Bab-4: Ariyan

1.9K 141 19
                                    

KTANG!

KTING!

Irene menutup telinganya apabila bunyi-bunyi besi berlanggaran itu mengganggu deria pendengarannya. Daryan dan Darwin turut melakukan hal yang sama. Mereka berpandangan.

"Ayahanda! Takkan tidak habis lagi dengan stor ni?" tanya Irene sambil menurunkan perlahan-lahan tangannya dari kedua belah telinga.

"Eh, eh kamu ni. Tak tahu apa-apa duduk situ diam-diam," ujar Khai dengan menunjukkan jari telunjuknya kearah lantai dimana Irene berada. Darwin menekup mulutnya dan tawanya hampir terhambur. Daryan hanya mengemam bibirnya menahan senyum dan menunduknya kepalanya.

Jarang Irene kena macam ni dengan King Khai. Kalaulah sekeping besi yang berbentuk kotak itu wujud disini, mungkin Darwin sudah merakam Irene sekarang. Apa dia penduduk bumi panggil itu?

Mereka pernah dengarnya dari Luna. Irene hampir tidak percaya dengan cerita Bondanya tentang bumi. Irene ingin ke sana!

"Yanyan! Winwin! Jangan la gelakkan Rinrin!"

Ah sudah.

Daryan dan Darwin diam beberapa detik. Jujur, mereka sangat tidak suka dengan gelaran yang diberi oleh Irene itu. Rasa seperti tidak bergaya!

Irene bersila di atas lantai betul-betul dibelakang Khai.

"Ha, ini pun." Sesuatu benda berbentuk segi tiga dikeluarkan. Baru sahaja Khai berpaling kebelakang, dirinya terlompat sedikit melihat Irene disitu.

"Kenapa Rin duduk dekat situ?" tanya Khai dengan kerutan didahi. Kadang-kadang Daryan tertanya, apa rahsia Khai Adam sehingga kini tampak seperti jejaka muda. Mungkin genetik kut.

"Dahtu! Ayahanda suruh Rin duduk dekat sini, Rin duduk lah," kata Irene dengan mencebik. Khai menggelengkan kepalanya. Luna terlalu manjakan Irene lah.

"Dah bangun. Kata, Naga... Takkan dah cenggeng?" kata Khai sinis kepada Irene. Gadis itu menjeling Ayahandanya yang kejam. Buat dekat bonda sudahlah!

"Hmm, apa Uncle Khai pegang tu?" tanya Daryan apabila tererasan sesuatu ditangan Khai. Waktu ini mereka boleh gunakan panggilan tidak formal. Lagipun mereka jarang berjumpa kerana mereka tinggal di Istana Wonderland.

Hebat bukan?

"Oh, ni?" Khai angkat kotak berbentuk segi tiga itu keudara. Irene mendongak melihatnya. Dia terpegun.

"Ini yang akan bantu kamu di lautan sana. Tetapi hanya bukan calang-calang orang yang boleh menggunakannya. Kamu tahu siapa?" tanya Khai diakhir ayat.

Mereka berpandangan sesama mereka.

"Irene?"  tanya Darwin laju. Khai tergelak kecil.

"No. Dia dari keturunan Air dan Angin. Hanya dia yang boleh membuka kata kuncinya," terang Khai panjang lebar. Daryan ternganga.

Tidak mungkin...

"Ariyan!" jerit Irene, Daryan dan Darwin serentak. Miya dari puak Angin manakala Redza Air. Dan apabila kedua puak ni berkahwin, kuasa baru akan muncul. Tetapi sekarang tiada seorang pun dapat menguasainya dengan baik dan lebih teruk lagi mereka akan...

Mati.

Sebab itulah Redza dan Miya berkahwin lambat sedikit. Kerana mereka harus membuat seuatu yang lebih penting. Bonda dan Ayahanda Ariyan melangkaui batas!

"Ya... Ariyan."

Mungkin sebab itu Ariyan berfikir lama tadi. Sebab Ariyan mempunyai gelaran lain selain Putera Dingin iaitu...

Dewa Laut.

"Tapi... Ariyan nak ke buat ni? Kalau nyawa tu dalam bahaya dan menjadi taruhan?" tanya Daryan dengan kerutan di dahi.

"Kan aku dah kata... Dekat sana aku cakap," ujar Ariyan dari belakang.

Daryan menolak sedikit kaca matanya. Oh lupa nak cakap... Daryan memakai kaca mata dan Darwin tidak.

Siapa nak fangirl dengan si abang ni silakan.

"Nah, milik kamu." Huluran dari Khai diambil Ariyan. Kotak berbetuk segi tiga itu bercahaya seperti gembira dapat berjumpa pemilik asalnya.

"Thanks for this," ujar Ariyan dan menghilangkannya denga memasukkannya kedalam medan magik penyimpanan.

"Seriuslah?" Darwin ternganga. Ariyan mengangkat keningnya sebelah.

"Apa dia?" tanya Ariyan pelik.

"Kau ni mutan ke apa?" tanya Irene dengan muka terkejut. Khai sudah lama tinggalkan mereka. Malas mahu mengganggu perbualan anak muda ini.

"Kau rasa? Nak kena tumbuk?" kata Ariyan mendatar. Muka tidak berperasaan dipamerkan.

Daryan dan Darwin berpandangan serentak.

"Dewa laut huh? Nice,"

"Whatever,"

♛♛♛

.
.

"Mereka akan berangkat," ujarnya dengan suara halus. Bibir merahnya terangkat sedikit dihujung.

"Aku cuma inginkan Wonderland," kata seorang lelaki bersuara garau.

"Do I care Karnos? Aku mahukan loket kristal budak mentah tu,"

Bebola kristal yang memaparkan wajah Irene dilihat.

"Nice... Camylia..."

"HAHAHAHA!"

Ketawa memenuhi ruangan gua terpencil itu.

'I'm back.'

♛♛♛

To Be Continued...

Jom jerit dulu.

Aaaaaaaaaaaaa.

Ok dah.😂Shh kita slow slow.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now