Bab-28: Earth

463 59 9
                                    

KAWASAN Academy dituju oleh Irene dan Raikarl. Secara tidak langsung Raikarl menarik kerudung hitamnya menutup hampir seluruh wajahnya. Tidak mahu dikenali.

"Kenapa Tuan Puteri berada disini?"

Suara yang dikenali oleh Irene didengari. Kelihatan Ariyan yang elok memakai uniform Academy bersama beberapa buku ditangan dihadapannya. Memandangkan ini merupakan kawasan terbuka, Ariyan hendaklah menggunakan bahasa formal kepada Irene walaupun mereka berteman rapat. Manakala Raikarl hanya berdiri tegak disebelah Irene.

"Oh, Ari. Dah habis kelas ke?"

Ariyan mengangguk. Tidak sabar mahu menghabiskan tahun akhirnya sebagai junior. Walaupun umurnya baru 12 tahun, cepat sahaja dia belajar.

"Prof Andrew ada tak?" tanya Irene. Ariyan menggeleng kepalanya. Matanya tertancap pula kearah sosok tubuk lelaki di tepi Irene.

"Ni siapa?" Soalan Ariyan membuatkan Irene berpaling memandang Raikarl.

"Raikarl. Abaikan je dia. Dia memang macam tu. Tak mesra alam sikit." Ariyan mengangguk faham.

"Kalau nak cari Prof Andrew cuba pergi pejabat dia." Tanpa berlengah lagi, Irene pergi ke pejabat tersebut diikuti Raikarl dari belakang. Irene merupakan bekas pelajar di Academy sudah semestinya dia tahu jalan.

Tok, tok, tok.

"Masuk."

Pintu dibuka perlahan. Perlahan-lahan Irene melangkah masuk kedalam pejabat Prof Andrew. Sudah lama tak dengar khabar Prof Andrew. Lagi-lagi Prof Ordey. Masih hidupkah beliau? Atau sudah ditelan oleh ikan gergasi?

"Yes, Princess Irene?" Mesra Prof Andrew menyambut kedatangan Irene. Dari dalam pejabat lagi dia sudah dengar bunyi tapak kaki Irene yang bermeter jauhnya.

"And... Prince Raikarl?" Agak terkejut melihat kedatangan orang asing seperti Raikarl. Tapi tidak lah asing mana. Mungkin makhluk asing.

Raikarl mengerutkan dahinya. Bagaimana lelaki tua ini mengenalinya? Masih tidak kuat kah penyamaran dia sekarang ini?

"Erm, Prof Andrew... Boleh Rin minta sesuatu tak? Jangan salah faham dulu, ni bukan permintaan yang pelik macam dulu lagi dah." Laju Irene berdalih. Kalah nak diikutkan dulu dia pernah menyuruh Prof Andrew menukarkan katak menjadi putera.

Nasib baik Rayana waktu itu sempat menghalang Prof Andrew dari membebel Irene.

"Apa itu, Puteri?" Buku ditangan Prof Andrew ditutup. Memberi perhatian sepenuhnya kepada Irene.

"Can you open a portal to earth?"

Terdiam Prof Andrew mendengarnya. Ini pertama kali dia mendapat permintaan yang sebegitu rupa.

"No. You can't go there."

Irene tersentak. Raikarl hanya mendiamkan dirinya. Tidak ada perasaan mahu masuk campur. Walaupun perkara ini berkait dengan dirinya juga.

"But why? Prof... Rin bukan sengaja tau minta Prof buka suka-suka hati. Lagipun Bonda sendiri yang suruh Rin jumpa Prof. Tak ingin lah Rin nak menjejakkan kaki Rin dekat tempat macam ni lagi." Tipu lah kalau Irene tak pernah dibuli. Hanya kerana dia tidak dapat mengguna kuasa cahaya dan api seperti Bondanya.

"Bukan saya tidak mahu bagi tapi... Tekanan keatas kuasa kamu disana akan lemah. Memandangkan ini titah Permaisuri Luna, terpaksa lah saya buka juga kepada kamu," ujar Prof Andrew lalu mencari beberapa skrol di rak buku.

"Tidak mengapa. Rin cuma mahu mencari penawar untuk Raikarl. Kemudian kami akan terus pulang ke Querna."

Ya, itu lah tujuannya. Penawar kepada racun itu hanya berada dibumi.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now