Bab-20: Sweety Khai

1.3K 125 29
                                    

"Bonda," panggil Irene dengan matanya masih tertancap ke arah tasik di hadapan mata.

"Yes, sweety?" sahut Luna perlahan. Dia memandang Puterinya dan dan mata mereka bertemu. Luna membelai lembut rambut Irene yang indah dibuai angin berserta kilauan putih disebabkan cahaya matahari yang memancar.

"Kenapa hanya Rin berambut putih? Sedangkan, keturunan kita semuanya merah? I'm sorry for ask this. But I have to know, why? Kalau Rin tidak dapat genetik dari Bonda pun, sekurangnya beri Ayahnda punya. Warna perang lagi menyerlah dengan kuasa kilat Rin ni," bebel Irene dengan penuh perasaan. Luna mengelipkan matanya beberapa kali mendengarkan bebelan Puteri tunggalnya.

"Sweety... Dalam dunia ini, ada yang kita tak perlu tahu. Tapi, suatu hari nanti kita akan tahu juga. Tiada rahsia yang dapat disembunyikan selamanya. Cuma cepat atau lambat sahaja. Yang penting, Rin kena kuat!" balas Luna dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Dia tahu, Irene nak sangat tahu semua benda disebabkan sifat ingin tahunya di usia remaja ini. Dia juga tahu, apa yang Irene sorokkan darinya.

Satu rahsia tentang hati.

Hati yang memerlukan kepercayaan untuk menerimanya.

"I'm sorry..." Irene menunduk. Walaupun Luna itu Bondanya, dia masih takut akan Luna kerana Bondanya itu Ratu di Negeri ini.

"It's okay. Just remember this one..." Ayat Luna dijeda.

"...Nothing impossible if you believe..."

Mereka berkata serentak.

"Eh hari sudah lewat ni. Nanti Ayahnda cari susah pula diatahnya tentera masuk ke pekan. Maklumlah Bonda terlalu cantik untuk dibebaskan," ujar Luna dengan riak resah. Kali ini giliran Irene mengelipkan matanya beberapa kali melihat perilaku Bonda.

"Ayahnda sayang Bonda," bisik Irene perlahan dan mengenyitkan matanya kearah Bondanya. Luna tersenyum dan mencubit pipi Puterinya.

'Dia akan bongkarkan semuanya nanti. Semuanya...'

♚♚♚

Raja Khai berdiri tegak di hadapan pintu dengan tangan dilipat ke dada. Kening diangkat sebelah melihat dua gadis cantik di hadapannya. Senyuman 'Kasanova' diberikan kepada dua gadis cantik itu.

Gadis itu tersenyum malu apabila Raja yang disayangi rakyat jelata itu tersenyum kearah mereka. Siapa tidak suka? Itu Raja!

Mungkin dalam fikiran mereka sudah berfikir cara untuk mengikis harta Raja di Istana itu.

"Sweety..." Raja Khai berbisik halus ditempatnya. Namun masih dapat didengari di telinga dua gadis itu.

"Hmm?" Gadis itu menyahut dengan senyuman.

Smsejurus itu senyuman Khai tadi terus hilang.

"Tidak payah lah senyum malu tahi kuda macam tu. Menyeksa mata saya tengok kau berdua ni," kata Raja Khai lalu membuatkan senyuman di bibir gadis itu juga turut pudar.

Sekarang dalam fikiran mereka sedang menyusun strategi untuk...

Lari.

"Nak lari? Jangan harap dapat lepasi saya," bisik Raja Khai dengan lembut ditelinga gadis yang tinggi lampai itu lalu meniup sehingga rambut merah yang masih terang itu terbuai. Yang seorang lagi mengelipkan matanya melihat pasangan tersebut.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now