Bab-29: Old Friend

448 53 10
                                    

CAHAYA bewarna biru dan hijau sangat terang menerangi seluruh ruangan bilik dimana Daryan, Darwin, Ariyan, Rayana berkumpul hanya untuk mengucapkan selamat tinggal terlebih dahulu walaupun tidak perlu kepada Irene dan Raikarl sebelum mereka menjejakkan kaki ke dimensi baru.

"Rin, jaga diri Rin baik-baik. Dan tolong patuh dengan arahan. I know who are you. A curious girl that want to know everything." Daryan berkata dengan nada mendatar. Irene menayangkan senyum sinis kepada Daryan.

"That's why I'm smarter than you," balas Irene selamba.

"Whatever. Kau, Raikarl. Please don't do anything stupid and take care." Daryan menepuk bahu Raikarl beberapa kali sebelum beralih ke tempat asalnya semula memberi ruang kepada rakan-rakannya yang lain untuk bercakap.

Raikarl tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia sendiri masih waras lagi untuk fikir mana yang baik ataupun buruk. Sudah kalau dia jahat, dah lama dia menjadi pengikut karnos sekali walaupun tidak sanggup.

"Jadi, bila Irene dengan Raikarl akan pulang semula ke sini?" soal Darwin. Irene dan Raikarl serentak mengangkat bahu mereka tinggi.

"Depends. Kalau misi berjalan dengan lancar dapat pulang cepat lah. Itu pun jika portal terbuka," jawab Prof Andrew setelah lama mendiamkan dirinya memerhati gelagat bekas anak muridnya. Kisah apa dia dengan pangkat yang mereka pegang. Kalau bukan kerana Prof Andrew lah Luna mesti sudah dicabut nyawa suatu ketika dahulu.

"Selamat tinggal," ucap Irene dan Raikarl hampir serentak. Kaki melangkah masuk ke portal terus ke dimensi asing bagi mereka.

Lorong kecil yang hanya samar-samar disinari lampu jalan menerpa di pandangan mata mereka berdua. Sejurus itu portal yang menghubungkan dimensi bumi dan magis tertutup rapat.

"Now, Its just only you and me here. Do you have any idea what to do next?" tanya Raikarl dengan malas. Tangannya disilangkan memeluk tubuhnya sendiri.

"I don't know but jom keluar dari tempat gelap busuk ini dulu." Irene mengibas angin dengan tangannya apabila banyak serangga dan haiwan kecil mengiringinya.

"Tak mandi ke," kata Raikarl sejurus itu berlalu pergi meninggalkan Irene di belakang yang membulatkan matanya.

"Kau dekat sini jangan cuba cari gaduh dengan aku. Ingat balik tujuan kita datang jauh ni untuk apa," bebel Irene sendirian di belakang berserta kakinya yang dilajukan langkah untuk mendekati Raikarl sehingga rambut putihnya yang diikat satu beralun ke kiri dan kanan.

Raikarl mengerling kearah Irene sekilas kemudian tersenyum nipis dan menggelengkan kepalanya perlahan.

Langkah mereka berhenti apabila satu cahaya terang menyinari pandangan mereka. Jelas bahawa mereka sudah keluar dari lorong tersebut. Kelihatan kenderaan pancuan empat roda tidak berhenti dari menggiliskan tayarnya di jalan berbatu hitam.

"Woah... This is another dimension?" Ternganga Irene melihat sesuatu yang belum pernah dilihatnya didepan mata. Akan tetapi dia pernah mendengar tentangnya dimulut bondanya sahaja apabila bonda menceritakan kisah hidupnya kepada Irene.

Raikarl memandang Irene yang ternganga kemudian rambut putih Irene. "Apa kata kita cari topi untuk kau dulu."

"Kenapa pula?" soal Irene. Raikarl mengeluh perlahan.

"Tu rambut putih kau tu. Nanti manusia disini fikir kau tu muda-muda dah beruban tua." Pantas Irene menyentuh kepalanya kemudian mendengus. Apa, unik lah warna putih!

Irene menyandarkan tubuhnya di dinding sambil menunggu Raikarl.

Kling!

Bunyi pintu kedai dibuka dan Raikarl terus meletakkan satu bucket hat di kepala Irene untuk melindungi rambut putihnya dan sebagai langkah untuk tidak menarik perhatian orang ramai dan menganggu misi mereka.

Raikarl? Tidak mengapa, rambut dia sudah hitam.

"Okay now what?" soal Raikarl.

"Kita kena cari kawan bonda dulu."

Raikarl mengerutkan dahinya. "Kau sembang macam kau kenal sangat tempat ni kan. Kau tahu ke rumah dia dekat mana?"

"Raikarl, kau kalau nak cakap pun elok-elok lah. Aku tahu lah kau tak suka aku, okey kalau kau tak mahu aku boleh cari sendiri!" Irene memalingkan tubuhnya dan berjalan meninggalkan Raikarl.

Raikarl dengan tenang menyilangkan kedua tangannya ke dada memerhati pemergian Irene. Tidak sampai tiga puluh saat, kelibat Irene dilihat kembali menuju kearahnya semula.

Raikarl tersenyum sinis, "Silly girl."

"Tak jadi lah. Cepat lah ikut aku. Kalau jadi apa-apa dekat aku macam mana?" kata Irene mendatar. Tidak sampai hati pula lihat Irene berseorangan, Raikarl kemudian menggenggam tangan Irene. "Let's go."

Naik merah pipi Irene dibuatnya. Setelah beberapa jam kemudian, mereka sampai disebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan kecil.

"Macam mana kau tahu rumah dia?" soal Irene pelik.

"Permaisuri Luna bagi alamat rumah dia. Itu pun kalau dia tak pindah rumah, katanya." Sekeping kertas ditangan Raikarl disimpan ke dalam poketnya semula apabila diteliti alamat itu sama atau tidak.

"Kau tak cakap awal-awal tadi!" Bengang pula Irene rasa. Raikarl mengangkat keningnya tinggi.

"Saja."

Belum sempat Irene menaikkan tangannya untuk memukul Raikarl, pintu rumah itu sudah dibuka daripada dalam.

"Siapa tu?" Suara seorang wanita tua kedengaran.

Irene dan Raikarl menundukkan badan mereka untuk berkenalan.

"Saya an-"

"Kami kenalan Cik Luna." Tidak sempat Irene mahu berkata-kata, Raikarl sudah memintasnya. Nasib baik, kalau Irene terus kata dia anak Luna macam mana? Tak ke sakit jantung nenek tua tu.

"Oh, ye ke? Masuk lah dulu." Pintu terus dibuka luas. Irene nampak sinaran di mata wanita berumur itu seperti apa yang diharapkannya sudah tercapai.

"Nama makcik, Amy."

Raikarl dan Irene berpandangan. Amy yang duduk di kerusi roda itu pula dilihat oleh mereka. Kalau nak diikutkan, Luna dan Amy sebaya. Mungkin kerana faktor waktu dan dimensi yang berbeza menyebabkan Amy menua terlebih dahulu.

"Saya Karl. Ini Rin." Raikarl mengenalkan dirinya dan juga Irene dengan nama lain.

Amy kemudiannya mengangguk perlahan. "Tadi kamu berdua kata... Luna? Bagaimana dia sekarang? Dia masih hidup?"

Irene tersenyum lebar. "Ya, dia sihat dan cantik orangnya," balas Irene.

"Syukurlah. Sudah 55 tahun kami terpisah. Dia hilang begitu sahaja tiada jejak. Syukur lah dia masih hidup. Boleh saya pergi dengan tenang di masa hadapan." Amy tersenyun lebar.

"Makcik duduk seorang diri?"

Amy mengangguk. Bila Irene fikir balik, beruntungnya bonda ada sahabat seperti ini. Tidak pernah melupakan walaupun terpisah.

"Kami jeaini hanya mahu menyampaikan ini," kata Irene lalu menghulurkan satu gelang berserta gambar.

"Terima kasih, Rin dan Karl. Makcik hargainya sangat-sangat" Gambar Luna dan dia sewaktu mereka kecil dilihatnya.

"Dah habis?" tanya Raikarl. Irene mengangguk.

"Kami pamit pulang dahulu. Ada kerja untuk diselesaikan." Irene berkata.

"Kau taknak cakap kau anak Permaisuri Luna?" soal Raikarl dengn suara perlahan. Irene menggeleng.

"Tak apa lah. Tak penting pun. Asalkan Bonda dengan dia masih berbaik, aku okey."

Macam lah Raikarl tak tahu masa mula-mula datang tadi sikit lagi Irene nak mengenalkan dirinya sebagai anaknda Luna.

"Now we need to find Louise Hilton as soon as possible."





♚♚♚

Read•Comment•Vote

To Be Continued...

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now