Bab-7: Fight!

1.6K 151 3
                                    

"Ready?"

Suara dari pembesar suara bergema di dewan perlawanan. Ramai penonton bersorak dari bahagian atas yang dikhaskan untuk penonton. Irene, Daryan, Darwin, Ariyan dan Rayana berdiri di tengah-tengah dewan perlawanan dengan kepala didongakkan ke atas melihat ribuan penonton.

Cepat betul maklumat ni sampai kepada pelajar akademi yang lain. Siapa je yang tidak teruja? Senior lawan Junior kut!

Bukan.

Anak kepada pahlawan-pahlawan lagenda nak bertarung kut!

"Oh my... Ramai gila yang datang tengok," gumam Daryan perlahan. Dia berdiri disebelah Darwin yang tidak henti-henti mengenyitkan mata kepada para gadis. Irene menarik senyumam sinis.

'Kalau bonda pernah menang bertarung disni... Kenapa tidak aku? Dan aku ada Ariyan untuk menangkannya.' monolog Irene dalam hatinya.

Ariyan mengepal tangannya kuat. Dia akan buktikan kemampuan sebenarnya dan tundukkan Wertaz Land.

Dia akan.

When the days are cold
And the cards all fold
And the saints we see
Are all made of gold

When your dreams all fail
And the ones we hail
Are the worst of all
And the blood's run stale

"Wina... Kita akan menang ke?" tanya Claire dengan getaran di nada suaranya. Rossa hanya menggelengkan kepalanya. Claire sangat lembut.

"Kau jangan risau lah. Kita pasukan elit diraja Wertaz. Tak mungkin kita kalah," kata Wina dengan megah. Mereka berdiri dihadapan Irene dan yang lain.

"Tapi mereka juga pasukan elit diraja..." ujar Claire perlahan. Kakinya dirapatkan.

"Kau pasti ke nak Claire teruskan ni? Aku takut dia pengsan lepas ni," bisik Wayne kepada Leo. Dan Leo hanya melihat Claire.

"Dia akan okey," kata Leo yakin.

"Kau buat macam kita belajar dulu," kata Rossa untuk menenangkan Claire. Gadis bergaun biru itu hanya mendiamkan diri dan mengangguk.

"Tapi..." Iris biru turqoise Claire jatuh pada wajah bersih Ariyan. Jejaka itu terasa diperhatikan dan iris biru kristal miliknya melekat di gadis itu sebelum Daryan menghalang pandangannya kerana bergaduh dengan Darwin.

"One!" suara dari pembesar suara bergema diikuti suara penonton yang bersemangat.

"Two!" semuanya mengeluarkan senjata mereka. Dari kuasa kepada alatan besi. Kesemuanya diperlihatkan. Kecuali Ariyan yang masih mendiamkan dirinya.

"Three!" bentuk dewan perlawanan berubah mengikut kesesuaian. Dewan itu menjadi sebuah pulau!

"Start!"

Kesemua mereka menghilangkan diri ke tempat lain dengan kelajuan penuh.

"Irene. Apa tindakan seterusnya?" tanya Rayana dengan keadaan berbisik. Irene mengelipkan matanya sekali sebelum menoleh.

"Lawan mereka..." Daryan dan Darwin keluar dari persembunyian dengan tangan berapi.

"Lemahkan mereka..." Rayana mengekuarkan akar berduri sembilan racun.

"...Ariyan akan selesaikan bahagian akhir," ujar Irene sambil melihat Ariyan. Ariyan angguk sekali dan berundur tiga tapak.

"Kau?" tanya Rayana.

"Siapa yang bangunkan naga... Akan lawan aku." Loket kristal Irene bercahaya sekali.


I want to hide the truth
I want to shelter you
But with the beast inside
There's nowhere we can hide

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now