Bab-35: Attack

337 50 7
                                    

TEPAT jam sembilan malam, ruang tarian sudah dipenuhi dengan orang ramai. Kesemua bangsawan dari seluruh pelusuk benua berkumpul disini.

"Tuanku Puteri sudah sedia kah untuk keluar bertemu orang ramai di luar sana?" soal Yena yang sedang membetulkan tiara di puncak kepala Irene.

"Can i say no?" soal Irene kembali.

"Of course you cant." Laju Yena menjawab.

Irene diam beberapa saat. "Alright, i'm done."

Setelah Yena melepaskan sentuhannya daripada Irene, Irene melihat ke arah cermin untuk memerhati penampilannya.

Irene tersenyum nipis.

"Terima kasih, Yena."

Yena mengangguk kemudian dia bergerak ke tepi untuk memberikan laluan kepada Irene.

"Mempersilakan, Yang Mulia Puteri Irene Crystal!"

Kesemua mata tertumpu ke arah Irene.

"So, she is the Princess of our Kingdom?"

"Its my first time seeing her."

"She's the famous Princess in history."

Kedengaran suara-suara dari para bangsawan yang hadir.

Irene hanya menghiraukan suara tersebut. Matanya bergerak mencari wajah yang dikenalinya.

Rayana dan Ariyan melambai ke arahnya apabila pandangan mereka bertemu. Irene membalas lambaian mereka dengan senyuman.

Rayana dan Ariyan hanyalah orang biasa. Hanya kedua ibu bapa mereka sahaja dianugerahkan pangkat dan merupakan Baronet dan Baronetess.

Irene duduk seketika di tahktanya bersebelahan dengan Ayahndanya, Raja Khai serta Bondanya, Permaisuri Luna.

"Bonda, Emperor datang kesini juga kah?" soal Irene kepada Luna.

"Uhm, dia kata kalau jadualnya kosong dia datang." Luna membalas dengan suara perlahan. Dia sendiri pun sudah lama tidak menanya khabar tentang adik kembarnya sendiri itu.

Irene mendiamkan dirinya seketika. Sudah lama dia tidak melihat bapa saudaranya itu. Asyik muka anak kembarnya sahaja yang muncul.

Irene mula bosan.

Beberapa minit kemudian satu tempat dikerumuni oleh orang ramai.

"Its Crown Prince Daryan and Prince Darwin!" jerit salah seorang anak gadis bangsawan disitu.

Kepala Irene terangkat semula apabila mendengar teriakan gadis yang seakan-akan mahu histeria tersebut.

Dihadapan Daryan dan Darwin terdapat Emperor Luke. Irene tersenyum manis kemudian dia bangun dan pergi ke arah mereka untuk menyambut kehadiran mereka bertiga.

Tiga jejaka kacak berambut merah berhenti di satu sudut bersama Jrene di hadapan mereka.

"Thankyou for coming, your highness." Irene menunduk kepalanya bersama kedua tangannya mengangkat sedikit gaunnya.

"Happy Birthday, my little Princess," ucap Emperor Luke. Irene tersenyum manis tanda terima kasih. Daryan dan Darwin juga tidak ketinggalan untuk mengucap selamat hari jadi kepadanya untuk kali ke sepuluh.

"Sudah lama Rin tidak bertemu dengan Uncle Luke." Emperor Luke tersenyum seketika melihat anak saudaranya yang sudah meningkat dewasa.

Luke pun apa kurangnya. Bidang dadanya sudah lebar dan wajahnya sangat matang. Tidak kurang juga dengan anak lelakinya yang mewarisi gene kacaknya.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now