunggunya untuk sedar. Entah berapa lama jejaka itu berada disitu, Irene ingin tahu.

     Secara tidak langsung, pandangan mereka bertemu.

     "Apa yang dah jadi?" Satu soalan diajukan kepada Raikarl.

    "Jangan bangun," ujar Raikarl apabila mendapati Irene ingin bangun daripada baringannya. Dia masih tidak menjawab soalan Irene.

    "Semua selamat ke? Apa yang dah jadi sebenarnya? Berapa lama aku pengsan?" soal Irene dengan bertubi-tubi. Raikarl mengeluh perlahan. Tak tahu sakit ke budak ni?

     "Semuanya selamat. Jangan risau. Tunggu sini, jangan kemana-mana." Raikarl mengarah Irene seakan-akan orang dewasa yang memarahi anak kecil.

    Raikarl keluar daripada bilik Irene. Menuju ke sesuatu tempat. Mungkin ingin memberitahu kepada Raja dan Permaisuri bahawa puteri nereka telah tersedar daripada tidur lena.

    Irene mengurut dadanya lalu menghembuskan nafas kelegaan. Seminit kemudian baru dia sedar bahawa loket yang dipakainya selalu itu telah hilang.

    "Haih..."

    Bang!

     Tidak lama kemudian kedengaran  pintu bilik Irene dibuka dengan ganas daripada luar. Laju Irene berpaling memandang pintu biliknya yang sudah terbuka luas. Maka tersembul lah wajah-wajah yang amat dikenalinya.

    "Irene!"

    "Rin!"

    "Rinrin!"

     Irene mengukir senyuman nipis. Syukurlah semuanya dalam keadaan yang baik.

    "Rin ada sakit dekat mana-mana tak?" soal Daryan sambil menggerakkan kepala Irene ke kiri, kanan, atas dan bawah dengan memegang kedua belah pipi Irene.

    "Ish, tak sakit dah la. Kalau Iyan buat macam ni baru wujud rasa sakit tu," jawab Irene.

    "Entah kau. Dia kan kuat." Darwin mengiakan kata-kata Irene.

    "Nasib baik lah keadaan kau tak teruk. Do you want to know that Rai- ermph!" Mulut Rayana ditekup oleh Ariyan menyuruh dia tidak memberitahu apa-apa yang berlaku sewaktu Irene tidak menyedarkan diri.

    "Raikarl do what? Tell me," kata Irene dengan pandangan yang menikam.

    Daryan, Darwin, Rayana dan Ariyan berpandangan sesama mereka. Kesemuanya tersengih seperti kerang busuk. Mata Irene semakin sepet memandang mereka semua yang acah ingin menyimpan rahsia.

    "Aish, ini semua Rayana punya fasal lah. Kan dah kata jangan celupar sangat," gumam Darwin sendirian.

    Rayana menjeling Darwin. 'Aku dengar lah.'

    "No its just Raikarl wanted to do something crazy and rampage like chasing that evil woman after you collapsed. Glad Lord Ryan is there to stop him." Ariyan bersuara. Irene yang mendengarnya tersentak lalu ternganga.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now