Bab-49: Love and War

265 33 1
                                    

     "KOFF!" Darah tersembur daripada mulut Raikarl. Dengan panik, Irene mengeluarkan kain sapu tangan putih daripada poket seluarnya.

        "Kau... Okey?" soal Irene, risau. Raikarl menggenggam kain sapu tangan yang sudah berlumuran darah dengan erat.

      Raikarl hanya memberikan anggukan sebagai jawapan kepada persoalan Irene. "I think the poison started to kick in."

     Oh. Racun itu.

     Irene terlupa Raikarl masih berada didalam kawalan 'racun' yang diberi oleh Camylia kepadanya.

     Untuk mengelirukan musuh mereka, Raikarl sengaja tidak menelan penawarnya. Lagi-lagi apabila mengetahui 'racun' itu palsu dan tidak terlalu membahayakan dirinya.

     Tapi itu tetap racun. Racun tetap bahaya kepada manusia. Irene semakin risau. Kalau hari ini darah daripada batuk, esok hari apa? Muntah darah?

      "Kalau kau rasa pelik, terus beritahu aku. Okey?" pesan Irene. Sekali lagi Raikarl mengangguk. Raikarl memandang Irene yang sudah seperti figura ibu.

       Sudah beberapa jam berlalu selepas mereka berdua keluar daripada ruang mesyuarat Diraja.

      "Aku jumpa Rayana dan Ariyan tadi." Irene cuba memecahkan kesunyian diantara mereka.

     "Mereka dimana sekarang?" soal Raikarl.

      "Rayana dan Ariyan sekarang berada dengan penduduk di desa. Menguruskan perpindahan dan keselamatan mereka. Memandangkan Rayana dan Ariyan tidak dilatih untuk berlawan di barisan hadapan." Irene menjelaskan situasi Rayana dan Ariyan.

      Oh, patut lah sudah lama tiada khabar angin tentang mereka.

       Kalau Daryan dan Darwin, itu logik lah. They are direct descendants from phoenix blood.

       "Hey. Follow me," ujar Raikarl.

       "Huh? Ke mana?" soal Irene. Tanpa berlengah, Raikarl menarik lengan Irene. Dengan langkah yang jauh beza kerana ketinggian dan panjang kaki, Irene cuba berlari kecil ingin menyamakan derapan kaki.

      "Hey! Tunggu lah!" rungut Irene. Serentak itu, Raikarl melepaskan pegangan tangan di lengan Irene.

       "Kau dah kenapa? Laju-laju ni nak pergi mana ha?" Irene mengerutkan dahinya. Raikarl hanya menarik senyuman tipis.

     "Let's go on date."

     "What?"

       Pening Irene dibuatnya. Date? Di tengah kesibukan perang? Walaupun kau tak tahu entah dunia akan hancur hari ini atau esok? Gila!

       "You are definitely crazy, Raikarl Christ." Irene menggelengkan kepalanya dengan sengih lebar.

      "Yes I am. I'm crazy about you. So you need to take responsibility and make me more crazier." Kepala Raikarl terteleng ke kanan. Irene memegang kedua belah pipi Raikarl dan menegakkan kembali kepala Raikarl. Mata mereka bertembung.

      "Fine. Let's go. Even the world gonna crash, I already swear it must be with you, so let's go." Irene menarik tangan Raikarl. Mendengar kata-kata daripada Irene, darah mula menyerbu ke telinga Raikarl.

       'Mom... I think you are right. Love is definitely wonderful.'

      Di tengah kesibukan di pekan utama itu, gerai masih lagi dibuka. Sudah pasti semua tidak tahu bila kali terakhir mereka akan merasai suasana seperti ini lagi. Enjoy it when its still here!

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now