Bab-21: Yin Yang

1.1K 111 24
                                    

"Apa tindakan kau yang seterusnya, lelaki gila?" Satu soalan diajukan kepada seseorang berjubah hitam dihadapannya.

"Aku mahu lihat, sejauh mana dia boleh hidup." Jawapannya tetap sama seperti sebelum ini. Camylia menarik senyuman sinisnya dan berdecit.

"Katakan saja yang kau pengecut, Karnos. Selama ini dapatkah kau membunuh dia? Aku hanya nampak kegagalan sahaja dari engkau," ujar Camylia, angkuh. Karnos mengetap giginya geram, rasa tersindir dengan ucapan Camylia.

"Biarpun aku tidak berjaya, namun keturunan dia tidak pernah terlepas dari pandangan aku walau sedikit!" Suaranya mula meninggi. Akan tetapi masih tidak cukup membuat Camylia berasa gerun dengan lelaki yang digelar Dewa itu. Baginya, Karnos hanyalah lelaki gila.

"Ah, suka hati kau lah lelaki gila. Rasa menyusahkan pula untuk aku hidupkan engkau semula." Bibir merah munggil Camylia ternaik sedikit apabila melihat Karnos yang sudah seperti cacing kepanasan.

"Aku akan buktikan bahawa aku berkuasa. Kau lihat sahaja lah, Camylia. Jangang pandang rendah terhadap kuasa aku," bidas Karnos semula. Camylia menggulingkan matanya. Kuasa Karnos itu sendiri pun mudah ditewaskan dengan kuasa api. Inikan pula mahu merampas kuasa api itu. Bercakap besar tiada gunanya juga.

Tetapi, Camylia sudah mempunyai perancangannya sendiri. Karnos? Itu hanya umpan sahaja untuk Puteri Naga itu. Di akhir kalam, Camylia sendiri akan tunjuk mukanya sendiri. Dan diwaktu itu, tahulah mereka siapa dalang utama disebalik semua ini.

"Kau mahukan kuasa lagenda itu?" soal Camylia dengan senyuman sinisnya. Karnos menjelingnya tajam.

"Sudah pasti aku mahukannya. Siapa yang mempunyai kuasa lagenda itu, akan menguasai seluruh dunia. Siapa sahaja tidak mahukannya," jawab Karnos dengan semangat. Dia dari tadi asyik mundar-mandir di tempat yang sama. Sesekali dia berhenti untuk menjawab kata-kata Camylia. Gadis anggun itu hanya memerhati gerak-geri Karnos yang tidak reti duduk diam itu.

"Jadi? Kau hanya mahukan kuasanya. Dan aku hanya mahu loket kristal miliknya. Kau bantu aku, aku akan bantu kau." Camylia menyilangkan kakinya, masih merenung Karnos.

"Aku tidak faham. Apa yang hebat sangat di loket kristal keturunan dia itu," desis Karnos perlahan. Camylia mengeluh perlahan.

"Itulah engkau, lelaki gila. Di hadapan dunia berlagak cerdik akal. Tapi pemikiran sangat sempit." Camylia menjeling Karnos dari tepi. Dia melipat tangannya kedada pula. Penat dengan tingkah laku Karnos yang lembab!

"Sekali lagi kau panggil aku lelaki gila, memang tahulah nasib kau. Nasib sahaja engkau yang bangkitkan aku, kalau tidak entah apa yang jadi pada kau," ujar Karnos geram. Dia hanya mampu bersabar sahaja dengan sikap Camylia yang selamba mengutuknya dari depan.

"Hahaha, tahu pun kau mana langit tinggi dan rendah. Loket kristal itu? Banyak kegunaan dia. Disebalik kristal merah itu, terdapat setitis darah Naga yang dicampur dengan setitis darah Phoenix," jeda Camylia. Karnos mengerutkan dahinya.

"Jadi? Itu hanya darah! Buat apa kau mahu darah itu." Karnos mengejek.

"Kerana kuasa yang ada di dalam darah itu berlipat ganda lebih hebat dari kuasa yang kau dambakan. Dan loket tersebut dipegang oleh Puteri Naga, Irene Crystal." Camylia terus bangun dari duduknya.

"Nampaknya kau sudah teliti dengan semua ini," bisik Karnos.

"Baiklah, kau teruskan sahaja perancangan engkau. Aku mahu menikmati rendaman kolam air panas dan melembutkan kulit aku," ujar Camylia lalu beredar meninggalkan Karnos sendirian.

♚♚♚

Irene berdiri kaku dihadapan bilik Bondanya. Mahu masuk atau tidak?

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now