Bab-43: Tribe

231 33 2
                                    

      "WOLF tribe? That clan?" Irene mula berfikir akan sesuatu.

      "Tapi kan wolf clan sukar untuk bekerjasama." Irene menyambung. Rael hanya menayangkan wajah 'ada aku kisah?' kepada Irene.

           "Kalau ingin dilihat kembali, memandangkan mereka bergerak memburu dalam pasukan, mereka sangat kuat untuk kalahkan tentera demons." Raikarl mencelah. Dia sudah cukup masak dengan cara serigala-serigala tersebut memburu. Kerana sewaktu dia dipisahkan sendirian daripada keluarganya, Raikarl telah berusaha untuk hidup di dalam hutan gelap tersebut seorang diri.

     "Bagaimana dengan puak yang lain? What about lion and tiger tribe? Or leopard and panther?" Irene memberikan cadangan. Raikarl dan Rael berpandangan.

     "Kenapa tak bagitahu cat tribe je terus?" Rael mengeluh.

    "Ish."

     "No, Crystal. We need to approach the wolf first. Its their king after all. Lion and Tiger is not in good term. They will just bickering." Kata-kata Raikarl dibalas dengan anggukan setuju oleh Rael.

     Puak-puak ini tinggal di hutan yang merupakan sempadan antara Wonderland dan Darkland. Mereka dikatakan menjaga sempadan tersebut dan tidak membenarkan mana-mana dari kedua-dua kerajaan tersebut memasuki benteng sama ada masuk atau pergi.

     "Okey. Sebelum itu kita kena minta pendapat Emperor dahulu." Irene bersetuju. Dia kemudian cuba menghubungi Daryan dengan alat magis yang berbentuk bola.

      "What do you want?" Suara Daryan kedengaran bersama wajahnya. Kemudian tersembul pula wajah Darwin di tepinya.

     "Can I talk with uncle Luke?" soal Irene. Daryan dan Darwin berpandangan antara satu sama lain.

     "Ayahnda dekat mana?" tanya Daryan kepada Darwin.

     "Mana aku tahu. Kau kan paling rapat dengan Ayahnda." Darwin membalas dengan gelengan.

    "Ish, Ayahnda kan selalu sibuk," sambung Darwin lagi setelah lengannya dicubit oleh Daryan. Irene hanya memandang mereka berdua bergaduh melalui bebola kristal tersebut. Irnene melepaskan keluhannya.

    "Kenapa tu? Dapat tak?" Suara Rael bergema membuatkan Daryan dan Darwin berhenti daripada menolak kepala masing-masing.

    "Ehh... Who's that fella!" jerit Daryan dan Darwin hampir serentak.

    "Urgh... Try guess it, my princes." Irene tersenyum sinis. Sejujurnya dia tidak pernah menyimpan niat pun untuk menyembunyikan Rael. Kalau boleh dia mahu mengikat Rael lalu paparkannya ke tempat awam. Tiba-tiba tubuh Rael seram sejuk.

    "What? You new boyfriend?" Darwin meneka.

    "In your dream. This thing here is your family Dragon." Raikarl pula mencelah.

    "What?! That Dragon? Wait is that Raikarl? apa dia buat dekat situ. Kau! Jangan dekat dengan Rinrin!" jerit Daryan apabila Raikarl menempel di sebelah Irene.

    "Gosh... Dengan Raikarl pun engkau nak dengki ke apa?" gumam Irene sambil tangannya menolak tubuh Raikarl menjauhinya. Tanpa amaran Daryan, Irene akan tetap menjauhkan Raikarl daripadanya. Nafas hangat Raikarl yang menyentuh leher Irene menjadikan Irene tidak keruan.

     "Sudah lah tu. Kembali ke topik asal." Irene cuba menukar topik. Dah makin jauh jadinya kalau tidak dihentikan.

    "Okey, okey. Rin mahu sampaikan apa kepada Ayahnda?" soal Daryan yang mula serius. Darwin pula sudah meminta dirinya untuk pergi menyambung latihan pedangnya yang tergendala. Saja dia menyelit di tepi Daryan kerana nampak menarik.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now