Bab-42: Jealous?

259 33 2
                                    

      NYANYIAN kecil kedengaran sayup disebalik semak-samun. Tubuh kecil tersebut semakin dikecilkan apabila kedudukannya berada dalam keadaan mencangkung. Hendak memberi Mazu makan.

     "Kau ke mana?" soal Irene yang masih memberi perhatian penuh kepada Mazu si anak harimau putih.

     Langkah Rael terhenti. Jari jemarinya naik menggaru kepalanya yang entah gatal atau tidak.

     "Everywhere. Aku lihat sesuatu yang seronok di hujung..."

   "Jangan sesekali fikir yang bukan-bukan, Rael." Laju Irene memotong apabila dia sudah dapat agak apa yang ada di fikiran jelmaan Naga itu

    Rael mengangguk satu kali dan melakukan isyarat 'mengunci mulut' dengan jarinya.

     "Okey..." Irene bangun daripada duduknya sejurus itu mengebas debu-debu di gaunnya. "Bila kita boleh mulakan latihan?"

     "Bila-bila masa sahaja bila kau sudah bersedia," balas Rael tanpa perasaan.

     30 minit kemudian...

    "Rael... Kau pasti kau Naga?" soal Irene dengan kelelahan.

     Rael menarik senyuman sinis. "Sudah tentu. Aku kan Naga lagenda."

     "Aku tak dapat nafikan yang itu. TAPI KENAPA KAU PUN IKUT LARI SAMA?" jerit Irene yang berlari seiringan dengan Rael. Mereka berdua menyorok disebalik batang pokok besar ditengah hutan tersebut.

    "Apa? Dah kau lari, aku ikut lah. Aku hanya mahu memastikan keselamatan pewaris aku sahaja," kata Rael tanpa rasa bersalah. Irene menepuk dahinya sedikit kuat.

     "Aku sudah agak. Memang minta bantuan kau ni tak dapat pakai," bisik Irene perlahan.

    Irene mengintai keadaan sekeliling ingin memastikan mereka sudah selamat. Entah kenapa tiba-tiba terdapat sekumpulan serigala liar mengejar mereka. Dengan bantuan kuasanya yang sudah dapat dikuasai sedikit demi sedikit, Irene berjaya menewaskan beberapa ekor serigala liar tersebut.

    "Dah, jom." Irene keluar daripada tempat persembunyian mereka diikuti oleh Rael dibelakangnya.

    Sedar tidak sedar, mereka tiba disebuah tasik. Tanpa disedari senyuman Rael mula kelihatan.

    "Kau dah kenapa?" soal Irene, pelik. Kan nanti kata gila, ada yang kena sembur api.

    "Kalau kau mahu tahu, ini lah tempat dimana aku bertemu Luna buat pertama kalinya." Kedua lengan Rael naik melipat ke dada.

    Mata Irene membulat luas. "Serius lah? Bagaimana Bonda dahulu?"

    "Dia lagi dahsyat daripada kau. Hingga aku tidak dapat melakukan apa-apa dengan perangainya. Nasib sahaja Lily mudah berhubungan dengannya," ujar Rael, panjang lebar. Irene ketawa halus. Nakal juga Bondanya dulu ya?

    "Tapi dia tak putus ada. Walaupun dia baru sahaja tiba kesini setelah beberapa tahun berada bersama orang bumi, dia tetap berusaha menjadi kuat. 'Nothing impossible if you believe.' Itu moto hidupnya." Rael menyambung lagi. Irene sebak pula mendengar kisah tersebut walaupun dia sudah mendengarnya beberapa kali sewaktu kecil, akan tetapi masih tidak membosankan dirinya untuk kekal mendengar.

     "Then, I will fight too. Do not wake up the dragon. Is it right, Rael? We gonna be the strongest and defeat all of them." Irene memandang Rael dengan pandangan yang dingin.

     Rael menarik senyuman sinis. "Itu lah apa yang aku mahukan. Let's smash them into the dust!"

     "Okay, now lets go to the castle. Mereka sudah tentu sedang mencari aku disana," ujar Irene apabila menyedari hari sudah hampir senja. Dia kesini bersama Rael dan terlupa hendak memberitahu Yena. Sudah semestinya Yena mencarinya.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now