Bab-6: Dewi

1.6K 134 25
                                    

Ariyan melambung-lambung batu yang berada ditangannya. Batu itu digenggam kuat dan tapak tangannya dibuka. Ais kristal terbentuk dari batu-batu tersebut.

Daryan, Darwin dan Ariyan berada dalam satu kereta kuda. Irene dan Rayana menaiki satu lagi kereta kuda. Walaupun mereka boleh mengguna portal, tetapi akan makan banyak tenaga. Jadi berjimat lah tenaga ya.

"Kalau letak dalam air sedap tak?" tanya Darwin kepada Ariyan. Ariyan berkira-kira mahu menyepak atau menampar Darwin dengan kelajuan penuh atau tidak.

"Kau nak mati, kau makan lah." Ariyan menghulur batu yang telah bertukar menjadi ais tersebut kearah Darwin. Ada nada sinis juga dalam percakapan Ariyan itu membuat Darwin mencebik.

"Aku tanya je la," ujar Darwin dengan menjeling Ariyan dari tepi. Dia menarik cermin mata milik Daryan dan dipakainya.

"Aku Iyan. Melutut cepat," kata Darwin lagi. Ariyan mula rasa nak bagi penyepak betul-betul dekat Darwin. Sekarang dia mengharapkan Irene dan Rayana datang membantunya.

"Kau yang bodoh ni cuba memperbodohkan aku yang cerdik akal ni?" tanya Ariyan dengan kening diangkat sebelah.

"Tak,"

"Habis tu?"

"Aku yang cerdik akal fikiran ni nak mempercerdikkan lagi kau yang cerdik tu,"

Buk!

"Aduh!" Darwin memegang perutnya yang berasa senak akibat tendangan padu dari kaki panjang Ariyan.

"HAHAHAHA!" Ketawa bergema dari luar kereta kuda. Daryan yang tertidur itu terjaga. Daryan menggosok matanya dan pandangannya kabur.

Buk!

"Ahh!" sekali lagi Darwin menjerit.

"Kau jangan curi barang aku, Win," ujar Daryan sambil merampas cermin matanya dari Darwin.

"Sakit ke tuan putera?" tanya Irene mengejek. Darwin merenung Irene tajam dari dalam kereta kuda itu.

"Oh, tuan puteri. Beta putera terkuat. Mana mungkin beta yang kuat ini sakit," ujar Darwin penuh dramatik dengan tangannya digerakkan keudara.

"Tak sakit konon. Menjerit macam perempuan," kata Rayana dengan tangan disilangkan ke dada.

Darwin hilang kata-katanya.

"Win memang nak duduk situ sampai esok ke?" tanya Irene dengan mendatar. Dia memusingkan tubuhnya membelakangi kereta kuda tersebut yang berisi Darwin di dalam dan berjalan kehadapan diikuti Daryan, Ariyan dan Rayana.

Darwin menoleh kiri kanan dan mendapati Daryan dan Ariyan sudah turun meninggalkannya seorang diri. Oh tidak!

"Wey! Tunggu la aku!" jerit Darwin dengan kelam-kabut dia turun dari kereta kuda tersebut. Daryan menggelengkan kepalanya melihat karenah adiknya. Boleh tak dia taknak mengaku tu kembar dia? Tak boleh.

"Welcome your majesty!" kata seorang lelaki kuat yang sedang turun dari tangga besar sambil mendepakan tangannya luas menyambut tetamu terhormat dari istana.

"Prof Andrew? Kenapa panggil kami?" tanya Rayana dengan wajah berkerut. Jarang pengetua iaitu Prof Andrew memanggil mereka ke Akademi. Selepas Prof Ordey menghembuskan nafas terakhirnya kerana racun dari peperangan, dia menyuruh Andrew menggantikannya.

Andrew memberi senyuman tipis melihat anak remaja dihadapnnya. Pandangannya terhenti pada Irene. Satu nama terlintas di benak fikirannya.

Luna,

Yang dahulu seorang remaja tiada asal-usul, yang dahulu seorang gadis yang ditinggalkan, yang dahulu tidak mengerti apa-apa tentang tempat ini. Dan dia yang sekarang menjadi Permaisuri agung Querna Land.

Kisah puteri phoenix sudah berakhir,
Dan ini kisah Pahlawan naga bermula.

'Irene...'

"Sementara kamu masih di sini, saya nak kamu lawan junior dari Wertaz Land dahulu," ujar Andrew dengan menunjuk ke suatu tempat. Mereka semua membulatkan matanya. Dan menoleh ke tempat tersebut.

Lima orang dengan berpakaian biru laut serta senjata-senjata bawah dasar laut menambah kegerunan.

Walaupun Junior tapi...

"Seriuslah! Kenapa tiba-tiba je Prof Andrew? Kami ke sana cuma nak selesaikan misi menjadi pengiring Raja je. Ni macam latihan nak pergi berperang dah ni," kata Daryan seperti membangkang keputusan Andrew. Mereka terdiam mendengarnya.

"Kamu tak faham... Realiti sebenarnya kehidupan di luar sana, Iyan. Kamu pernah tanya macam mana Queen Luna boleh terus hidup dekat sini? Sebab latihan berterusan membuat dia semangat. Dan sampai sekarang dia bahagia,"

Irene tersentak. Pernah ke dia tanya bondanya?

"Kamu takut?" kata Andrew sinis.

"Kami setuju," kata Irene dengan serius.

'Kalau bonda boleh buat, kenapa aku tidak?'

Sekumpulan remaja dari Wertaz Land itu dilihat.

'Aku boleh jadi naga air kalau nak. Aku boleh jadi naga api kalau kau lawan. Dan aku naga yang tertidur,'

Bibir Irene ternaik sedikit di hujung.

'Dont you dare to wake up the dragon,'

"Jom, panaskan badan."

Andrew tersenyum. Semangat dia tak pernah pudar.




"Hey," tegur seseorang dari belakang.

"Saya dengar pengetua suruh kami lawan awak," ujarnya dengan senyuman. Irene melihat pakaiannya. Dress biru, pedang dengan corak cangkerang ajaib, dan kasut but.

Nice.

"Claire... Jangan ganggu mereka la. Mari sini kau," kata seorang gadis yang menuju ke tempat mereka. Gadis tadi yang bernama Claire cemberut.

"Alah, saya nak juga kenal kawan baru, Wina," kata Claire kepada Wina. Dia menarik Claire untuk dekat dengannya.

"Claire... Nanti kalau Wayne dengan Leo marah, aku taknak tanggung," kata ssorang lagi gadis. Ketiga-tiga gadis itu bercakap seperti Irene, Daryan, Darwin, Ariyan dan Rayana tiada dihadapan mereka.

"Jangan la bagitahu diorang, Rossa," rayu Claire lembut. Ariyan merenung Claire. Dan mata biru turqoise Claire bertemu dengan iris biru kristal Ariyan.

Dia tersentak.

"Malang... Kami nampak. Kan Leo?" ujar Wayne dengan sengihan. Leo angguk sekali.

"Jadi... Kita lawan mereka?" tanya Leo mendatar.

"Yup."

Dan mereka semua berpandangan. Tetapi Wayne dapat rasakan aura Ariyan yang kuat.

'Dia bukan calang-calang orang,'

Ariyan mendengus.

"Jumpa lepas ni," kata Irene dan mereka berlalu pergi meninggalkan sekumpulan remaja dari Wertaz Land itu. Land yang penuh dengan pulau lautan.

Ariyan sempat melihat Claire dengan ekor mata sebelum pergi ikut dengan Irene.

"Dia..." kata Claire terjeda.

"Hebat," kata Ariyan dan Claire perlahan.

'Dewa laut...' Claire tersenyum nipis.


'Dewi laut, kau disini.'

.

♚♚♚

To Be Continued...

Oh man... Vote?🌟⭐️

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now