Bab-23: Crown

1.1K 120 35
                                    

Kepada yang tidak tahu apa itu baju Renaissance, ini dia.

Kepada yang tidak tahu apa itu baju Renaissance, ini dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♚♚♚

ISTANA Wonderland telah dihiasi dengan pelbagai hiasan Diraja dan tampak anggun juga menawan dengan kilauan permata. Petugas Istana memang hebat!

Irene juga tidak ketinggalan untuk membantu dan juga mesti lah dia tidak terlepas untuk mengacau Daryan dan Darwin.

"Rin jangan kacau Yan lah," kata Darwin perlahan. Kesian pula dia lihat abangnya yang dari tadi tidak senang duduk. Bukan apa, setelah dia diangkat menjadi Putera Mahkota, dia akan menjadi lebih sibuk dari kebiasaan. Darwin juga mungkin akan sibuk juga untuk menjadi pengganti Daryan di masa akan datang nanti.

Irene berpusing-pusing atau lebih tepat seperti menari kecil di sepanjang lorong luar bilik Daryan. Prom gown dia yang kembang dan besar itu bergerak-gerak mengikut pusingan. Irene berhenti di bahagian tangga.

"Wah! Cantiknya! Sudah lama Istana ini tidak membuat majlis besar sebegini!" Teruja pula Irene dengan suasana itu. Dengan Kek yang bertingkat dan tak lupa juga dengan Coklat yang direka seperti air pancut!

"Rin? Apa ni, tak manis lah Rin asyik bermain seperti ini. Pergi ke bilik Rin. Sekejap lagi Rin kena ikut tertib tatacara," tegur Luna saat melihat puteri tunggalnya seperti membuang masa sahaja. Dia juga masih sibuk dengan banyak lagi persiapan yang harus dilakukan sebelum matahari menutup tirainya.

"Ish bonda ni. Bosan betul, huwargh!" Badannya direbahkan diatas katil empuk. Siling ditenung lama. Irene sangat suka dengan Istana terbesar ini ataupun dikenal sebagai Istana Wonderland. Tidak seperti Istana Querna. Tetapi kalau mahu dibandingkan, Istana Wertaz lagi cantik!

Irene bangun dari baringan lalu membetulkan sedikit Prom Gown. Matahari sudah hampir terbenam, dan majlis akan bermula sebentar lagi!

 Matahari sudah hampir terbenam, dan majlis akan bermula sebentar lagi!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ruangan dewa Istana dituju. Perlahan-lahan Irene mara, semua dayang dan askar menunduk hormat disaat Irene melalui segenap inchi kawasan tersebut.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now