Bab-37: Ancestor

330 48 10
                                    

SATU juta tahun yang dahulu...

"Erina! Tunggu aku! Kau dekat mana ha?" laung seseorang memanggil empunya nama Erina.

"Sini! Camylia, cepat lah!" sahut Erina dari jauh.

Camylia mengeluh perlahan apabila dia melihat Erina yang tekun mengikat bunga-bungaan menjadi bulatan.

"Pakai ni! Wah, Lia! Cantik lah Lia pakai mahkota bunga ni!" Erina tersenyum lebar.

Camylia yang tadi hanya menunjukkan ekspresi datar mula tersenyum lebar. Tiada siapa boleh menolak kecomelan Erina!

"Sudah lah tu. Jom lah balik. Sampai bila kau mahu bermain disini, Tuan Puteri. Hmm?" Camylia memberikan riaksi mendatar. Saja ingin menakut-nakutkan Erina.

Erina menyelitkan sebahagian rambut putihnya yang terjuntai ke telinga.

"Sekejap lah, Lia. Kau kan sahabat aku. Jom lah teman aku main." Erina membuat muka comel. Camylia sekali lagi mengeluh tanda kalah. Kalau lah dia lelaki, Camylia sanggup menolak semua gadia dan memilih untuk berkahwin dengan Erina.

"Pakai ni." Camylia mencabut tiara bunga yang dipakaikan oleh Erina di kepalanya tadi lalu meletakkan ke atas kepala Erina.

"Hehe." Erina tersenyum lebar. Pakaiannya yang berwarna putih menyerlahkan kecantikkan Erina ditambah lagi dengan warna rambutnya yang putih bersih bak bunga melur.

Camylia pula berambut hitam, namun wajahnya yang cantik memberikan kontra kepada penampilannya.

Wushh!

Tanah mula dipenuhi dengan daun yang ditiup dari satu tempat.

"Lily!" jerit Erina. Phoenix merah mula bertukar rupa kepada manusia. Lily merupakan penjaga kepada Erina. Lily menundukkan kepalanya hormat kepada Camylia apabila mereka bertemu mata.

"Terima kasih kerana tolong lihatkan Tuan Puteri Erina," ujar Lily kepada Camylia. Camylia hanya mengangguk perlahan.

"Tidak mengapa. Kami kan sahabat baik dari kecil lagi." Camylia dan Erina ketawa serentak. Erina seorang gadis yang ceria dan suka bermain-main. Manakala Camylia matang dan tidak suka permainan. Hanya untuk Erina sahaja Camylia sanggup bermain bersama.

"Tuan Puteri, Raja dan Permaisuri titahkan Tuan Puteri Erina untuk pulang ke Istana." Lily menunduk kepalanya kepada Erina.

"Baik lah. Lia, nanti kita jumpa lagi ya?" Lily bertukar bentuk dirinya menjadi burung Phoenix dan menjatuhkan sayapnya bagi memudahkan Erina untuk menaiki ke atas belakangnya.

"Okey." Camylia hanya menjawab sepatah. Dia hanya menghantarkan pandangan melihat Phoenix dan Erina berlalu pergi.

Beberapa hari kemudian....

Seekor Phoenix terbang ke arah Camylia dan terus berubah menjadi manusia.

"Lia! Kau ada lihat Tuan Puteri Erina dimana-mana kah?" soal Lily dengan tergesa-gesa.

"Erina? Tidak pula. Mengapa?" soal Camylia dengan pelik.

"Habis lah, Tuan Puteri hilang! Dia melarikan dirinya semalam!" jerit Lily diakhir ayatnya.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now