Bab-48: Karl

272 29 2
                                    

         SEKUNTUM bunga mawar putih diletakkan ke atas batu yang berbentuk segi empat.

         "Mom, Dad. I'm here." Raikarl berbisik. Tanah yang sudah dilitupi penuh oleh rumput itu dipandang kosong. Dia duduk dalam keadaan melutut sebelah kaki. Jari-jemari Raikarl naik menyentuh batu yang mempunyai ukiran nama.

      Raja Christoper

      Ratu Rilaila Alexa

      "Soon, I will take revenge for both of you. You don't need to worry about me anymore. Please rest in peace." Kedudukannya diubah kepada berdiri. Batu dan tanah, kedua-dua dilihat sepi.

        "I don't expect you to be here," ujar seseorang di belakang Raikarl. Ryan elok bersandar di salah satu pokok dengan tanggannya dalam kocek seluar.

       Raikarl menoleh kebelakang. "Apa kau buat disini?"

       "Oh, surprise?" Kedua belah tangan Ryan diangkat setinggi bahu.

        Raikarl hanya memberikan pandangan kosong. Tidak membalas.

       Ryan mengangkat kedua-dua bahunya. "Hey, jangan lupa aku masih abang kau and they're my parents too."

       Ryan melangkah ke hadapan menyamakan kedudukannya dengan Raikarl. Kemudian membongkokkan tubuh sejurus itu meletakkan sekuntum bunga mawar putih. Sama seperti Raikarl.

        "Kau tahu, bonda suka bunga mawar putih." Kali ini kedua beradik tersebut memandang ke arah kubur yang berada dihadapan mereka.

       "I do."

       "She said, even thought the white rose is bleeding and became red, the thorn is always with it. She even said, Dad resemble the thorn. They love each other so much." Ryan kemudian ketawa kecil.

       "Love is painful."

       Tidak membalas kata-kata Raikarl. Ryan hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali.

        "Ryan, kau rasa kita boleh kembalikan kerajaan Ayahnda semula?" soal Raikarl. Matanya naik memandang Ryan yang tinggi sedikit daripadanya.

        "Apa yang kau fikir? Sudah tentu lah kita akan. Your girl got more power to end this." Bibir Ryan terjungkit sedikit. Tiba-tiba darah menyerbu ke wajah Raikarl.

        "Don't said that." Fakta yang menyatakan bahawa Irene merupakan pasangan hidupnya cukup membuatkan dia mahu menyorokkan wajahnya. Lebih-lebih lagi bila sudah ramai dalam kalangan keluarga ini mengetahui tentang perkara ini.

       Suasana kembali sepi.

       "Aku kena pergi dulu." Ryan berkata. Dia mendongak melihat langit yang kian senja.

       "Persediaan perang?" soal Raikarl. Ryan angguk.

        "Goodluck," ujar Raikarl dalam keadaan menundukkan kepalanya.

        "And take care." Ryan tersenyum. Kepala adiknya itu diusap kasar sehinggakan rambut Raikarl menjadi serabai.

         Hanya melihat pemergian Ryan, Raikarl mengeluh dan membetulkan kembali rambutnya itu. Dia mengakui hubungan Ryan dengannya sudah semakin pulih. Jika dahulu, jeling pun tak mahu.

         Fikiran jejaka itu mula melayang ke kisah lampaunya. Dia tidak ada banyak memori waktu kecil, namun masih ada beberapa yang masih dia ingat.

         "Love is indeed painful," guma Raikarl perlahan. Dia dengan langkah yang berat, mula meninggalkan kawasan tersebut. Masih ada banyak perkara yang mahu dilakukan.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora